Masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai mitos berkaitan pemakanan yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sebagai contoh, jangan makan mi segera kerana khuatir bayi akan terbelit atau jangan minum kopi takut anak berkulit gelap. Sebenarnya masih banyak lagi kepercayaan pelik yang masih diterima pakai dalam masyarakat kita, sedangkan ia tidak berkait langsung!
Pemakanan ibu sememangnya ada memberi kesan kepada bayi dalam kandungan, tetapi lebih kepada kesihatannya. Sebagai contoh, ibu hamil tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi gula, kolesterol dan sebagainya. Ikuti penerangan dari Dr Erna Nadia berkaitan hal ini.
APA KITA MAKAN, TAK MASUK KE RAHIM!
Untuk kesekian kalinya nak bagi tahu, apa apa yang kita makan tak masuk dalam rahim.
Bila kita makan, makanan masuk dalam mulut lepas tu esofagus lepas tu perut lepas tu usus kecil lepas tu usus besar lepas tu rektum lepas tu anus dan dari anuslah terkeluar najis besar kita.
Bila kita mengandung pula, janin atau bayi tu berada dalam rahim yang mana tidak bersambungan pun dengan pencernaan kita.
Bila kita nak kencing pun, air kencing dari buah pinggang akan lalu salur kencing masuk dalam pundi kencing sebelum dikumuhkan keluar dari badan yang mana tempat kencing dan faraj tidak bersambungan pun.
Maka,janganlah beri nasihat tak betul begini ya😊
Ini adalah asas dalam mata pelajaran sains yang kita belajar masa sekolah dulu.
MENGANDUNG SEORANG ATAU KEMBAR, TETAP REZEKI
Ada orang pula suka membandingkan anak kembar dan anak satu. Ramai suka kata eh bagusnya mengandung kembar, bukan senang ni.
Ads
Kembar atau tidak, mengandung itu adalah satu bentuk rezeki. Ianya bergantung pada genetik atau faktor lain juga. Jadi, tak kiralah anak satu atau dua, sama sama bagus. Walau tak mengandung pun tetap bagus sebab lain orang lain rezeki Allah bagi. Jangan bandingkan dengan sesiapa.
Sifat suka membanding inilah yang buatkan ramai jadi mudah murung. Jadi, hentikan ya😘
JANGAN LILIT SHAWL, ANAK TERBELIT. PAKAI TANGKAL, ELAK GANGGUAN SYAITAN
Ada siap kata tak boleh lilit shawl la tuala la sebab takut baby terbelit tali pusat?
Astagfirullah hal ‘azim. Tak baiklah khurafat sehingga begitu.
Ads
Ada yang siap sarung tangkal sebab taknak bagi syaitan dekat? Nauzubillahiminzaalik. Jika kita meletakkan takut kita selain Allah atau berharap sesuatu selain Allah, itu adalah syirik.
Berhati hatilah dalam nak mengamalkan petua. Jangan sampai terganggu akidah kita sebagai orang Islam.
Ya, kita boleh usaha dan ikhtiar tapi jika dan tersasar dari akidah, maka ghentikanlah.
Ingat ya, jangan ajar diri atau anak untuk takut hantu atau syaitan, tapi didiklah untuk takutkan pembalasan di hari akhirat😊
Selepas keguguran pada April lalu, Syatilla Melvin tampil mengumumkan perkhabaran gembira, diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut meluahkan rasa syukurnya setelah hamil kali keenam biarpun pernah terfikir untuk memakai alat pencegah kehamilan sebelum ini.
Menerusi Instagramnya semalam, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi rasa syukur di atas kehamilan keenamnya itu.
“Kali ke 6, syukur alhamdulillah.
“Baru plan nak pakai IUD (Intrauterine Device) tau tak! Rezeki Allah nak bagi,” kongsinya.
Malah kata Syatilla lagi, setiap hari dia sentiasa berdoa dimurahkan rezeki untuk punya anak lagi disamping memohon doa dari semua agar kandunganya kali ini mampu bertahan sehingga detik melahirkan.
“Hari-hari duk mintak Allah murah rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi🤍.
“Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, menerusi Instagram Shaheizy, pelakon handalan itu turut sama berkongsi rasa yang sama. Walau dalam berseloroh, namun membuktikan kegembiraan bagi pasangan ini.
