Masalah perut bayi kembung dan sering kentut, ada kalanya boleh mendatangkan kerisauan di hati ibu. Jom fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya yang dikongsi oleh hello doktor ini.
Perut bayi kembung dan sering kentut
Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan gas antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.
Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan.
Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu – sama ada terus daripada payudara ibu atau botol susu.
Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.
Bayi baru lahir juga mungkin mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.
Makanan turut jadi punca bayi kembung perut
Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan yang anda makan turut menjadi punca bayi mengalami kembung.
Contoh makanan seperti:
Makanan tinggi serat, terutamanya makanan yang mengandungi bran – lapisan luar bijirin yang keras
Buah seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum
Buah sitrus
Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis
Sayuran berkanji seperti kentang
Makanan berkanji seperti pasta
Produk tenusu
Coklat, minuman soda dan kafein
Tip membantu masalah bayi kembung
Ads
Ibu boleh mencuba petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering kentut:
1. Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut
Jika perut bayi menjadi berangin disebabkan penyusuan botol, cubalah pelbagai jenis puting susu dan kombinasi botol.
Puting lembut, berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi dapat membantu mengelakkan aliran udara berlebihan semasa bayi menyusu. Pastikan juga aliran susu yang mengalir adalah perlahan untuk membolehkan bayi mempunyai cukup masa menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.
Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.
2. Posisi penyusuan
Semasa menyusu badan atau susu formula, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut.
Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka. Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas yang membolehkan si manja bersendawa.
3. Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu
Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.
Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.
Ads
Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.
Posisi sendawa bantu atasi punca bayi kembung perut
Antara kaedah melegakan perut si manja berangin adalah dengan mencuba cara menyendawakan bayi.
Menyendawakan bayi akan dapat membantu membuang sebahagian udara yang ditelan bayi semasa menyusu.
Di bahu
Ibu duduk dalam keadaan tegak dan pegang bayi ke dada. Sandarkan dagu si manja pada bahu dan pastikan anda memberikan sokongan pada bahagian punggung bayi dengan tangan. Tepuk perlahan bahagian belakang bayi menggunakan sebelah lagi tangan.
Baring di paha
Ads
Untuk mencuba posisi ini bagi mengatasi punca bayi kembung perut adalah dengan membaringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha. Angkatkan sedikit bahagian dada si kecil dan berikan sokongan menggunakan tangan anda. Pastikan anda memegang si manja dengan selamat.
Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk secara perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.
Duduk
Pegang bayi seperti mendudukkan mereka di atas pangkuan anda. Bongkokkan sedikit tubuh bayi ke hadapan. Gunakan tangan untuk memberikan sokongan pada kepala dan dada. Sebelah yang lain pula, lakukan tepukan atau gosokan perlahan di belakang badan si manja.
4. Pemilihan makanan bersesuaian
Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.
Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.
Seandainya bayi minum susu formula, cubalah untuk menukar jenama lain. Jika tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tali pusat melilit leher bayi dalam kandungan atau nuchal cord ialah satu keadaan yang sangat biasa di jumpai. Ia berlaku kepada 1 dalam 3 kandungan. Walau pun tidak berbahaya, masa bersalin mama kena siap sedia hadapi 4 keadaan ini.
Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, KPJ Selangor Specialist, tali pusat atau umbilical cord adalah merupakan ‘talian hayat’ untuk bayi di dalam kandungan.
JARANG MEMBAHAYAKAN KERANA ADA WHARTON JELLY YANG KENYAL
“Tali pusat atau umbilical cord menyambungkan bayi kepada uri atau placenta. Ia penting untuk menyalurkan oksigen, darah dan nutrien kepada bayi. Komplikasi kepada tali pusat ini boleh membahayakan nyawa bayi tetapi sangat jarang berlaku kerana di dalam tali pusat terdapat Wharton Jelly yang kenyal.
“Wharton jelly mengelakkan salur darah di dalam umbilical cord daripada tertekan sekiranya ianya melilit leher atau badan. Kebanyakan ibu apabila mengetahui tali pusat bayi melilit leher melalui scan, ianya menyebabkan kebimbangan terhadap kesihatan bayi di dalam kandungan,” terang Dr Mastura.
Tetapi mengikut kajian dan pemerhatian doktor, kata beliau kebanyakan kes nuchal cord tidak mendatangkan apa-apa masalah atau membahayakan bayi
Dr Mastura menerangkan yang ia boleh berlaku semasa mengandung atau bersalin. Ia boleh melilit sekali atau lebih tetapi kebanyakkannya tidak memudaratkan bayi.
Nuchal cord ini lazimnya dikesan dari beberapa keadaan iaitu;
Melalui scan semasa pemeriksaan antenatal
Semasa kelahiran selepas kepala bayi keluar dari perineum atau rahim semasa cesarean.
Jantung bayi tidak normal terutama semasa bersalin.
SEGELINTIR BAYI BOLEH LEMAS
Majoriti bayi yang mengalami nuchal cord tiada masalah semasa kelahiran, Cuma ada segelintir bayi menjadi lemas atau kekurangan oksigen (fetal distress). Degupan jantung si kecil juga boleh menurun/menjadi lemah.
Selain itu terdapat juga beberapa keadaan seperti berikut;
Bayi boleh membuang air besar dalam air ketuban dan sekiranya air ketuban ‘termasuk’ ke dalam paru-paru bayi akan menyebabkan radang paru-paru dan sesak nafas.
Ia juga boleh menyebabkan kepala bayi mungkin susah atau lambat turun dan keluar dari perineum.
Nuchal cord ini meningkatkan kemungkinan untuk kelahiran vakum, forcep atau caesarean di sebabkan masalah-masalah di atas.
Muka bayi menjadi sedikit kebiruan and bengkak.
4 KEMUNGKINAN PUNCA NUCHAL CORD
Antara punca yang boleh menyebabkan terjadinya nuchal cord ini ialah;
Tali pusat terlalu panjang.
Wharton jelly di dalam tali pusat yang kurang seperti tali pusat bayi IUGR (intrauterine Growth restricted – bayi bermasalah tumbesaran di dalam rahim).
Air ketuban terlalu banyak
Bayi kembar.
LILITAN LEBIH 3 KALI, DOKTOR AKAN BERBINCANG KAEDAH KELAHIRAN
Menurut Dr Mastura, sekiranya sebelum bersalin doktor mengesan nuchal cord 3 kali lilitan, sesetengah doktor akan berbincang dengan ibu sama ada bersalin secara caesarean atau normal.
Kebanyakkan doktor and menenangkan ibu bahawa keadaan ini normal dan selalunya tidak membahayakan bayi semasa proses kelahiran sekiranya nuchal cord dikesan semasa bersalin dan lilitan tali pusat ketat, doktor akan memotong tali pusat terlebih dahulu sebelum ibu meneran untuk mengeluarkan bahu dan badan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Walau bagaimanapun, ramai orang masih tidak mengambil berat tentang batuk dan simptom yang datang bersamanya. Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut Mary Eve Clinic, anak – anak akan berasa tidak selesa dan akan menghadapi masalah sukar tidur sekiranya anak mengalami batuk.ibu bapa pun boleh hilang mood tengok anak dalam keadaan begitu.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/boy-is-sneezing-into-tissue-feeling-sick-blue-wall_7955598.htm#query=anak%20batuk&position=0&from_view=search&track=ais
Beliau jugu turut berkongsi 7 tip untuk kurangkan batuk anak, antaranya:
1. Minum air yang cukup – Pastikan anak minum sekurang-kurangnya 4 gelas air sehari untuk menjaga kelembapan saluran pernafasan dan membantu melegakan batuk.
2. Jaga pemakanan seimbang, tidur yang cukup, dan ambil vitamin tambahan sekiranya anak susah atau tak selera untuk makan supaya dapat memperkuat sistem imun anak. Sistem imun yang kuat dapat membantu melawan jangkitan yang boleh menyebabkan batuk.
3. Hindari asap rokok, vape, atau tembakau – Asap rokok atau tembakau boleh menyebabkan saluran pernafasan sempit, dan menerukkan lagi batuk.
4. Elakkan habuk dan debu – Pastikan rumah dan persekitaran anak bebas habuk/debu atau bulu haiwan.
5. Amalkan basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih. Pastikan anak tak sentuh bahagian wajah dengan tangan yang kotor untuk mengelakkan jangkitan masuk melalui hidung atau mulut.
6. Jika anda berada di kawasan yang berdebu atau tinggi , gunakan penapis udara atau topeng muka untuk melindungi saluran pernafasan anda daripada bakteria.
7. Selain dari ubat batuk, anda juga boleh cuba campuran madu dengan air lemon untuk melegakan batuk anak. Kalau anak sakit tekak beserta batuk2, tambah habbatussauda’ dalam madu.
“Batuk yang berlarutan boleh menjadi teruk, sehingga menggangu pernafasan anak. Dapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera sekiranya anak anda masih batuk berpanjangan.” Kata beliau melalui perkongsian di Facebooknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang selamat melahirkan anak keduanya pada Jumaat lalu.
Semalam, menerusi Instagramnya, Eyra memuat naik sekeping gambar bersama suami dan anak serta meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses melahirkan anak lelaki keduanya itu berjalan dengan lancar.
Malah menurut kata Eyra lagi, hero keduanya ini dilahirkan tepat 6.18 petang Jumaat.
“Alhamdulillah syukur.
“Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022 ,pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan 🤍,” kongsi melalui Instagram.
Terdahulu beberapa minggu lalu, Eyra terpaksa mendapatkan pemeriksaan lanjut disebabkan bayi di dalam kandungannya tidak bergerak malah mempunyai saiz yang besar.
Dan kini semuanya dipermudahkan selepas kelahiran bayi comel kesayangan semua ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Eyra di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi menjelang Syawal ini. Hadiah terbesar yang paling bermakna.
Semoga kelahiran anak kedua ini mencambahkan lagi rasa bahagia buat pasangan ini. Tahniah Eyra dan suami!
Takbir Raya Istimewa Superb Huffaz Pa&Ma dibawakan oleh Pa&Ma, Keluarga & Bintang Kecil. Nantikan pada jam 9.00 malam pada 2 Mei dan 7.00 pagi pada 3 Mei di Facebook Majalah Pa&Ma!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.