Ibu bapa sekarang ramai yang semakin prihatin dan ‘advance’ dalam bab hendak merangsang anak masing-masing supaya cepat pandai. Tetapi perlu diingat ia bukan satu perlumbaan untuk membandingkan anak siapa paling pandai dan cepat belajar kerana setiap anak mempunyai tahap pencapaian yang berbeza antara satu sama lain.
Selain dari itu, papa mama juga perlu tahu apa cara rangsangan yang betul perlu dibuat mengikut usia anak. Tak semestinya kena terus ajar bayi kenal huruf ABC seawal usianya. Sebaiknya papa dan mama dahulu yang kena belajar cara betul merangsang bayi mengikut garis panduan mereka yang pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak.
Perkongsian Puan Ruby Atika, Ahli Terapis Pertuturan Bahasa yang berpengalaman luas dalam bidang linguistik, psikologi, perkembangan bahasa dan neuropsycholinguistik untuk bayi dan kanak-kanak patut dijadikan sebagai garis panduan berguna dalam membesarkan si manja anda.
Lagi sebulan saja lagi anak saya, Muhammad Amru Iyyadh genap 12 bulan. Kini dia 11 bulan.
Anda boleh biarkan anak membesar secara fitrahnya kanak-kanak sihat yang lain. Sememangnya kanak-kanak belajar secara spontan berdasarkan rangsangan persekitarannya.
Saya pula, selalu ajar anak orang. Takkan saya tak ajar anak sendiri pula kan?
Maka saya nak share sikit apa yang selalu saya buat dengan baby 11 bulan yang bulat ni.
Ads
1) Saya ajar tiru isyarat mudah seperti tepuk tangan, bye bye, cekur udang gamit, habis, aum cak.
2) Saya galakkan tumpuan bersama dan interaksi dua hala.
Contoh: Saya ikut suara dia. Bila dia sebut “nanana” saya pun sebut “nanana”.
Contoh: Saya pejam celik mata, pandang dia dan tunggu. Bila dia pula pejam celik, saya puji dan seterusnya giliran saya pula pejam celik.
3) Saya ajar dia tunjuk dengan jari telunjuk. Tunjuk apa saja. “Tu….bulan.” Kemudian dia tiru tunjuk apa yang saya tunjuk. Sebelum ni jika saya tunjuk, dia melihat jari saya. Bukan pada benda yang saya maksudkan. Sekarang dia dah faham.
Ads
4) Saya ajar dia kenal anggota badan. Tapi sekali ajar hanya sebut 1 bahagian saja. Contohnya kalau hari ni ajar “hidung”, maka semuanya cerita pasal hidung. Dia juga kena tunjuk dengan jari telunjuk ke arah hidung abangnya atau hidung saya.
5) Saya ajar main benda ikut fungsi seperti telefon di telinga, cawan untuk minum, sudu untuk suap makan, bola untuk baling, kereta untuk tolak dan sebagainya.
6) Saya sebut segala apa yang saya buat, “Ummi buka pintu, ummi pakai kasut, Iyyadh ikut ummi, jom!”.
7) Saya sebut segala apa yang dia sedang lihat, pegang dan lakukan.
Ads
8) Disebabkan dia dah boleh berjalan, saya ajar dia cari abang-abang dia yang menyorok. Tapi kalau saya yang menyorok, dia masih menangis ingat saya nak tinggalkan dia….
9) Saya letak benda dalam plastik, kotak tisu lama atau balang kuih, dan biar dia sibuk fikir nak keluarkan benda tu.
Banyak lagi sebenarnya. Ni yang saya terfikir buat masa ni. Saya yakin anda juga ada mengajar anak anda dengan cara masing-masing.
Saya tak ajar ABC 123 hinggalah anak saya cecah usia 4 tahun.
Saya juga tak ajar anak tengok tv walaupun program pendidikan.
Saya tak beli mainan mahal untuk anak saya. Mainan mahal saya belikan untuk kelas terapi saya saja.
Jika anak anda telah berusia 2 tahun dan masih tidak bercakap seperti rakan sebaya, bawalah jumpa speech therapist terdekat.
Banyak salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru. Tanggapan ini salah sama sekali. Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengelakkan masalah pendarahan yang serius pada bayi. Ianya bukan vaksin.
Akibat salah faham ini, lagi kes bayi mendapat pendarahan otak akibat ibu bapa menolak suntikan Vitamin K, baru sahaja berlaku minggu ini di Johor.
Bayi tersebut, Day 2 post SVD (bersalin biasa), bayi cukup bulan. Ibu enggan membenarkan sebarang suntikan termasuklah Vitamin K dan vaksin, siap print “birth plan” & surat penolakan dari Internet.
Di rumah, bayi tiba-tiba tidak responsif dan collapsed. Dibawa ke hospital, didapati INR (bacaan daya koagulasi darah) tersangat tinggi menandakan darah tidak dapat membeku.
