Hari raya Aidiladha baru je berlalu, pasti ramai yang dapat daging korban kan. Jadi kalau mama-mama semua tak tahu nak masak apa dengan daging korban tu, apa kata buatkan untuk si manja menu begedil daging.
Tapi bagi anak mama-mama yang kurang gemarkan daging, mama masih boleh menggunakan ayam. Pilih Protein yang anda suka untuk ditambah dalam begedil ini. Ikuti perkongsian resipi dari Puan Farah Soraya;
Ads
Bahan-bahan Daging/Ayam (ikut pilihan masing2) Organic Pasta brand Neutral Potato Carrot
Oregano herbs
Cream cheese.
Cara-cara Rebus potato sampai lembut. Rebus pasta dan daging/ayam sampai masak. Mashedkan potato then masukkan creamcheese dan isi daging/ayam yang dah diracik. Last sekali masukkan oregano herbs. Lepastu bentukkan ikut citarasa masing masing.
Ads
Mommy simpan dalam fridge malam tadi then pagi tadi baru goreng. Sebelum goreng mommy salut dengan telur.
Adakalanya mencuba menu yang sama setiap hari amatlah membosankan. Begitu juga anak-anak kecil kita. Ada waktunya mereka sukakan kelainan dalam rasa. Menu cair dimulut antara yang mampu menyuntik selera anak.
Resipi perkongsian Puan Maisara Nasir menerusi Happy Baby Food Malaysia ini paling ringkas untuk diberikan kepada si comel. Paling sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang anak kecil kita. Jom cuba.
SWEET POTATO CHEESE BALLS Menu petang Afeeya. Sedaap lemak-lemak manis gitu. Lembut sangat! Rasa cheese tu so yummy.
Bahan-bahan:
Keledek rebus -kukus hingga lembut
Cream cheese -potong dadu
3 sudu tepung gandum
Rebus dan steamkan keledek. Lenyekkan keledek hingga hancur.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga adunan boleh di bentuk. Tak perlu letak banyak-banyak tepung. Asal boleh bentuk je dah ok. Banyak sangat tepung nanti jadi keras.
Bentukkan keledek dan masukkan cheese yang dipotong dadu.
Bulat-bulatkan dan bolehlah goreng seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak cepat berasa jemu dengan menu yang disediakan lebih-lebih lagi jika menu tersebut berulang-ulang. Mama boleh cuba menu baru iaitu Nugget nasi yang boleh dijadikan kudapan si manja. Ikuti resipi dibawah.
Nasi Ala Kak Wook! Antara menu yang menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi kuah karinya, ayam goreng cincang, sambal belacan dan ulam timun. Makan pula dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah. Menu yang asalnya dari negeri Kelantan ini dikembangkan hingga ke seluruh negeri.
Bagi anda yang habis idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak boleh cuba buat menu ini. Tak susah pun..
Reseipi Nasi Ala Kak Wook yang dikongsikan di FB Jom Kongsi Resipi Masakan via Suraya Cheeszif ini patut anda cuba. Memang tak menyesal lah! Mesti anak dan suami puji.
**Nasi putih yang dimasak boleh letak daun pandan simpul. Barulah aroma nasi tu wangi. Kalau tak mahu pun tak apa, masak je nasi putih
Gulai Ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan (1 keping gula melaka)
Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!
Cara-caranya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-caranya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
Resepi asal by Rosmaliza Omar. Mida olah cara masak je sikit.