Anak-anak cepat berasa jemu dengan menu yang disediakan lebih-lebih lagi jika menu tersebut berulang-ulang. Mama boleh cuba menu baru iaitu Nugget nasi yang boleh dijadikan kudapan si manja. Ikuti resipi dibawah.
Selain biskut mazola, biskut wajib ada ketika berhari raya pastinya biskut makmur yang gebu dan cair di mulut. Sekali suapan terasa enaknya di mulut. Jika hendak mencuba biskut yang satu ini, resipi yang dikongsikan oleh Rona Eryza ini wajib cuba.
Menariknya resipi yang dikongsikan olehnya hanya menggunakan lima bahan sahaja dan paling menarik kerana tidak perlu dibakar. Hanya cairkan bahan dan sangai tepung terlebih dahulu kemudian disadur dengan susu tepung. Memang terlajak sedap. Jom cuba!
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan planta
1/2 minyak sapi (kalau tak ada , boleh guna majerin)
1 cawan susu tepung (saya pakai susu Fernleaf )
Goreng tepung tanpa minyak dengan api yang perlahan. Kacau tepung sehingga kekuningan.
Seterusnya, cairkan minyak sapi dengan planta. Bila dah cair, biarkan sejuk.
Masukkan gula ising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung.
Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.
Bila adunan siap dikepal, salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata.
Cuti sekolah ini pasti anak kelaparan dan mula meminta pelbagai jenis menu anak sepanjang berada di rumah. Apa kata mama sediakan apa kukus pandan coklat ini untuk anak.
Nak buat pun ringkas dan tak perlukan banyak bahan. Jom cuba perkongsian resipi Fatin Bakery ini. Sedap!
Hari ni siap buat kudapan untuk petang ni. Apam pandan coklat. Sedap, halus, gebu dan lemak bersantan gitu. Pekena dengan kelapa parut putih ni, perghh memang sedap sgt! Ada ke peminat apam ni?
Resepi apam pandan coklat gebu
Bahan-bahan:
Tepung blue key/tepung gandum+1sk baking powder (pilih salah satu) 2 cawan
Santan kara 1 kotak 250ml
Gula 1 cawan
Ovellete 1sd
Telur 4 biji
1sk pewarna hijau
1sk esen pandan/Pes pandan
1sb serbuk koko
Pukul telur, gula dan ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna Putih kira dah betul gebu ye.
Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli. Mix sampai semua bahan sebati dan gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan campur lah pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. 1 adunan lagi campur serbuk koko, gaul sebati.
Acuan boleh guna lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye. Mudah nak keluar kan lepas siap kukus nanti.
Cara saya hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. Ikut lah korang nak paip ke macam mana.
Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit saja OK. Jangan lebih masa!
Pastikan penutup kukus di balut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Nanti hodoh pulak apam.
Bila sebut je biskut, pasti yang terlintas di fikiran ibu tunggu raya baru nak buat. Sebenarnya boleh je nak buat kudapan untuk anak pada hari biasa pun. Cumanya mungkin mood ibu tak seperti mood untuk buat biskut raya.
Tapi dengan resipi biskut yang dikongsikan ini, rasanya ibu seronok nak buat dengan anak-anak kerana semua bahannya mudah. Berikut resipi yang dikongsikan oleh Nurul Syuhada Che Din dan boleh dibuat jika ada waktu luang atau hujung minggu.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.
Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan:
– 250g buttercup atau boleh guna planta
– 1 cawan gula aicing
– 1 sudu kecil esen vanila
– 3/4 cawan tepung jagung
– 2 cawan tepung gandum
-Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
-Chocolate chips
-Chocolate rice (optional)
-Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.