Meninjau di ruangan komen pasangan ini sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga peminat yang turut mendoakan kandungan Syatilla dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, Syatilla sebelum ini pernah keguguran pada April lalu, juga dua sekali sebelum kelahiran anak pertama dan keduanya.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Februari 2016 dan kini mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4 tahun dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @samtilla & @shaheizy_sam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling mengujakan bagi setiap ibu hamil pastinya adalah untuk melahirkan bayi yang sedang dikandung selama sembilan bulan. Lebih-lebih lagi bentuk fizikal sudah kelihatan, perasaan tak sabar nak bertemu bayi yang bakal dilahirkan tentu sesuatu yang dirasai oleh kebanyakan ibu hamil.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid beberapa hari lalu berkongsi perkembangan kehamilan keduanya di Instagram.
Mawar yang berbusana merah terang menunjukkan penampilan terbarunya yang jelas sudah nampak baby bump.
Dalam kapsyen posting tersebut, Mawar menyatakan bahawa dirinya tak sabar nak jumpa bayi yang akan dilahirkan itu.
“kecik lagi baby bump. Hehe. Mommy x sabar nak jumpe babyyyyy,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Mawar dan bayi dalam kandungan. Malah ada juga yang mendoakan Mawar melahirkan bayi perempuan kelak.
Mawar dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Rafael pada 13 Mac 2019.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan suaminya yang terdahulu bersama bekas isteri.
Tempoh kehamilan tu sesuatu yang indah untuk dilalui oleh seorang ibu. Setiap pengalaman pasti tak sama namun ia manis untuk dikenang. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Mawar Rashid.
Sumber: Media Hiburan & IG Mawar Rashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman mengandung setiap anak sememangnya berbeza-beza. Ada kandungan yang mudah tanpa alahan tidak kurang juga berdepan pelbagai komplikasi pada kandungan seterusnya.
Bagi pelakon, Izreen Azminda, selain kenaikan berat badannya sebanyak 15kg diketika usia kandungannya baru lima bulan, dia kini juga mengidam pelbagai jenis makanan malah sentiasa craving untuk makan pelbagai jenis makanan.
Terbaru menerusi Instagramnya, kata Izreen dia begitu teringin untuk menjamah Nasi Kandar di Pulau Pinang. Namun apakan daya, sekatan rentas negeri tidak membolehkan impiannya untuk ke sana.
“Berapa kali masuk dapoq dah, sat teringin tu sat teringin ni.
“Sebenaqnya, betoi ka orang kata kalau kita teringin makan apa-apa tapi tak dapat, baby akan menjejeh ayaq lioq. Ka sebenaqnya mitos ja?
“Ka memang beberapa bulan pertama tu kelenjaq ayaq lioq baby memang aktif?
“Hampa dulu masa mengandung mengidam apa yang tak dapat? Pregnant kali ni, kami teringin betoi nasik kandaq tapi tak mau makan kat umah, nak makan kat Penang.
“Masa abang Adrian lagi dasyat, teringin nasik kenduri dan nak makan kat tempat kenduri tu jugak. Jenuh mak kami dok cari sapa la buat kenduri masa tu, hampa pulak?,” tulisnya berkongsi.
Lain macam penangan kandungan ketiga kali ini. Semoga impian Izreen untuk menikmati segala makanan yang diidamkannya tercapai.
Menerusi entri berlainan, Izreen juga turut berkongsi keadaan fizikal dan kelainan fizikal bayi perempuan dan bayi lelaki.
“BOOOO-LAAATTTTT. Dulu kami percaya orang kata sapa mengandung anak laki berseri, sapa mengandung anak pompuan tak seri sebab baby tarik seri depa kata.
“Kalau anak laki badan tak kembang sangat, kalau anak pompuan badan kembang semangkuk. Kami tengak samaaa ja, badan kekembangan serupa tu gak,”kongsinya lagi.
Namun kata Izreen dia juga tidak mengalami masalah kulit sepanjang dua kehamilannya sebelum ini.
“Cumanya yang kami perasan, kami memang tak dak masalah kulit kalau mengandung.
“Hampa ada masalah kulit yang teruk dak cthnya, tak mengandung kulit elok ja, kalau mengandung kulit tu rasa macam nak p sagat kat jalan punya nak bagi licin,” selorohnya lagi.
Terdahulu, Izreen mendedahkan yang dia kini hamil lima bulan selepas memuat naik video menampakkan baby bump nya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!