Bila waktu dihabiskan sepenuhnya di rumah, banyak masa terluang yang dapat dilakukan bersama-sama seluruh isi keluarga. Salah satu aktiviti wajib mama pastinya menyediakan sajian makanan untuk seisi keluarga. Bosan dengan menu biasa, apa kata hidangkan anak-anak dan suami dengan menu special.

Salah satu menu yang membuatkan seluruh isi keluarga tertunggu-tunggu untuk menjamahnya adalah menyediakan kek. Bukan anak-anak saja gembira, mak ayah pun sama. Teruja melihat hasilnya.

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!

Kek yang satu ini paling mudah disediakan malah rasanya juga sedap, lembut dan terlajak gebu. Nak sediakannya juga tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Jom cuba resipi perkongsian Pn Farisha Sofea ini. Terbaik!

KEK MARBLE NESTUM

Bahan Bahan :

IKLAN

Bahan A :
5 biji telur gred A
1 sk esen vanilla
1 sb ovallete
50g susu penuh krim
130g gula halus

Bahan B :
170g tepung naik sendiri ( diayak )
2 paket kecil nestum original

Bahan C :
100g minyak jagung

Bahan Lain :
Pewarna pilihan

IKLAN

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!Satukan ke semua Bahan A dan pukul sehingga kembang.

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!Masukkan Bahan B dan kacau rata. Masukkan pula Bahan C dan kaup balik sehingga sebati.

IKLAN

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu! Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan.

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!Tuangkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang yang telah digris (saya guna loyang bulat 7″) . Ulang sehingga habis. Lorekkan adunan jika suka.

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!

Panaskan oven, hentakkan sedikit loyang dan bakar pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing. Sisipkan keliling loyang dan terlangkupkan. Kemudian terlangkupkan semula.

Belanja Anak Kek Sedap, Buatkan Kek Marble Nestum, Sedap Lembut & Terlajak Gebu!Sejukkan sebelum dipotong. Siap sedia dihidang. 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI