Selepas mengumumkan kehamilan isterinya pada Disember tahun lalu, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia dan isteri enggan mengetahui jantina anak mereka malah mahu menjadikan ia sebagai kejutan bila tiba saatnya nanti.
Untuk itu kata Ayie, dia dan isteri kita hanya membeli barangan keperluan bayi sedikit demi sedikit tetapi tidak mengkhususkan pada mana-mana jantina.
“Buat masa sekarang jantina belum nampak lagi. Baru-baru ini masa pergi check up pun doktor kata masih samar-samar. Doktor dah nampak tapi masih belum boleh sahkan.
“Saya dan isteri pun sebenarnya tak nak tahu jantina anak saya. Saya nak suprise sampai usia kandungan lapan bulan nanti,” kongsinya lagi.
Tidak mahu membazir, sebaliknya kata Ayie, dia dan isteri hanya membeli keperluan bayi mengikut warna-warna ‘selamat’. Baik lelaki mahupun perempuan, masih boleh dipakai kedua-duanya.
“Saya dah pun beli baju baby tapi beli baju yang agak selamat. Beli baju yang lelaki perempuan boleh pakai. Warna pun lebih kurang.
Ads
“Saya inginkan anak lelaki, manakala isteri pula nakkkan anak perempuan. Kami pun selalu berkongsi soal jantina anak ini,” kongsinya lagi.
Isteri tak mengidam pelik-pelik
Malah kata bakal bapa ini lagi, dia juga tidak ada masalah untuk memenuhi permintaan isterinya sepanjang hamil.
“Usia kandungan isteri saya dah masuk empat bulan. Sepanjang tempoh kehamilan ini saya masih lagi boleh atasi mengenai soal mengidam dan emosi isteri.
” Isteri saya tak lah mengidam pelik-pelik macam nak makan sabun dan sebagainya tapi dia suka makan makanan yang masam-masam.
Ads
“Pernah juga sekali dia teringin hendak makan kuih raya pada pukul 11 malam. Saya pun tak tahu mana nak cari. Di stesen minyak, saya jumpa tart nenas tapi nanas pula tak boleh makan. Mujur sepupu saya hantarkan malam itu,” ceritanya lagi.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Ayie dan isterinya dan semoga dipermudahkan kelak hingga detik melahirkan.
Terdahulu, Ayie dan isterinya, Tasha Awie mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Izreen Azminda terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan pada Sabtu lalu.
Izreen yang kini sedang sarat hamil anak keempat berkata, tubuh badannya menggigil selepas keracunan makanan.
Menerusi Insta Story, ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini berkongsi kisahnya yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Tambah pula keadaan dirinya yang sarat hamil.
“Kali terakhir kena tahun 2022 kalau tidak silap, ini kena lagi. Keracunan makanan. Menggigil-gigil aku.
“Dua kali ganda teruk sikit dari sebelum ini, mungkin sebab mengandung kot,” kongsinya.
Menerusi perkongsian itu, Izreen turut memuat naik foto dirinya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees. Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.
Bagi ibu hamil, demam juga boleh memberikan kesan kepada janin. Ibu ini berkongsi tentang bagaimana dia kehilangan bayi yang dikandungnya pada usia kehamilan 25 minggu selepas demam.
Puan Neng Syahadah Sns berkongsi kisahnya ini sebagai pengajaran kepada ibu-ibu lain agar tidak mengabaikan kesihatan diri semasa hamil. Walau pun demam biasa. Demam yang dihadapinya tidak menyebabkan suhu badan yang tinggi di sebelah siang tetapi meningkat di waktu malam. Postingnya di Facebook mendapat lebih dari 2000 perkongsian.
Setelah beberapa hari di hospital dan mengalami simptom menggigil, catatan suhu badan yang tinggi serta beberapa perkara lain, bayinya akhirnya lahir tanpa diteran. Bayi yang dilahirkan pada usia 25 minggu 5 hari itu hanya bertahan beberapa jam sebelum pergi buat selama-lamanya. Berikut ialah perkongsian beliau;
Bagi yang tertanya tanya kenapa jadi macam ni, ibu ceritakan di bawah ya. Cuma nak berpesan, ibu² yang hamil, jagalah kesihatan sebaik mungkin. Kalau demam cepat² dapatkan rawatan di hospital.
30/8/2018
Ibu demam siang tu. Suhu takdala panas sangat. Tapi bila mai malam suhu ibu jadi tinggi. Sampai 39.6.. Ayah pula keja malam. Ibu call ayah minta ayah bawa ibu ke klinik.
31/8/2018
Subuh tu ibu bangun tidur, ibu rasa ada air keluar dari bawah. Menitik nitik. Badan ibu panas. Ibu makan ubat dan terus msg ayah bgtau keadaan ibu. Ayah call dan ajak ke hospital. Ayah balik tu, ibu ajak ayah pergi klinik scan dulu tengok air ketuban leaking atau tak.
Ayah, ibu n kakak pergi klinik.. Doktor scan, semua masih ok. Tapi dia bagitau lagi bagus kalau pergi hospital terus.
Tengahari tu ayah bawa ibu ke hospital. Kesian ayah belum tidur lagi dari balik keja pagi tu.
Sampai hospital, doktor check dengan alat yang mcm mulut itik tu, sekali bukan leaking. Keputihan doktor kata. Leganya ibuuu.. Ibu terus tanya doktor, “Saya boleh balik kan doktor? “.. Masa ni ibu hanya pikir kakak je. Sapa nak jaga kakak. Ayah kena kerja. Lagipun OT. Sayang kalau tak buat OT sebab kita nak pakai duit banyak.
