Buat wanita yang sedang mengandung, pengambilan makanan adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan. Jangan ikutkan nafsu dan makan semua benda tanpa kawalan. Anda harus ingat, apabila mengandung anda perlu lebih berdisiplin dan menjaga makan kerana nutrisi yang banyak sangat diperlukan oleh kedua-duanya.
Amalkan pemakanan yang sihat dan paling baik adalah mengamalkan makanan sunnah yang kaya dengan segala kebaikan nutrisinya. Di dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad telah menyenaraikan jenis makanan yang boleh anda amalkan ketika sedang hamil.
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama : KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.
Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua : BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Ads
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga : MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Kelima : MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ads
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam : SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Perkongsian ini sangat bermanfaat kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Bagi yang belum bermula, bolehlah mencubanya. Bukan hanya untuk wanita hamil, semua makanan yang ada dalam senarai ini juga elok untuk diamalkan oleh semua orang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan.
Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu. Tetapi terpaksalah minum untuk kesihatan anak dalam kandungan, apabila mereka hamil.
Sudahlah tak suka minum susu, banyak pula jenama di pasaran. Tidak tahu mana yang terbaik.
Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.
Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini.
Namun saya mencadangkan agar minum susu yang segar kerana ia tidak mengandungi gula yang ditambah sepanjang 3 trimester kehamilan.
Susu segar juga kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Ini akan mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir.
Selain itu susu segar mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C dan E yang mempunyai manfaat penting untuk pertumbuhan mental anak yang akan dilahirkan.
Susu segar adalah terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia kerana membekalkan zat besi, vitamin B complex & vitamin C yang cukup untuk penghadaman & pembentukan sel darah merah yang sihat.
Sesekali elok mengambil yogurt segar atau minuman yogurt kerana ini mengandungi nutrien Prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yang jika dibiarkan menyebabkan buasir.
Jadi bagi wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt. Seorang wanita tidak mengetahui bila dia telah hamil, kecuali selepas melakukan ujian UPT dan ultrasound setelah 6-8 minggu kehamilan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengesahkan dirinya kini sudah pun hamil hampir empat bulan.
Ain berkongsi khabar gembira itu menerusi saluran Youtubenya pagi tadi. Pastinya perkhabaran yang cukup menggembirakan suami dan seluruh keluarga mereka.
Berkongsi video kejutan mengenai kehamilannya itu buat suaminya yang juga seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz ternyata amat terkejut malah pada mulanya menganggap ia adalah prank dari Ain.
” Banyak sangat orang tanya, ada yang kata nampak baby bump dan sebagainya.
“Ain rasa its time Ain nak share pasal benda ni, yes i’m pregnant..alhamdulillah” katanya berkongsi.
Kata Ain lagi dia terfikir untuk cuba menggunakan alat ujian kehamilan itu selepas dua hari lambat datang bulan.
“Ain sepatutnya datang bulan pada tarikh sepatutnya, sebab Ain tak pernah lambat jadi saya terfikir lah nak cuba pregnancy test. Dan tak sangka saya pregnant,” kata Ain lagi.
Menariknya, suami Ain pada mulanya tidak percaya dan menjangkakan isteri kesayangannya itu membuat prank seperti selalu. Pun begitu setelah diyakinkan oleh Ain barulah suaminya percaya.
Malah kata Ain lagi, dua hari sebelum itu dia dan suaminya sepatutnya bakal melakukan pelbagai aktiviti ketika bercuti di Langkawi tetapi kerana gembira dengan perkhabaran itu dan bimbang dengan kandungannya, Ain dan suami sepakat untuk hanya bersantai di hotel sahaja.
Dalam pada itu, menerusi video yang sama, Ain turut berkongsi kejutan yang dibuatnya kepada kedua ibu bapa dan mentuanya serta adik beradiknya yang lain. Tidak ketinggalan buat rakan-rakan rapatnya.
Ain juga dilihat berkongsi video ketika membuat pemeriksaan di klinik untuk melihat perkembangan bayinya. Kata Ain lagi ketika itu usia kandungannya hampir empat bulan.
Dalam pada itu, warga maya serta seluruh peminat Ain turut sama mengucapkan tahniah buat Ain dan suaminya. Ada yang terharu malah turut mengalirkan air mata melihat video yang dikongsikan Ain.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Ain. Selamat menempuh kehamilan yang indah buat Ain.
Terdahulu Ain mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019.
Pengalaman keguguran sebanyak tiga kali menjadikan Syatilla Melvin lebih berhati-hati selain tak putus doa memohon yang baik-baik saja dari Allah.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini, sudah pun memasuki trimester kedua kehamilan dan kini usia kandungannya dah cecah lima bulan.
“Situasi keguguran sentiasa bermain di fikiran. Malah saya percaya bukan saya saja, tetapi juga para ibu mengandung yang pernah lalui hal sama sebelum ini. Jadi bila ada rezeki hamil lagi, saya doa moga anak dalam perut dalam keadaan baik hinggalah proses bersalin.
“Lebih-lebih lagi sebab saya sendiri ada pengalaman keguguran sebanyak tiga kali sebelum ini. Saya ada juga kongsi rasa bimbang dengan Sam. Tapi ia berbalik kepada ‘mindset.’ Saya sentiasa panjat doa moga dipermudahkan urusan bersalin dan sebagainya.
“Apa-apa jadi pada saya tak apa, janji anak yang dikandung ini sihat walafiat. Itu yang penting bagi saya sekarang. Janin sudah terbentuk, dapat rasa dia bergerak,” katanya.
Tak kisah lelaki atau perempuan
Menyentuh soal jantina bayi, Syatilla dan Sam tak kisah lelaki atau perempuan.
“Kami sudah ada sepasang, jadi ok je mana-mana dan terima dengan hati terbuka,” ujarnya.
Sebelum ini Syatilla mengalami alahan teruk untuk kehamilan kali ini sehingga usia kandungan cecah tiga bulan. Malah dia terpaksa check in hotel buat beberapa ketika kerana tak boleh bau rumah. Hanya yang melaluinya sahaja akan faham.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Syeriv Samheizy dan anak kedua, Sarima Samheizy.
Kredit: Media Hiburan; IG Syatilla Melvin & Shaheizy Sam
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.