Prihatin dengan permasalahan pelbagai virus yang menyebabkan pelbagai penyakit ketika ini, ibu bapa perlu meningkatkan aspek kebersihan dan pengambilan makanan berkhasiat supaya anak-anak tidak mudah dijangkiti selesema, batuk dan demam berpanjangan.
Selain selalu mencuci tangan anak dengan bersih atau menggunakan sanitizer, elakkan pergi ke tempat-tempat tumpuan ramai orang bagi mengurangkan risiko dijangkiti virus.
Bukan itu sahaja, malah kanak-kanak mesti dibiasakan makan makanan berkhasiat dan tinggi kandungan vitamin C supaya sistem imun badan mereka kuat untuk melawan jangkitan pelbagai kuman dan virus.
Buah-buahan dan sayur-sayuran antara makanan tinggi vitamin. Malah vitamin C antara vitamin yang diperlukan untuk mencegah selesema yang seharusnya dijadikan makanan wajib dalam menu harian anak-anak. Paling utama, rangkaian vitamin khususnya vitamin C dapat meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak kita. Jus Sunkist Pure Oren adalah pilihan yang disarankan bagi memenuhi keperluan vitamin C si kecil.
Oren Tinggi Vitamin C
Ads
Sebut saja mengenai vitamin C, kita akan terbayangkan sebiji buah oren. Buah oren sememangnya mengandungi tinggi vitamin C yang baik iaitu sekitar 70mg bagi setiap cawan. Manakala sebiji buah oren pula membekalkan secara purata 53.2mg vitamin C.
Bukan hanya tinggi vitamin C, malah buah oren juga kaya folat, kalium dan juga antioksidan. Bukan hanya buah bahkan kulit buah oren kaya dengan Vitamin A. Buah oren sememangnya cukup baik malah mampu meningkatkan sistem imun dan paling utama dapat melawan jangkitan seperti demam dan selesema. Sumber : www.healthline.com & www.rd.com
Namun bukan hanya buah oren, rangkaian buah-buahan dan sayur-sayuran lain juga memiliki khasiat malah jauh lebih tinggi daripada buah oren.
Pilih Jus Sunkist Oren
Ads
Jus Sunkist Pure Oren mengandungi tinggi kandungan vitamins A, C, E malah dihasilkan daripada jus buah oren yang sebenar serta tidak mengandungi sebarang bahan pengawet terlarang. Jadi ia pastinya minuman terbaik bukan hanya untuk anak bahkan seisi keluarga.
Sunkist Pure Pilihan Seisi Keluarga
Selain dijadikan minuman yang sihat untuk anak kerana ia mengandungi nutrisi yang kaya dengan vitamin, Sunkist Pure juga menjadi minuman wajib ada paling berbaloi untuk dimiliki. Setiap botolnya bukan hanya mengandungi lebih enam biji buah oren segar bahkan dihasilkan daripada buah oren terpilih dan terbaik. Malah ia merupakan jus oren terbaik yang mengandungi enam biji buah oren berbanding jus-jus lain di pasaran. Sunkist Pure juga mempunyai perisa gabungan Lemon dan Epal yang pastinya memberikan rasa yang sedap dan menyegarkan.
Hidangan minuman ini bukan hanya mencipta bonding dalam keluarga bahkan ia merupakan pilihan kegemaran sekeluarga. Rasanya yang segar pastinya membuatkan kita merasa puas ketika minum terutama pada waktu cuaca panas.
Bukan sahaja ketika panas, malah Jus Sunkist Pure ini juga sesuai diminum sebagai sarapan pagi bersama sandwic dan sebagainya. Ia menyegarnya malah menjadi penghilang dahaga di kala kehausan.
Sebagai ibu bapa, kita pasti menginginkan hanya yang terbaik buat si manja. Apabila sudah masanya anak perlu minum susu tepung formula, kita akan memilih jenama yang diyakini dengan pelbagai kandungan nutrisi yang bagus untuk kesihatan anak.
Ibu bapa akan memikirkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan tentang susu tepung formula terbaik untuk anak. Biasanya, ibu bapa akan membuat survey terlebih dahulu dan akan membandingkan jenama susu dari pelbagai sudut. Antaranya:
Bukan sembarangan jenama akan dipilih untuk anak-anak. Biasanya ibu bapa akan turut memandang berat jenama susu tepung formula yang terbaik dan diyakini. Bukan sahaja kualiti bahkan ramuan yang digunakan serta status HALAL amat dititikberatkan oleh ibu bapa di Malaysia.
Sebaik-baik susu tepung formula adalah apabila ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan vitamin yang dapat membantu tumbesaran serta perkembangan otak anak-anak. Selain itu, susu tepung formula yang baik seharusnya mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat lain yang turut dapat memenuhi keperluan nutrisi anak-anak.
Salah satu perkara yang membuatkan ibu bapa risau adalah peningkatan berat badan anak. Memilih susu tepung formula yang terbaik sangat penting agar pengambilannya dapat membantu peningkatan berat badan secara sihat pada anak-anak.
Bukan hanya memikirkan soal harga, pemilihan jenama susu tepung formula perlu menitikberatkan tentang sejauh mana ia dapat membantu sistem pertahanan tubuh anak dan mudah dihadam. Dua faktor ini antara yang penting kerana ibu bapa mahukan yang terbaik apabila memilih susu tepung formula untuk anak.
Menyebut tentang kesemua faktor pemilihan susu tepung formula ini, Karihome merupakan jenama terbaik yang menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Karihome diperbuat daripada susu kambing dari New Zealand dan menggunakan kaedah pemprosesan yang unik.
Lebih menyakinkan kerana Karihome merupakan satu-satunya susu kambing formula di Malaysia yang terbukti secara klinikal menyokong pertumbuhan anak. Susu kambing mempunyai kelebihan berbanding susu lembu kerana ia mampu meningkatkan berat badan dengan lebih berkesan.
Susu kambing mengandungi asid lemak rantai sederhana semula jadi (MCT), iaitu sejenis lemak yang lebih kecil. Ini menjadikannya lebih mudah dihadam. Lemak susu kambing adalah 1/3 lebih kecil berbanding susu lembu. Dengan lemak yang mudah dihadam, ia akan diserap dan digunakan oleh badan anak-anak untuk membantu pertumbuhan mereka.
Kebanyakan susu formula lembu yang lain menjalani proses pemanasan 2-3 kali peringkat untuk menghasilkan susu formula. Namun untuk Karihome, ia hanya melalui satu kali proses pemanasan. Oleh itu pemakanan semula jadi dalam susu kambing mampu dijaga.
Susu kambing Karihome terbahagi kepada 3 peringkat :
-Karihome Step 3 Growing-up Formula: 1-3 tahun
-Karihome Step 4 Pre-School Formula: 4-6 tahun
-Karihome Whole Goat Milk Adult Formula: 7 tahun hingga Dewasa
Jom ikuti perkongsian dua orang ibu ini yang telah menggunakan Karihome untuk anak-anak mereka!
Pn Nurdiyana binti Zainal Abidin
Anak : Rania Binti Mohd Hazimin & Muhammad Rayf Bin Mohd Hazimin
Pa&Ma : Sejak bila Puan gunakan Karihome untuk anak?
Pn Diyana : Saya sudah menggunakan Karihome sejak lima tahun yang lepas. Bermula dengan anak sulung saya, pada usianya dua tahun saya dah berikan Karihome padanya. Kemudian untuk adiknya juga saya berikan Karihome kerana mereka serasi dengan susu ini. Saya bersyukur kerana anak-anak suka dengan Karihome.
Pa&Ma : Kenapa pilih Karihome?
Pn Diyana : Sejak awal jenama Karihome bertapak di pasaran Malaysia, keluarga saya sudah mengetahui tentangnya. Saya suka kerana ia sangat baik untuk penghadaman dan tidak menyebabkan kembung seperti kebanyakan susu lembu. Oleh itu, saya setia memberikan anak-anak susu Karihome ia diperbuat dari susu kambing dari New Zealand. Sangat menyakinkan kerana semua kambing dipelihara secara khusus untuk Karihome di ladang kambing di sana.
Pa&Ma : Apa faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan Karihome?
Pn Diyana : Pertamanya kerana kandungan gula tambahan yang rendah. Susu lembu yang diformulakan ditambah dengan kandungan gula yang tinggi. kedua, kerana ia sesuai dengan penghadaman anak-anak saya. Susu kambing mudah dicerna jadi proses penghadaman sangat mudah. Anak-anak pun tak ada mengalami kembung perut. Sebab ketiga saya memilih Karihome kerana rasa asli semula jadinya yang sedah dan segar. Terlalu banyak jenama susu tepung formula yang didatangkan dengan perisa seperti coklat atau vanila yang mengganggu deria rasa anak dan membuatkan mereka lebih suka kepada rasa manis.
Pa&Ma : Apa kebaikan Karihome pada anak-anak Puan?
Pn Diyana : Paling penting, tiada kembung perut! Anak sulung saya dah tujuh tahun dan masih suka minum susu. Sekarang dia sukakan susu yang dibancuh sejuk. Lebih bagus, Karihome dapat dibancuh dengan air sejuk tanpa ada ketulan susu. Amazing! Rasanya sama seperti susu segar. Rasa Karihome juga sangat sedap. Anak-anak membesar dengan normal, jarang jatuh sakit yang keterlaluan dan tidak overweight. Ini sangat penting kerana di Malaysia kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat kerana pengambilan gula berlebihan dalam diet mereka.
Pa&Ma : Adakah Puan akan sarankan Karihome kepada ibu bapa lain? Mengapa?
Pn Diyana : Semestinya! Saya juga galakkan ahli-ahli keluarga yang lain untuk menggunakan Karihome. Untuk pengetahuan semua, nenek saya juga minum susu Karihome untuk dewasa. Memang banyak kebaikan Karihome yang saya nampak jadi saya akan terus memberikan susu ini kepada anak-anak.
Pn Allifah binti Jamal
Anak : Muhd Afiq Rayyan Bin Muhd Wafiq Hakim
Pa&Ma : Sejak bila Puan gunakan Karihome utk anak?
Pn Allifah: Lebih kurang sejak 2015 dan anak saya masih minum sehingga sekarang.
Pa&Ma : Kenapa pilih Karihome?
Pn Allifah : Harganya berpatutan dan saya rasakan ia berbaloi dengan kandungan nutrisi yang ada di dalam susu Karihome ini. Tambahan pula, susu ini sesuai dengan anak yang mempunyai milk lactose intolerance.
Pa&Ma : Apa faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan Karihome?
Pn Allifah: Pertama sekali, umum dah mengetahui tentang khasiat susu kambing kan? Mudah dicerna dan bila saya berikan pada anak, saya dapat lihat ia bagus untuk kulit, tumbesaran dan perkembangan mindanya.
Pa&Ma : Apa kebaikan Karihome pada anak Puan?
Pn Allifah : Sistem pencernaannya baik dan apa yang saya nampak, bila ada luka pada kulitnya memang cepat sembuh. Satu lagi yang suka dengan Karihome ialah anak saya tidak mengalami kembung perut apabila meminumnya. Alhamdulillah, anak saya juga cepat belajar dan saya boleh tengok dia berkembang dengan baik dalam pelajaran.
Pa&Ma : Adakah Puan akan sarankan Karihome kepada ibu bapa lain? Mengapa?
Pn Allifah : Sudah tentu! Saya sarankan rakan-rakan di pejabat untuk beri Karihome pada anak-anak dan semuanya serasi dengan susu ini. Sudah lima tahun saya berikan Karihome kepada anak saya dan jujurnya saya akan setia dengan jenama ini saja. Kalau ada anak lain di masa hadapan, Karihome tetap menjadi pilihan.
Saya sendiri pun minum Karihome untuk dewasa dan telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg! Susu kambing Karihome memang mengenyangkan.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sampel susu kambing Karihome boleh layari : https://bit.ly/3jnCgmb
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak di zaman yang serba mencabar ini sememangnya tidak mudah. Banyak hal yang terpaksa mak ayah fikirkan dan timbang tarakan demi memastikan anak dalam keadaan yang baik dari segi fizikal mahupun mental.
Memastikan emosi anak-anak terjaga dengan baik juga antara yang wajib ibu ayah utamakan, semuanya demi memastikan kesihatan mental mereka tidak terjejas.
Anak menjadi kurang keyakinan diri, lebih degil dan sentiasa berfikiran negatif merupakan antara salah satu kesan yang berlaku sekiranya emosi mereka terjejas.
Menurut perkongsian Miss Evelyn Ngui, Pakar Psikologi Klinikal dari Sunway Medical Centre, Bandar Sunway, bagi memastikan mental anak sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ibu bapa perlu memastikan aktiviti fizikal dan mental anak seimbang.
Ibu ayah perlu tahu bahawa kesihatan fizikal juga turut mempengaruhi kesihatan mental anak-anak. Apa yang ibu ayah perlu lakukan agar kesihatan mental ini seiring adalah dengan melakukan beberapa perkara berikut.
Seimbangkan aktiviti fizikal dan mental
Ibu ayah perlu periksa kembali rutin harian anak-anak dan perlu pastikan aktiviti fizikal dan mental mereka seimbang. Jangan biarkan anak sentiasa belajar sahaja tanpa seimbangkan dengan aktiviti fizikal.
Biarkan anak ada masa untuk belajar, namun jangan abaikan aktiviti luar rumah untuk mereka lakukan. Wajib!
Dengarkan luahan suara anak-anak
Ketika mendidik anak-anak, ibu ayah selalu terlupa untuk mendengar kemahuan anak-anak. Walaupun masih kecil namun mereka masih punya impian dan kehendak sendiri.
Sesekali dengarkan juga suara dan luahan dari hati anak-anak. Anak-anak sebenarnya mempunyai banyak perkara yang hendak dikongsi tetapi disebabkan kekangan masa ibu ayah membuatkan segalanya tersimpan kemas.
Bila suara hatinya didengari, anak-anak akan berasa lebih dihargai dan merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Emosi anak-anak juga secara tidak langsung akan lebih senang ditangani.
Ajar anak tunjukkan emosi
Setiap kali anak rasa kecewa misalnya gagal mencapai markah yang bagus dalam ujian, ataupun kalah dalam pertandingan, didik anak untuk luahkan rasa kecewanya atau ketidakpuasan hatinya. Dengan cara ini anak akan merasa lebih didengari.
Ajar juga anak-anak untuk mengendali emosi mereka setiap hari. Jika berasa marah atau sedih, didik mereka untuk belajar mengawal emosi sebaiknya.
Stress Buat Mental Anak Terganggu
Tidak dinafikan tekanan sekeliling juga menjadi salah satu gangguan terhadap kesihatan mental dan emosi anak. Sama seperti orang dewasa, anak-anak kecil juga melalui hal yang sama.
Anak-anak yang masih kecil sememangnya tidak mampu untuk meluahkan ekspresi dan rasa hati mereka, jadi disebabkan itulah ada anak yang tantrum dan mudah menangis jika kehendaknya tidak dipenuhi.
Orang sekeliling atau perubahan yang berlaku pada anak misalnya bertukar sekolah atau kawan-kawan juga akan memberi tekanan kepada anak-anak dan inilah salah satu punca anak mengalami stres.
Tekanan daripada ibu bapa, misalnya untuk mendapat markah yang baik juga membuatkan anak-anak tertekan, namun biasanya mereka tidak tahu cara untuk meluahkannya.
Petanda anak stress:
Apa mak ayah perlu buat?
Bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal anak dalam keadaan sihat dan baik, kedua-duanya perlu diseimbangkan namun belajarlah untuk mengenali anak dengan lebih baik.
Dalam apa jua keadaan, ibu bapa memainkan peranan utama untuk mendidik anak-anak dan membentuk persekitaran yang sihat buat mereka. Oleh itu, penting untuk ibu bapa menjaga kesihatan mental dan fizikal sendiri supaya mereka dapat menjaga insan tersayang dalam jagaan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun. Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita. Namun kanser, penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa punca sebenarnya.
Namun kenyataan daripada doktor pakar ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada wanita, lebih-lebih yang menyusukan anak.
Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon, Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.
Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.
Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.
“Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:
– peningkatan usia
– mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
– tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
– pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita- wanita keputusan haid ( menopause)
Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.
Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan. Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.
Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.
Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil
Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.
Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.
Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.
Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil. Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.
Teknik Penyusuan Perlu Tepat
Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin. Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi, Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.
“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.
Jangkitan kulat
Bengkak susu
Mastitis
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Autisme bukan lagi satu istilah yang asing dalam dunia keibubapaan hari ini. Semakin ramai ibu bapa mula sedar tentang spektrum autisme, namun masih banyak persoalan dan kekeliruan tentang apa sebenarnya yang dilalui oleh anak-anak autisme.