Begini lah sepatutnya hubungan seorang ayah dengan anak perempuan, penuh kelembutan & kasih sayang. Cara Norman ini boleh dicontohi oleh ayah-ayah yang ada anak perempuan!
PENDEKATAN KEPADA ANAK PEREMPUAN
Cara didikan antara anak lelaki dan perempuan tentunya berbeza. Anak perempuan jiwanya lebih lembut dan sensitif manakala anak lelaki lebih sukakan teknikal dan tidak mahu terlalu dimanjakan secara terang-terangan.
Apatah lagi apabila sudah meningkat remaja, jiwa yang telah terisi dengan kasih sayang dan perhatian daripada orang tua boleh mengelakkan berlakunya pelbagai masalah kepada anak.
Norman yang mempunyai dua anak perempuan iaitu Maria Danisha Hakim, 10 & Marissa Dania Hakim, 13. Aktor ini turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 15. Manakala perkahwinannya bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3. Terkini, Norman juga bakal menyambut kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.
GEMAR MEMBUAT KEJUTAN
Pendekatan yang dilakukan oleh Norman Hakim kepada anak perempuannya memang menjadi bualan ramai. Dia gemar membuat kejutan untuk anaknya, Maria Danisha yang kini sedang menuntut di sebuah sekolah agama di luar Lembah Klang. Kadangkala membuat lawatan ke sekolah mengejut tentunya menggembirakan hati anak remajanya itu. Video berdurasi 1 minit ini mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta! Ramai yang menyatakan rasa sebak ketika menyaksikannya.
Berikut adalah antara komen netizen kepada posting itu. Masing-masing meluahkan rasa sedih dan tersentuh hati melihat keakraban dan kasih sayang Norman kepada puterinya.
Ads
PENCERAIAN BUKAN PENGHALANG
Ads
Walau pun sudah berpisah dengan Abby Abadi, dia berjaya membuktikan penceraian bukan penghalang dan alasan untuk memberikan perhatian kepada anak-anak. Syabas Norman kerana berusaha meluangkan masa kepada anak-anak!
Nak tahu 5 teknik didik anak suka matematik sejak kecil? Ia bukan suatu perkara yang mudah kerana perlukan kemahiran dan kesabaran. Ramai dalam kalangan kita menekankan tentang kepentingan membaca. Kerapkali kita didedah dengan pelbagai panduan bagaimana membantu anak membaca atau menulis. Bagaimanapun agak kurang tips yang membincangkan bagaimana memupuk minat pada subjek matematik dalam kalangan awal kanak kanak.
Paling merisaukan, subjek matematik ini yang penting di sekolah rendah tidak disukai oleh sesetengah pelajar. Ramai yang tidak menyedari bahawa subjek ini boleh merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak jika didik dengan cara yang betul.
Antara tips yang disediakan oleh Kosultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:
Cuba kenal pasti apakan permainan atau aktiviti yang disukai oleh anak anak kita dan masukkan elemen matematik dalam aktiviti atau permainan tersebut. Misalnya jika anak kecil suka membantu kita di dapur, minta dia membuat sukatan air atau gula atau tepung dalam sesuatu resepi. Selain itu, minta anak membilang cawan atau pinggan mengikut bilangan ahli keluarga. Aktiviti tambah dan tolak misalnya boleh berlaku dalam situasi membuat kek misalnya dengan bertanya kan soalan seperti “Ibu dah masukkan tiga biji telur ke dalam adunan, berapakah bilangan telur yang masih ada dalam mangkuk/bekas telur? Ibu boleh meminta si kecil mengelaskan baju mengikut saiz, warna dan sebagainya. Jangan jadikan matematik sesuatu yang terpisah dari aktiviti harian.
