Didikan pada anak-anak semuanya bermula dari rumah. Dari awal ibu bapa latih anak-anak untuk menghormati orang, berakhlak baik, sentiasa bersimpati, sikap ini akan terus kekal dalam diri mereka sampai bila-bila.
Begitu juga dalam bab bersedekah, bila anak diajar untuk berkongsi rezeki, mereka akan mempunyai perasaan empati yang tinggi dan lebih memahami ramai lagi insan yang kurang bernasib baik.
Jual koleksi mainan untuk kongsi rezeki dengan anak yatim
Baru-baru ini tular di laman Twitter, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun menjual koleksi mainan yang dimilikinya di laman rumahnya untuk belanja set Happy Meal untuk gembirakan anak-anak yatim.
Menerusi ciapan oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Adawiyah, dia tidak menyangka bahawa keputusan yang dibuat oleh anak lelakinya untuk menjual koleksi mainan adalah berpunca daripada maskot Mickey Mouse yang dilihat di McDonalds.
Jelasnya, sebaik sahaja anak sulungnya itu melihat maskot tersebut seakan meminta sedekah, kanak-kanak lelaki itu terus memberi idea mahu membantu kawan-kawan yang tidak berkemampuan.
Ads
Duit terkumpul beli 35 set Happy Meal untuk anak yatim
Tambah Adawiyah, niat murni anaknya itu tidak terhenti di situ sahaja sebaik membelanjakan 35 set Happy Meal kepada sekumpulan anak-anak yatim.
Tak terhenti setakat itu, Sayf Mecca pada keesokan harinya menyambung semula jualan garaj di hadapan rumah di Pandan Indah, Ampang.
Difahamkan, Sayf Mecca sanggup menjual koleksi hotwheels dan monster truck miliknya dengan harga dari RM 2 sehingga RM5.
Perkongsian daripada ibu kepada kanak-kanak itu telah menarik perhatian warganet dengan mengatakan bahawa adik Sayf Mecca seorang yang berjiwa besar dan mulia dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ads
Satu keluarga berhati mulia
Selain itu, terdapat seorang pengguna Twitter lain yang mendedahkan bahawa sebelum ini, bapa kepada budak lelaki itu yang dikenali sebagai Amy pernah membuat jualan amal demi membantu orang susah.
Semoga lebih ramai yang berjiwa besar seperti adik ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi yang ‘sembam’ sekarang ini.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malang tak berbau. Itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak, Muhammad Najwan Faiz Mohamad Nasron yang jari kelingkingnya putus dan terlekat di grill selepas memanjat ketika sedang bermain.
Menurut kakaknya, Anieza Niera yang berkongsi kisah adik bongsunya itu, dia menjelaskan semua berlaku tanpa dijangka. Kejadian ini benar-benar beri pengajaran dan meninggalkan kesan trauma dalam diri Najwan.
18/10/2019
Ketika semua ahli keluarga sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan kenduri sebelah paginya, Najwan biasalah bermain dengan saudara mara.
“Semasa kejadian jam 1 petang tak sangka pula adik memanjat grill (macam dalam gambar) dan mengantungkan tangannya di situ dengan niat untuk bermain.
“Dalam beberapa minit disebabkan pintu pagar itu terbuka, adik tidak boleh mengimbangkan badan, dia terus terjatuh dan terputus jarinya.
“Dalam keadaan kelam kabut itu, jari kelingking Najwan tak dijumpai dan seluruh ahli keluarga ingatkan ia terpelanting. Puas mencari di sekitar tempat tersebut akhirnya jumpa terlekat di celah bunga grill yang dipanjatnya itu,” katanya.
Tambah Anieza, bila dah terjumpa jari tersebut sepatutnya terus letakkannya dalam ais, tapi semua ahli keluarga langsung tak ingat dan terus membawa adik ke hospital menerima rawatan.
“Masa sampai doktor terus cari ais dan letakkan jari dalam ais (nasib jari masih hidup) serta lakukan pembedahan menyambung semula jari.
“Pembedahan mengambil masa 2 jam 30 minit tetapi berita yang menyedihkan hanya satu urat sahaja boleh diselamatkan dan yang lain hancur,” kongsinya.
19/10/2019
Doktor menunggu aliran darah melalui jari yang disambungkan tu.. Macam-macam cara dilakukan. Pertama cucuk ubat cairkan darah.. Kedua letak bawah lampu supaya darah mengalir dengan baik. Lega dengar.
