Anak saya perempuan, umur 9 bulan dan dia suka sangat sembur bila makan. Dan bila sembur, dia akan senyum. Sebelum ni saya cuba nak tahu sebab dia sembur. So bila dia sembur, saya akan bagi air. Mungkin dia dahaga. Tapi lepas bagi air, dia sembur juga.
Nak kata dia kenyang, dia akan buka mulut untuk suapan seterusnya. Saya cuba avoid saying NO risau terlalu kerap sebut. Saya cuba ignore tapi dia tetap sembur. Kalau bukan waktu makan, dia akan sembur air liur. Boleh Ibu kongsikan cara untuk saya deal dengan situasi ni?
Ads
Jawapan Ibu Rose
Dia sembur sebab dia mula nak cuba kendalian dia terhadap mulutnya. Ini akan membantu dia untuk cepat bercakap. Tak mengapa biarkan sahaja dia melakukannya. Ini cuma fasa dalam pembesaran anak kecil. Tiada kena mengena dengan akhlak. Cuma anda perlu bijak untuk tidak letak makanan yang dihidangkan untuk orang lain dekat dgnnya supaya tidaklah semburan itu termasuk ke hidangan.
Ads
Sumber: Ibu Rose
Ads
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Setiap ibu bapa pasti impikan anak yang lahir boleh membesar dengan sihat dan normal seperti kanak-kanak yang lain. Namun jika Allah berkehendak sesuatu perkara, tiada siapa boleh menafikannya.
Seperti perkongsian ibu ini di FB Eida Ilham II, anak lelakinya, Megat Iman Zikry disahkan Speech Delayed with Mild Autisme ketika berusia 3 tahun setelah mendapat pengesahan pakar. Apa yang boleh dipuji, ibu ini tidak berputus asa, sebaliknya berusaha untuk membantu anak lelakinya itu dengan menggilap potensi yang ada.
Ternyata, setelah 7 tahun melalui fasa yang dianggap struggle, kini Iman membesar seperti kanak-kanak sebaya dengannya dan diberi pula kelebihan daya ingatan yang kuat.
7 tahun lepas, dia cuma seorang budak lelaki yang tak pandai bercakap, suka buat bunyi bising dengan menjerit-jerit tapi tak tahu apa tutur katanya, boleh sebut ABC, 123, tapi tiada komunikasi 2 hala.
Bila nak apa-apa, dia sebut dengan bahasa yang sukar difahami. Kadang-kadang dia tunjuk dengan jari. Bila keinginannya tidak difahami, terus tantrum mengamuk, pukul dan sakitkan diri sendiri.
Di panggil tak berpaling, tak boleh duduk diam setempat, tak ada eye contact, tak fokus, picky eater, masalah sensory yang lemah dan banyak lagi. Akhirnya, selepas berbulan ulang alik berjumpa doktor pakar, abam disahkan Speech Delayed with Mild Autisme.
Dan bermulalah fasa terapi di hospital kerajaan dan pusat terapi swasta. Itu 7 tahun lepas.
Hari ini, abam lah paling banyak cakap. Paling banyak mulut. Sangat mudah ingat dan hafal, lagi-lagi kalau berkaitan tempat, jalan raya, highway, negeri atau negara.
Tanyalah dia, bagaimana mahu ke Airport KB. Selamba je dia bagitahu sambil suruh ke kiri atau ke kanan.
Tanyalah dia, ibu negara atau ibu negeri. Terus dia jawab dengan yakin. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu jawapan. Tanyalah dia, nak ke Penang kena ikut jalan mana?
Dia akan suggest jalan paling dekat, kadang-kadang siap bagitahu ikut jalan mana yang lebih cepat sampai.
Alhamdulillah, lama dah abam discharge dari Speech Therapy. Perkembangan abam dah seiring dengan kanak-kanak sebayanya. Abam pun dah 10 tahun, dah sunat pun. Kejap lagi nak masuk fasa remaja dah.
Saya share video abam sebab nak bagi semangat kat ibu ayah yang punya anak autisme seperti abam. Ramai yang komen kat video ni, meletak harapan agar anak mereka juga boleh bertutur seperti abam. Sebak hati, sebab kita faham. Keinginan dan harapan ibu ayah pada anak. Ingin sekali mendengar anak memanggil “mama, papa”. 🥺
Buat ibu ayah yang baca tulisan ni, bertabahlah dan jangan berhenti berusaha merawat anak. Fasa ni memang meletihkan dan perlukan kesabaran yang tinggi. Even saya sendiri banyak kali burn out. Kita manusia biasa, adakalanya kesabaran senipis kulit bawang.
Tapi percayalah, semua ini pasti mendatangkan hasil satu hari nanti. Ibu ayah kena kuat, jangan putus asa. Kerana, siapa lagi nak bantu anak kita kalau bukan kita sendiri. Mereka cuma ada kita. ❤️
Potty training adalah salah satu proses/aspek perkembangan sosial kanak-kanak yang berlaku secara perlahan-lahan. Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.