2.Jadikan matematik suatu permainan
Jadikan pengajaran matematik pada ada anak anak kecil sesuatu yang berlaku secara tidak langsung dan menyeronokkan. Biar anak rasakan bawa dia bermain dan bukannya sedang belajar matematik. Make math a game –jadi ibubapa boleh menggunakan pelbagai perlatan eletronok yang berbentuk mainan matematik atau juga boleh menggunakan permainan digital dan juga boleh melayari pelbagai websites sebagai satu permainan atau games. Terdapat juga pelbagai buku buku aktiviti yang menjadikan matematik sesuatu yang menyeronokkkan dan juga sesetengahnya boleh di muat turun secara percuma.
3.Jadikan pembelajaran awal matematik bermakna dan nyata
Jadikan aktiviti matematik sesuatu yang bermakna dalam dunia sebenar. Biasakan elemen matematik dalam kehidupan hariannya di mana sahaja dia berada. Misalnya apabila membawa anak anak ke kedai, minta dia membaca harga pada barang, minta dia buat perbandingan harga atau boleh juga minta dia membilang jumlah barangan ataubuah mislanya yang ingin di beli oleh ibubapa. Selain dari itu biasakan juga anak anak membaca resepi, mengira kupon/resit,dan sebagainya.
Bagi anak yang lebih besar mungkin ibubapa boleh meminta anak tersebut membuat anggaran jumlah harga barang sebelum membuat bayaran di kaunter pembayaran. Dalam perjalanan pula, minta anak anak kecil membaca papan tanda yang mempunyai angka yang menunjukkan jarak sesuatu tempat.
4.Bacakan buku buku cerita yang bertemakan Matematik
Cuba dapatkan buku buku cerita kanak kanak dipasaran yang mempunyai elemen matematik. Antara buku buku cerita dalam Bahasa Inggeris yang sangat bagus untuk memupuk minat pada matematik pada anak anak kecil adalah Big Fat Hen by K. Baker (Buku temtang membilang serta operasi tambah, serta membuat perbandingan dan pengkelasan) , How Many Bugs in a Box by D.A. Carter (Buku tentang bagaimana membuat ukuran) dan banyak lagi buku buku yang boleh di dapati dipasaran tempatan
5.Gunakan bahasa Matematik
Cuba gunakan bahasa matematik dalam perbualan harian dengan si kecil. Gunakan sebagai bahasa pertuturan harian apabila anda bertujuan untuk mengajarnya konsep matematik pada waktu tersebut. Adakalanya kanak-kanak tidak berminat dengan matematik kerana tidak faham bahasa yang di gunakan oleh guru atau ibubapa. Memahami dan menggunakan perkataan seperti (“atas”, “bawah”, “tepi”; “sebelah”, “luar”, “dalam”, “kiri”, “kanan”, tambah, kurang , lebih dan sebagainya lag.)Gunalah bahasa yang mudah dan guru atau ibubapa juga menggunakan gambar sebagai peralatan tambahan kepada penggunaan bahasa matematik yang betul.5
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Permainan bukan saja membantu kreativiti, malah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan kurang tertekan atas desakan kawan-kawan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamat itu tercapai, si kecil akan berasa puas dan seterusnya membina keyakinan diri. Kanak-kanak yang bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari menunjukkan tahap daya tenaga yang lebih tinggi dan secara hipotesisnya, mempunyai daya tumpuan yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada kebolehan pembelajaran.
Jenis permainan boleh dilakukan kepada anak-anak
1.AKTIF, PERMAINAN FIZIKAL
Kanak-kanak sepatutnya menjadi seorang yang aktif dan cergas Oleh itu mereka akan melakukan aktiviti bermain seperti bermain buaian, berpusing, berlari dan berguling. Kanak-kanak memerlukan banyak ruang untuk bermain bola dan suka menari dengan muzik yang menghiburkan!
2.Dramatik, Permainan Imaginatif
Jenis permainan ini adalah permainan olok-olok di mana kanak-kanak boleh melakonkan watak imaginasi mereka. ‘Saya mahu menjadi seorang puteri’, ‘jom kita pergi untuk bulan’ , ‘jom kita pakai pakaian yang cantik macam Cinderella dan ‘saya mahu menjadi satu ahli bomba’. Kanak-kanak boleh berimaginasi untuk menjadi seseorang artis terkenal, kereta mewah, atau juga sebiji pisang!
