Dalam dunia yang serba laju ini, ramai antara kita terjebak dalam perlumbaan tak berpenghujung. Kerjaya, keluarga, sosial media semuanya datang dengan tekanan dan harapan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar definisi โbahagiaโ yang dicipta oleh orang lain, sampai kita lupaโฆ bahagia itu sebenarnya berbeza untuk setiap orang.
Bahagia Tak Perlu Sama
Ada orang rasa bahagia bila melancong jauh. Tapi ada juga yang cukup tenang hanya dengan secawan kopi panas dan bunyi hujan di tingkap. Jangan bandingkan jalan hidup kita dengan orang lain. Kalau kita asyik tengok hidup orang, kita akan lupa menghargai yang kita ada.
Kecil Tapi Bermakna
Bahagia bukan tentang kereta besar atau rumah mewah semata-mata. Kadang-kadang, ia tersembunyi dalam perkara kecil:
Ads
Bila anak peluk kita tanpa sebab.
Bila mak ayah sihat dan masih boleh telefon kita.
Bila kita berjaya tidur lena tanpa gangguan fikiran.
Semua itu juga bahagia, cuma kita jarang sedar.
Belajar Letak Had
Ads
Salah satu kunci bahagia ialah belajar kata โtidakโ. Tak semua jemputan kita perlu hadir. Tak semua komen perlu kita balas. Hidup lebih ringan bila kita tahu jaga sempadan diri sendiri.
Ads
Bahagia Itu Latihan
Jangan tunggu sempurna baru nak bahagia. Belajar raikan proses. Hari ini mungkin tak sebaik semalam, tapi kita masih di sini, masih bernafas, masih mencuba dan itu pun sudah cukup.
Bahagia itu bukan destinasi. Ia cara kita melihat hidup. Bila kita berhenti mengejar versi orang lain, kita mula cipta bahagia versi kita sendiri. ๐
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Badan rasa kuat dan yakin untuk berpuasa tetapi bila memikirkan janin dalam kandungan, ibu mula goyah. Bagi ibu-ibu hamil yang masih terfikir-fikir, ini saranan dari Dr Afida Sohana Awang Soh dari Klinik Pakar Wanita, Metro IVF Klang.
Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
โSesungguhnya Allah โazza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.โ
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/โฆ/irsyad-fatwa-umum/1969-31 beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada. Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan! Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan.
Jom kita tinjau dari segi perubatan pula. Terdapat perubahan pada physiology pada bakal ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi Physiology:
* Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil. Ini menyebabkan jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa,
* dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
* Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat)
MasyaAllah! KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
* Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada awal kehamilan, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah!
* Darah ibu membekalkan gula kepada bayi.
* Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih
* Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil.
* Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin.
* Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE)
* Risiko ini meningkat jika ibu kurang air, atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia
* VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut!
* Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit
* Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.
Mungkin bakal ibu berasa takut pula bila membaca perubahan Physiology dan implikasinya ini kan?
ย
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa. Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri! Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mepunyai risiko VTE yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran (IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih di dalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
Berpuasa semasa Menyusu Bayi:
* Tiada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu.
* Tapi kadangkala Ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting,
* Berbincang dengan doktor!
* Minum air secukupnya. Boleh gunapakai tips KKM seperti dalam gambar
* Banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama
* Jangan paksa diri!
Moga bermanfaat dan Selamat Berpuasa buat semua!
Mohon maaf zahir batin!
Semoga Ramadhan ini membawa keinsafan kepada diri kita, dan semoga barakah Ramadhan menyelubungi dunia, supaya kita semua dapat hidup dalam keamanan dan ketaqwaan.
Dr Afida Sohana Awang Soh
ย
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
โMembiaknyaโ Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru โ Asyraf Wajdi. Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook pada hari Rabu, beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada guru atau pelajar semata-mata.
โKITA TIDAK BOLEH HANYA MENYALAHKAN PELAJAR ATAU PENDIDIK. KEADAAN DALAM KELUARGA SERTA SIKAP IBU BAPA TURUT MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM MENCORAKKAN TINGKAH LAKU ANAK-ANAK, TERMASUK KECENDERUNGAN KEPADA PERBUATAN MEMBULI YANG AKHIRNYA TERBAWA KE SEKOLAH ATAU ASRAMA,โ JELAS BELIAU.
Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan oleh media pada Isnin yang menyatakan bahawa pihak MARA telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap satu kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bahagian utara negara.
Insiden tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas satu video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial, memaparkan beberapa pelajar yang bertindak memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki lain. Lebih membimbangkan, mangsa turut diikat kakinya menggunakan tali pinggang tanpa menunjukkan sebarang usaha untuk melawan.
Berikutan siasatan dalaman yang dilakukan, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa tujuh pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut telah disyorkan untuk diberhentikan daripada pengajian di institusi berkenaan.
Hasil keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mendapati bahawa daripada tujuh pelajar terbabit, dua daripadanya memainkan peranan utama dalam tindakan membuli, manakala lima lagi dikenal pasti bersubahat.
โKesemua mereka telah dicadangkan untuk ditamatkan pengajian di MRSM sebagai langkah tegas terhadap sebarang bentuk salah laku yang mencemarkan nama institusi pendidikan,โ ujarnya lagi.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion kepada sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, peruntukan besar itu merangkumi pelbagai aspek penting termasuk pembinaan sekolah baharu serta kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan sedia ada, termasuk institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
โPeruntukan ini juga menyasarkan pembangunan kemudahan dan fasiliti di institusi pengajian tinggi awam agar kualiti pendidikan negara dapat terus dipertingkatkan,โ ujar Perdana Menteri dalam ucapan beliau.
Beliau turut memaklumkan bahawa pembinaan sekolah akan dijadikan sebagai syarat utama dalam permohonan Kebenaran Merancang bagi mana-mana projek perumahan berskala besar yang baharu.
โPembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu,โ jelasnya.
Bagi menangani isu kepadatan pelajar dan kekurangan tapak sekolah di kawasan bandar yang padat, kerajaan akan memperluaskan konsep pembinaan sekolah secara vertikal (menegak).
โManakala, pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah bersesuaian,โ katanya.
Langkah-langkah ini dilihat sebagai satu usaha menyeluruh kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara, sejajar dengan aspirasi RMK13 dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan melahirkan generasi berilmu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesi persekolahan seperti biasa KPM disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tiada pelaksanaan PdPR buat masa ini, sekali gus melegakan kebimbangan ibu bapa mengenai sistem pembelajaran anak-anak.