Bakal melahirkan bayi ketujuhnya sedikit masa lagi, namun isteri kepada angkawasan negera, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina diuji dengan masalah demam denggi.
Menerusi Instagramnya, Dr Muszaphar berkongsi kisah isteri kesayangannya itu yang dimasukkan ke hospital pada malam raya.
Dr Halina yang kini dihujung kehamilannya, 36 minggu berdepan masalah demam denggi dan kini berada di hospital untuk pemantauan rapi.
“Ini adalah kali ke dua Dr Halina kena denggi. Pada 36 minggu kehamilan ia agak membimbangkan. Tak pasti dari mana dia dapat. Darah manis kot,” kata Dr Sheikh Muszaphar berkongsi.
Ads
Pun begitu kata bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, isteri dan anaknya berada dalam pemantauan doktor. Apa yang membimbangkan kata Dr Muszaphar lagi, virus itu boleh dipindahkan ke janin dan ia sedikit membimbangkan.
“Isteri saya dalam pemantauan rapi. Ibu dan juga bayi. Virus ini boleh dihantar ke janin, platlet dia masih boleh diterima tapi pada arah aliran menurun. Ni yang tak baiknya. Demam pun masih ada.
“Hang in there my love. Be strong. Semoga dipermudahkan. Ya Rabb,” tulis Dr Sheikh Muszaphar yang sentiasa memberikan semangat buat isterinya.
Ads
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Dr Sheikh Muszaphar dan isteri mendoakan agar Dr Halina kuat untuk melawan virusnya dan cepat-cepat sembuh.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Ibu yang pernah mengalami keguguran, perit jika teringat kembali momen hamil tetapi kemudian disahkan kandungan itu tidak dapat diselamatkan. Keguguran boleh terjadi kerana pelbagai faktor. Hamil pada lewat usia adalah salah satu daripadanya.
Pun begitu, jika anda masih merancang untuk hamil pada usia-usia tertentu, dapatkan nasihat dari doktor. Jika tahap kesihatan mengizinkan, hamil bukan satu masalah.
Di dalam perkongsiannya melalui laman Facebook, Dr Muhammad Izzat Abd Razak ada berkongsi sedikit info berkaitan keguguran yang berulang.
15 Oktober – Hari memperingati keguguran sedunia yang disambut setiap tahun. Jom baca pasal keguguran berulang-ulang ( recurrent miscarriages)
Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan (10-20%)
Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa berlaku 1-2 kes dalam 100 kehamilan (1-2%)
Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang (recurrent miscarriages). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.
Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.
Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan:
✅UMUR Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.
✅ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS) APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan
✅FAKTOR GENETIK 2-5 dalam 100 pasangan (2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom (struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan warisan dari ayah ibu). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menunjukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.
✅PANGKAL RAHIM YANG LEMAH Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebab keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun
✅PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.
✅JANGKITAN KUMAN Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.
✅BENTUK RAHIM Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran
✅KENCING MANIS & MASALAH TIROID Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.
✅FAKTOR IMUN (Immune Factors) Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.
✅Berat badan berlebihan
✅Merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.
❗️Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.
Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :
⭐️Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.
⭐️Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman
Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.
Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes (75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.
Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.
Allah ada perancangan yg lebih baik 💪
Bagi ibu yang mungkin mahu hamil semula selepas mengalami keguguran, fahami penulisan Dr Muhammad Izzat ini. Semoga ia membantu dan dapat memberi penerangan lanjut tentang topik ini pada anda.
Memasuki usia kandungan tiga bulan, pelakon Puteri Sarah memberitahu dia kerap mengalami migrain yang teruk.
Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata, gejala itu sedikit sebanyak menganggu urusan hariannya sebagai isteri dan ibu.
“Selalu wanita hamil mengalami alahan muntah-muntah, tapi saya tak ada simptom itu cuma mengalami sakit kepala yang agak teruk.
“Sampaikan saya rasa nak botakkan rambut dan hentak kepala ke dinding kerana tak tahan sakit tersebut.
“Sakit kepala dan pening dari pagi sampai ke malam, terpaksa tahan sakit sebab tak mahu bergantung pada ubat tahan sakit sahaja,” katanya.
Malah menerusi postingnya di instagram, dia ada memberitahu bila mengandung dan ada migrain, bukan sesuatu yang boleh dibuat bergurau.
Nak ambil panadol dan ubat tahan sakit setiap hari tak boleh. Hanya perlu bertahan saja hingga boleh menangis ataupun tidur sepanjang hari.
Hanya boleh makan hidangan baru masak
Sementara itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkata dia kini lebih berselera menikmati hidangan yang baru dimasak.
“Setakat ini tak ada mengidam yang pelik-pelik lagi, cuma saya tak boleh nak makan lauk yang dimasak hari semalamnya.
“Saya lebih berselera makan hidangan yang segar dan masih panas. Setiap hari terasa nak menu berlainan, sebelum ni tak ada masalah pun makan makanan yang sama,” ujarnya.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
Sumber: Mstar & Ig Puteri Sarah Liyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun ada selebriti sedang sarat hamil, itu semua tidak menghalang mereka untuk terus tampil anggun dan cantik dengan busana hari raya masing-masing.
Malah bakal-bakal ibu ini dilihat makin bertambah serinya dengan ‘baby bump’ yang comel. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan untuk bakal ibu-ibu ini! Enjoy gambar-gambar mereka dengan busana Syawal yang tak kurang hebatnya!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...