3.Kreatif, Permainan Ekspresif
Kanak-kanak bebas untuk mencipta apa sahaja yang bermain di mindanya. Ia seperti gambar-gambar, rekaan-rekaan dan apa sahaja idea ciptaan untuk kanak-kanak itu lakukan. Ia termasuk melukis, memotong, menjahit, melukis, membina, memintal, dan menulis.
4.Permainan Sosial
Anak-anak yang masih kecil suka bermain seorang diri, tetapi setelah usianya sekitar 3 tahun, dia akan mula bermain dengan kanak-kanak lain. Ia mungkin melibatkan dua orang kanak-kanak atau lebih untuk bermain bersama-sama. Sebenarnya permainan sosial ini adalah kaitan dengan interaksi dengan kanak-kanak lain. Aktiviti permainan sosial melibatkan permainan-permainan berkumpulan, bercakap antara satu sama lain dan bermain pondok-pondok.
5.Permainan mental
Permainan mental ialah aktiviti penjelajahan dan penemuan. Perkataan, nombor, sentuhan, rasa dan melihat adalah salah satu aktiviti permainan mental. Misalnya kanak-kanak akan menggunakan mindanya untuk mengingati permainan kad imbasan. Kanak-kanak boleh membaca dan mengira. Jadi mereka akan mula mengira anak tangga rumah, rama-rama dan duit syiling. Ia menyeronokkan kerana sesuatu yang baru baginya. Bahkan tidak mustahil apabila ke zoo, dia akan mengira bunga, menyebut warna belon yang dilihatnya di sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap dah besar anak lelaki Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden. Bakal menginjak usia 3 tahun September depan, nampaknya kehadiran Jebat dalam hidup Sharnaaz amat bermakna sekali.
Biarpun tak dapat melihat setiap hari perkembangan Jebat, Sharnaaz akui waktu dapat bersama dengan Jebat akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Lagi-lagi sekarang ini, Jebat makin bijak dan banyak akal.
Ada je aksinya yang comel dan mencuit hati hinggakan Sharnaaz dapat tenangkan fikiran setiap kali melayan permata hatinya. Sesekali terkeluar loghat utara buat hati jadi terhibur.
Menerusi perkongsian di instagram Sharnaaz, video pendek aksi Jebat merajuk itu mencuri tumpuan orang ramai. Ketika itu Jebat seolah-olah merajuk dan menangis ketika bermain di taman.
Saat di tanya oleh Sharnaaz “Kenapa sayang sedih”, dengan mimik muka comel tu Jebat menjelaskan yang dia sebenarnya lapar dan nak makan fries serta ayam bakar. Alahai comel sungguh gelagat Jebat ni ya.
Selepas dipujuk oleh baba, akhirnya mood Jebat dah kembali ceria setelah babanya berjanji akan tunaikan permintaan itu.
Sementara itu, sebagai seorang bapa, harapan Sharnaaz tetap mahukan yang terbaik buat anak lelakinya. Dalam posting sebelum ini, Sharnaaz sentiasa menitipkan doa agar Jebat sentiasa menjadi anak kebanggaannya.
Walaupun dari sehari ke sehari Jebat semakin meningkat usia, cinta baba buat Jebat tak pernah pudar tapi makin bertambah kuat.
Sharnaaz juga tak jemu melayan setiap keletah Jebat dan menganggap Jebat seperti seorang kawan. Apa saja yang dilakukan dua beranak ini sentiasa buatkan pengikutnya turut terhibur.
Betullah orang kata, cinta seorang ayah auranya boleh membuatkan anak itu rasa lebih dihargai dan membesar dengan bijak. Walaupun jodoh perkahwinan tak panjang, ia bukan halangan untuk cinta baba bertakhta di hati Jebat.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!