Tetapi beberapa hari lalu doktor cakap jari makin kecut, darah masuk pun secara paksa dan tak sampai ke kuku. Mungkin jari akan mati. Ya Allah besarnya ujian.
Bagaimanapun doktor bagi masa dua hari. Kalau pengaliran darah masih tak elok akan buat pembedahan lagi sekali untuk buang jari yang disambungkan itu.
Ya Allah semoga ada keajaiban dari-Mu. Hanya Allah boleh makbulkan doa semua.
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, hati-hatilah dan sentiasa pantau pergerakan anak. Benda nak jadi sekelip mata boleh berlaku. Kadang dalam rumah sendiri pun boleh jadi punca utama walaupun itu adalah lokasi biasa anak bermain.
Anak yang sedang membesar memang lasak dan sukar dikawal. Sememangnya tak dapat dinafikan lagi pasti ramai ibu ayah yang geram dengan perangai anak! Lagi-lagi kalau berada di luar rumah atau tempat keramaian.
Mencabar betul ditambah pula bila anak-anak dah jumpa ‘geng’, kalau tak dikawal sikap mereka secepat mungkin sebenarnya boleh menganggu ramai orang dan dianggap tidak menghormati majlis.
Baru-baru ini tular satu video dimana seorang ibu cuba mengawal anak lelaki daripada membuat bising dengan hanya menggunakan isyarat mata.
Ibu tersebut kelihatan seperti menahan geram dengan menjengilkan mata beberapa saat ke arah anak lelaki yang duduk bersama si ayah.
Kemudian si ibu mengeluarkan arahan “duduk diam-diam” di dalam majlis tahlil yang sedang diadakan ketika itu.
Bukan hanya si anak sahaja yang terdiam takut, malah si ayah juga terkaku melihat isteri menasihati anaknya itu.
Rata-rata memuji sikap si ibu yang pandai mendidik anak dan menasihati anak agar sentiasa berkelakuan sopan di dalam majlis. Tak kurang juga ada yang membandingkan dengan video yang pernah tular berkenaan isu anak buat bising di kedai makan dan membezakan cara ibu ini dan cikgu ayu mendidik anak.
Seorang bayi menanggung kesakitan hampir 30 minit apabila tangannya tersepit pada bahagian bawah eskalator yang sedang bergerak.
Kejadian berlaku pada jam 6.35 petang itu menyebabkan bayi berkenaan meraung kesakitan apabila tangan kirinya sehingga ke bahagian pergelangan tersepit di bawah pemegang eskalator yang sedang bergerak.
Terdengar Jeritan
Seorang saksi, Nurul Huda Abdul Yazid, 23, berkata, kejadian disedari berlaku apabila terdengar jeritan daripada pengunjung pasar raya yang ketika itu sedang menuruni eskalator tersebut dan melihat tangan bayi tersepit.
“Saya ketika itu berada berhampiran eskalator terkejut lalu berlari ke arah mangsa untuk membantu, namun tangan kecilnya tersepit dengan kuat sehingga jari kelengkeng kelihatan seperti membengkok.
“Nasib baik seorang pengunjung menekan butang berhenti kecemasan pada bahagian bawah tangga berkenaan.
“Orang ramai mengerumuni mangsa untuk membantu namun tidak berjaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Di Kejarkan Ke Hospital
Katanya, pasukan penyelenggaraan pasar raya kemudian membantu mengeluarkan tangan mangsa dan berjaya sebelum bayi bersama ibu bapanya dibawa ke Hospital Pakar KPJ Perdana di sini untuk rawatan.
Difahamkan ketika kejadian itu, ibu mangsa yang berusia 30-an sedang memilih bingkai cermin mata di sebuah kedai bersebelahan eskalator tersebut manakala mangsa pula di bawah pengawasan bapanya.
Tidak Mengalami Kecderaan Teruk
Bayi itu juga dikatakan tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan terperinci di hospital tersebut.
Rakaman kejadian itu turut tular di aplikasi WhatApps semalam yang memaparkan bayi tersebut menangis sekuat hati dengan sebelah tangannya tersepit pada eskalator terbabit. Eskalator berkenaan ditutup kepada orang ramai selepas insiden yang berlaku semalam.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...