CT-Scan segera dibuat, menunjukkan MASSIVE BLEED. Pembedahan tidak dapat dilakukan kerana masalah pembekuan darah masih belum diatasi.
Ini bukan kali pertama saya mengetahui kes pendarahan akibat keengganan ibu bapa memberikan suntikan Vitamin K kepada bayi yang baru dilahirkan.
Pada bulan Jun yang lalu, saya pernah berkongsikan sebuah kes yang sama berlaku di tanah air : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10216692951217359&set=a.1241825966957&type=3&theater
Apabila bayi tidak mendapat suntikan Vitamin K sejurus selepas dilahirkan, kekurangan Vitamin K menyebabkan darah gagal membeku. Kesannya, bayi yang tidak berdosa tersebut mendapat apa yang dinamakan sebagai Hemorrhagic Disease of Newborn, atau turut dikenali sebagai Vitamin K Deficiency Bleeding (VKDB).
Statistik menunjukkan, daripada 1000 bayi yang TIDAK mendapat suntikan Vitamin K, 15 bayi akan mendapat VKDB Classical (Simptom pada hari pertama hingga hari ketujuh). Antara simptom yang boleh didapati adalah pendarahan pada pusat, pendarahan usus, dan hidung.
Manakala untuk Late Onset VKDB (hari kelapan hingga usia 6 bulan), lebih 60% bayi yang mengalami VKDB, mendapat komplikasi pendarahan di dalam kepala (Acute Intracranial Hemorrhage).
Daripada jumlah itu, 10-15% bayi akan meninggal dunia, dan jika survive pun, 40% akan mendapat kesan kecacatan otak yang berkekalan sehingga dewasa.
Natural selection at its finest, bak kata seorang pengkomen.
Tanda lahir, pasti dimiliki oleh setiap orang. Secara fisiologi tanda lahir adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan. Namun ada juga tanda lahir yang tidak boleh hilang dengan sendirinya.
Menurut kajian, 80% bayi yang baru lahir mempunyai tanda lahir. Biasanya tanda lahir akan hilang apabila mereka semakin membesar. Tetapi, terdapat juga tanda lahir yang kekal sehingga dewasa. Kebanyakan tanda lahir tidak merbahaya dan tidak mengganggu kesihatan mahupun fizikal bayi.
Apa Itu Tanda Lahir?
Tanda lahir adalah tompokan tertentu pada kulit bayi yang mempunyai warna yang berbeza. Biasa kita temui adalah tompokan yang berwarna seperti kebiruan, kehijauan dan kecoklatan. Kadangkala ia juga timbul dan mempunyai tekstur yang berbeza daripada kulit bayi.
Tanda lahir boleh terjadi akibat pigmentasi atau saluran darah yang tidak normal. Sungguhpun orang tua-tua dahulu sering mengaitkannya dengan pelbagai mitos, namun punca terjadinya tanda lahir masih belum diketahui dengan tepat. Oleh itu, ia tidak dapat dicegah dan ia juga bukanlah sesuatu yang diwarisi ataupun berjangkit.
Antara Jenis-Jenis Tanda Lahir
Tanda lahir Vaskular
Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular.
i)Macular Stains
Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.
ii)Hemangioma
Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bulan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.
iii)Port Wine Stains
Tanda lahir jenis ini selalunya berlaku pada bahagian muka dan berbeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air air merah yang tertumpah. Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.
Tanda Lahir Berpigment
Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment pada kulit berkembang lebih daripada normal. Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
i)Cafe-au-liat spots
Kerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi bersusu. Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.
ii)Mongolian spots
Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.
iii)Moles (Tahi lalat)
Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdapat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar, ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit jika ia berkeadaan demikian.
Sumber: wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ngeri kalau pusat bayi bernanah kerana penjagaan yang salah. Macam mana nak uruskannya?
Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan mama dan papa akan kekok.Tali pusat bayi adalah berasal daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran.
Pusat bayi jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atau septicaemia.
8 LANGKAH URUS PUSAT BAYI
Apa langkah-langkah yang boleh mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat si kecil.
Bersihkan bahagian ini setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses luruh.
Ibu perlu memastikan tangan bersih semasa mencuci pusat bayi.
Gunakan kapas bebola yang dibasahkan dengan air bersih atau alkohol yang dibekalkan hospital dan sapu dengan lembut pada sekeliling pusat dan lipatannya.
Selepas dibersihkan, ambil sebiji lagi bebola kapas dan sapu kering bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.
Baki tali pusat yang di klip juga perlu sentiasa kering. Keringkan dahulu sebelum memakai barut. Jika lembap, boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Elakkan memakai lampin hingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkannya berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Kawasan tersebut perlulah sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.
Biasanya tali pusat bayi akan luruh dalam masa tujuh hingga 10 hari selepas kelahirannya. Jangan dicabut, biar ia luruh sendiri!
Sebelum tali pusat bayi luruh, mama dan papa perlu mengelakkan dari memandikan bayi dengan cara merendam. Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.