Menurut perkongsian Dr Ong Sik Yong, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, walaupun disyorkan potty training boleh bermula daripada umur 18 bulan tetapi bergantung juga kepada tahap perkembangan setiap kanak-kanak misalnya dah boleh berjalan dan dah boleh faham arahan mudah. Paling penting kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda tertentu contohnya dah boleh bagitahu lampin penuh.
Potty training nampak mudah namun bukan perkara yang senang malah mengambil masa yang panjang dan sebab itu jugalah ia mencabar kesabaran ibu dan ayah. Dalam proses potty training, kita harus elak daripada perkara negatif seperti memaksa, marah dan sebagainya. Jika berlaku, si manja akan merasakan potty training ada unsur negatif dan mula takut dengan tandas atau potty.
Pilih waktu yang sesuai dan jangan pilih waktu di mana anak itu berubah suasana baru seperti baru masuk ke taska baru dan stres dengan suasana baru. Pilih waktu di mana ibu bapa tidak terlalu terdesak terutama bagi ibu bapa yang bekerja seperti waktu hujung minggu untuk melatih anak bebas lampin.
Jangan Streskan Anak
Alihkan perhatian anak-anak kepada pencapaian mereka walapun pencapaian kecil seperti mampu ke tandas sendiri, berikan mereka pujian. Jika anak terkencing di dalam seluar, ibu ayah boleh menasihati anak supaya memberitahu apabila rasa ingin membuang air.
Petanda Anak Bersedia Untuk Potty Train
Petanda anak-anak bersedia contohnya:
Tip Mudah Latih Anak Potty Train
Isyarat yang sama antara ibu ayah dan anak. Bahasa yang dipakai kalau boleh sama contohnya shi shi (kencing). Kalau perkataan yang digunakan berbeza-beza, sekejap shi shi sekejap kencing akan membuatkan anak confuse. Ini untuk memudahkan anak untuk memberitahu waktu nak kencing nanti.
Beritahu anak untuk kencing di tandas/potty. Boleh pakai buku bergambar dan cerita kepada anak untuk lebih jelas.
Biasakan anak pakai tandas kecil. Bagi anak biasakan dengan potty, contohnya letak sticker kegemaran atau pilih warna kegemaran supaya anak rasa potty khas untuknya.
Kerjasama antara suami isteri. Kalau boleh biar ibu dan ayah ada di rumah ketika melatih anak supaya tidak rasa stres dan terbeban untuk mengajar anak ke tandas.
Banyakkan pujian. Banyakkan pujian dan jangan marah mereka kerana mereka masih kecil dan memerlukan masa dan setiap kanak-kanak tak sama masanya untu latihan ke tandas.
Yusuf Iskandar makin membesar dan pintar. Didikan yang diterima oleh ibu Hanis Zalikha menyerlahkan perkembangannya kini.
Yusuf Iskandar, buah hati cilik Malaysia ini semakin hari semakin cerdik. Si kecil yang bakal menginjak usia dua tahun pada 3 Jun nanti menunjukkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang cerdik, sesuai dengan usia.
Mama dan papa yang mempunyai anak yang seusia Yusuf bolehlah meniru cara Hanis ini dalam mengajar Yusuf menerusi bermain/ permainan dan pendekatan psikolgi yang berkesan. Sesuai untuk kanak-kanak 18 hingga 24 bulan.
Nampaknya Yusuf sudah menguasai permainan manipulatif ini. Menyuai padankan bentuk dan warna dengan betul adalah perkembangan yang sangat bagus. Permainan shape sorter atar colour match seumpama ini amat berfaedah untuk melatih jari dan tangan, koordinasi mata tangan dan memperbaiki skil motor halus.
Wah Yusuf dan pandai mengenai gambar-gambar dalam bukunya! Malah dia juga menunjukkan minat untuk menggunakan buku sebagai sebahagian daripada permainannya. Membaca buku bergambar seperti ni membantu memperkaya perkataan dalam memorinya. Kanak-kanak seusia Yusuf boleh didedahkan kepada kira-kira 200 perkataan.
Anak kecil pintar ini juga boleh menggunakan sudu dan garpu dengan baik semasa makan. Melatih makan sendiri daripada awal dan pendedahan kepada permainan yang menajamkan koordinasi mata dan tangan amat baik dalam melatih kemahiran ini. In merupakan perkembangan kognitif yang baik bagi anak-kanak berusia 18 hingga 24 bulan.
Hanis memberikan arahan dengan suara yang tenang, nada tegas. Tidak garang apatah lagi meninggikan suaranya. Ini rahsia Yusuf mengikuti arahan ibunya dengan mudah dan seterusnya mendisiplinkan.
Yusuf pandai bersosial dan bermain dengan orang di sekeliling yang dikenalinya. Pendedahan dan bimbingan daripada awal memudahkan mereka bergaul.
Kanak-kanak seperti Yusuf pada usia 18 hingga 24 bulan lebih tertarik untuk bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua daripadanya dan juga orang dewasa.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...