Dalam banyak kisah bencana yang kita dengar, jarang sekali hadir detik yang membuatkan kita terdiam seolah-olah Tuhan sendiri menyusun takdir di celah-celah kehancuran.

Itulah yang berlaku dalam tragedi banjir besar yang menggemparkan Desa Selaras Air Timur, Palembayan, Agam, Sumatera Barat baru-baru ini satu kejadian yang bukan sahaja meragut nyawa, tetapi turut menghadirkan sebuah keajaiban kecil yang membuatkan seluruh Indonesia tersentak.

Walaupun kejadian ini berlaku diluar negara ini namun begitu menyentuh hati apabila bayi tiga bulan ditemui tersangkut di pokok selepas banjir dan lebih meruntun jiwa seluruh ahli keluarganya meninggal dunia.

Detik Bencana dan Kehancuran

Menurut laporan media, pada malam 27 November itu, hujan lebat yang tidak henti menukar aliran Sungai Selaras menjadi arus hitam . Dalam sekelip mata, rumah-rumah penduduk yang terletak di tepi sungai hanyut dibawa air deras bersama serpihan kayu, batu, dan runtuhan tanah. Jeritan bercampur dentuman kuat memenuhi udara. Tiada siapa menyangka, dalam kekacauan itu, masih ada nyawa kecil yang bertahan.

Penemuan Ajaib Bayi Tersangkut Pokok

Bayi Tersangkut Pokok: Keajaiban Menyentuh Hati Selepas Tragedi Banjir

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, Fathan, ditemui masih bernyawa selepas tersangkut pada sebatang pokok menjadikannya satu-satunya ahli keluarga yang terselamat. Kisah bayi tersangkut pokok ini menjadi tumpuan seluruh Indonesia kerana ia berlaku di tengah detik paling mengerikan dalam bencana tersebut.

Ads

Fathan tinggal bersama ibu, ayah, nenek, bapa saudara, ibu saudara serta seorang abang tujuh orang keseluruhannya. Rumah mereka yang terletak di tepi Sungai Selaras hanyut sama sekali apabila limpahan air deras dan serpihan runtuhan memusnahkan kawasan itu dalam sekelip mata. Menurut Ketua Kampung Selaras Air Timur, Ahmad Fauzi, semua ahli keluarga Fathan maut dalam bencana tersebut.

Saat Penyelamat Menemui Cahaya Harapan

Saat itu, pasukan penyelamat sedang melakukan operasi kecemasan dalam gelap malam yang hanya diterangi lampu suluh dan lampu kenderaan. Ketua Kampung Selaras Air Timur, Ahmad Fauzi, masih terhenti-henti suaranya ketika mengimbas kembali detik penuh ajaib itu.

Ads

“Dalam samar-samar, kami nampak macam ada sesuatu tersangkut di pokok. Bila kami dekatkan lampu… rupanya bayi. Dia masih bernafas. Kami semua terdiam. Keadaan itu benar-benar ajaib,” katanya pada 3 Disember.

Bayi itu kemudian disahkan satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat  selepas tujuh anggota keluarga lain, termasuk ibu, ayah, nenek, bapa saudara, ibu saudara dan seorang abang, ditemui meninggal dunia dalam tragedi tersebut.

Bayi Ini Kini Yatim Piatu

Bayi Tersangkut Pokok: Keajaiban Menyentuh Hati Selepas Tragedi Banjir

Kala saat seluruh keluarganya kembali kepada Sang Pencipta, dia masih ada  hidup, bernafas, dan menjadi bukti bahawa kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Kejadian bayi tersangkut pokok ini mengubah duka kepada harapan bagi komuniti yang musnah ditelan banjir.

Ads

Kini, Fathan menjadi yatim piatu tanpa saudara terdekat. Namun dia tidak pernah dibiarkan sendirian. Seluruh komuniti bangkit memikul tanggungjawab menjaga bayi kecil ini. Ada yang menyusukan, ada yang menjaga giliran tidur, ada yang menyediakan keperluan harian. Seolah-olah seluruh kampung sepakat menjadi keluarga baru yang dianugerahkan kepada bayi ini.

Harapan Selepas Kehancuran

Dalam suasana duka dan kehancuran, kehadiran Fathan menjadi cahaya kecil yang mengikat semangat penduduk desa untuk bangkit semula. Mereka mungkin kehilangan banyak hal rumah, harta, keluarga tetapi keajaiban kecil ini mengingatkan mereka bahawa harapan masih wujud walau dunia kelihatan runtuh.

Kadang-kadang, Tuhan menyelamatkan seorang bayi bukan sekadar untuk meneruskan satu nyawa. Tetapi untuk menghidupkan kembali sebuah komuniti yang hampir hilang semangatnya.

Sumber: AmiraRiau  & Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads