Bila bayi dah menjangkau usia 6 bulan jadual rutin ibu pun berubah. Penyediaan bubur untuk bayi dah jadi keutamaan.
Jadi menu utama sebelum anak boleh makan makanan orang dewasa mestilah dengan menyediakan bubur nasi. Kalau ibu yang bergelar suri rumah bolehlah masak bubur bila hampir waktu makan anak tapi bagi ibu bekerjaya, penyediaan kenalah awal pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh atau taska.
Kalau terlajak sikit bangun pagi, alamaknya tak sempatlah nak masak bubur nasi untuk anak. Nak tak nak terpaksalah bekalkan anak dengan bijirin segera walaupun niat awalnya nak anak rasa air tangan ibu.
Idea bernas yang dikongsikan ini sangat membantu ibu-ibu anak kecil dalam penyediaan bubur nasi dengan cepat. Hanya memerlukan masa 7 minit bubur anak dah boleh siap.
Cara penyediaan bubur nasi 7 minit
Langkah 1
Basuh beras hingga bersih dan tak perlu tos.
IKLAN
Langkah 2
Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).
Langkah 3
Bila nak masak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Kalau nak tambah ayam dan sayur, letak masa ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.
IKLAN
Langkah 4
Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk buat kerja lain kalau tak mahu bubur hangit.
Langkah 5
IKLAN
Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tak banyak, penyediaan bubur akan mengambil masa kurang dari 15 minit.
Langkah 6
Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.
Sumber: FB Nor Sakinah Md Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.
Air barli boleh merawat UTI UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan meminum air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini. Barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Menyejukkan badan, air barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.
Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.
Membekalkan nutrisi penting kepada ibu mengandung Dengan kebaikannya yang banyak, air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.
Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Jom ikuti resepi air barli yang dikongi:
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli ni pun mudah:
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Tu je sharing pagi ni.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Mastura Rashid
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Semua orang suka makan nasi goreng. Ada macam-macam jenis. Yang pedas, kurang pedas atau langsung tidak pedas. Ikutlah selera masing-masing. Salah satu jenis nasi goreng yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi goreng kampung.
Resipi untuk nasi goreng kampung pun ada banyak versi. Yang guna belacan, yang hanya guna ikan bilis, ada juga yang tak guna bawang merah ketika menumis dan macam-macam lagi. Mungkin para ibu ada resipi nasi goreng kampung sendiri, tapi tak salah rasanya untuk belajar cara orang lain.
Untuk cara-cara membuat nasi goreng ini, bolehlah lihat gambar di bawah:
*Siapa suka sayur letaklah, anak anak ibu ni kalau sayur memang nya deorang ni, macam nak kena tembak dengan askar israel takutnya.
Boleh buat telur mata tau kalau nak lagi beselera. Anak anak ibu suka macam ni lagi.
Tak susah pun, mana-mana resipi nasi goreng lebih kurang sama saja cara memasaknya. Yang membezakan adalah bahan yang digunakan serta mungkin ada petua yang diamalkan untuk menyedapkan lagi rasa nasi goreng.
Jika anda berminat untuk mencuba resipi ini tapi ada anak kecil, kurangkan penggunaan cili padi. Guna cili masak pun dah cukup kalau anak kecil yang nak makan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Habis idea untuk sediakan menu minum petang bagi anak dan suami? Apa kata cuba buat cucur dan jemput-jemput pula. Ini antara menu paling ringkas yang mudah untuk disediakan dan bahannya juga memang dah ada di dapur.
Dapat makan pula yang panas-panas memang sekejap je licin. Kali ini nak kongsikan resepi jemput-jemput ikan bilis yang diluarnya crispy dan dalamnya lembut sangat. Dicicah pula dengan sos cili memang terbaik!
Berikut adalah resipi yang dikongsikan Fatien Zaini. Kalau anak yang jenis susah nak makan sayur pun pasti akan makan. Cubalah!
Jemput-Jemput Ikan Bilis
Bahan-bahannya:
* 3 cawan tepung gandum(cap rose)
* 3 1/2 cawan air panas
* 1 1/2 sudu kecil garam
* Carrot
* Bawang merah
* Daun bawang
* Cili merah
* Ikan bilis segenggam
Caranya:
1. Carrot, daun bawang, sup dan cili dipotong kecil.
2. Tumbuk halus ikan bilis.
3. Gaul tepung bersama bahan yang dipotong dengan ikan bilis serta garam. Kacau sebati
4. Bentukkan lubang di tengah tepung dan tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
5. Biarkan bancuhan sejuk dahulu baru goreng yea. Siap!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!