Tapi nurse inform pada doktor yang ibu ni demam. Doktor nasihatkan ibu untuk admit dan check darah sebab takut denggi kan. Ibu pasrah jerla.
Bila dah masuk wad petang tu, ayah n kakak still tunggu di luar wad lagi. Sebab kakak kan bawah umur lagi. Tak boleh masuk wad.. Ayah n kakak tunggu sampai ibu dah selesai admit kat dalam wad. Ibu pun keluar lepak luar wad dengan ayah n kakak jap. Dalam pada dok lepak tu, ibu tetiba shivering. Ibu minta masuk wad dulu sebab shivering ibu ni agak teruk. Ibu baring atas katil sambil menggigil. Lama juga lepas tu ibu panggil nurse. Kelam kabut doktor² dan nurse² datang tengok ibu. Diorg pun tak pasti kenapa ibu mcm tu. Lama juga ibu menggigil.. Suhu ibu 40.6. Tak pernah blood pressure ibu tinggi. Masa shivering nak ambil blood pressure pun tak boleh. Dah ok sikit baru amik. 140.. Tinggi bagi ibu sebab ibu tak penah capai tinggi macamtu. Lepas dh suntik ubat semua n makan ubat.. Alhamdulillah ibu makin ok.
Ibu call ayah.. Sebab ayah tak call ibu pun after tengok ibu menggigil petang tu. Tetiba ibu dapat berita yang kurang enak. Ayah cakap dia baru lepas eksiden. Ibu pikir kakak je.. Tanya mcm mana kakak.. Ayah cakap kakak benjol di kepala. Allah.. Besarnya dugaan aku. Saat tu ibu tau, kakak hanya nak ibu ja. Dia perlukan ibu tapi ibu tak mampu nak ada dengan kakak masa tu. Ayah terlanggar kereta orang sebab ayah terlelap. Kesiannya ayah. Tapi tak dapat cakap lama sebab ayah tengah nak setel bab eksiden tu dengan org yang dia langgar.
Around pukul 11pm.. Ibu shivering lagi.. Allah.. Azabnya menahan shivering time tu. Penat sangat rasa diri ni.
1/9/2018
5am- Nurse minta ibu kencing. Sebab nak check air kencing kotor atau tak. Memang kotor pun air kencing ibu. Darah ibu ni ada la dalam 3-4 kali juga diorg ambil. Memang ada infections dalam darah pun.
10am- Ibu nak buang air kecil, sekali darah turun ketul dengan keputihan yang berwarna hijau lumut. Ya Allah.. Apa pulak kalini. Tapi ibu memang sakit perut pun haritu. Doktor asyik tanya sakit kat mana. Ibu cakap bahagian bawah perut. Nak kata contraction, bukan. Sebab perut doktor checked tak mengeras pun.
Ibu perati je jam. Setiap 5minit mesti datang sakit. Lepas tu pad mesti ada darah ketul. Mmg tiap kali tukar pad, akan tunjuk pad tu pada doktor. Doktor kata sebab kencing ibu kotor. Actually sakit ibu ni doktor rekod undetermined.. Ibu pun buntu. Apa jadi dengan ibu sebenarnya.
Bila dah petang, ibu masih juga sakit. Menahan sakit sepanjang hari. Setiap 5minit. Doktor scan pukul 2 semua ok. Cek bawah pun ok. Takda bukaan. Uri semua ok. Tapi pelik. Kenapa asyik turun darah. Dekat maghrib, ibu cakap kat doktor pelik dengan sakit perut ni. Kerap sangat. Doktor cek bukaan. Ok je. Atau dlm erti kata lain 1/10.. Mmg takda bukaan.
Doktor cakap dia beri ibu 2 suntikan.. Ubat tahan sakit dan dexa. Dexa ni sakit gila ok. Tahap 10/10 dia punya sakit.. Doktor cakap akan bg 2x suntikan dexa. Bermakna esok tu lagi sekali suntikan. Allah.. Azabnya nak hadap lagi sekali.. Tapi takpala. Ibu kuat demi anak ibu sorang ni. Ibu sanggup harung apa saja, asalkan anak ibu dalam perut ni selamat.
After that suntikan.. Ibu ingat akan lega la dari sakit. Tapi awat still sakit. Malah.. Makin sakit. Doktor kata akan pindahkan ibu ke wad lagi satu. Kalau tak salah ibu, wad tu wad high risk. Di mana ibu akan lebih diberi tumpuan oleh nurse untuk pantau ibu. Dalam dok tunggu nurse pindahkan ibu, ya Allah.. Kenapa sakit sangat ni.. Malah makin kerap. Ibu menahan sakit sambil control nafas. Takkan sakit contraction kot.
Bila dah sampai wad atas tu, ibu makin sakit. Rasanya sepanjang masa sakit. Nurse cakap mengiring dan kepit je. Jangan teran. Sebab ibu masih awal lagi. Baru 25minggu 5 hari mcmtu. Ibu pun tak sanggup nak teran. Biarlah anak ibu dok dalam perut ni sampai 9 bulan. Tapi.. Ya Allah.. Sakit apa ni.. Sampai tak diberi kesempatan untuk ibu bernafas dengan tenang sekalipun. Tiap kali sakit datang, air pun keluar dari bawah.. Air apa pulak ni. Ibu masih berdiam diri tak panggil nurse. Masa kakak dulu, doktor yg pecahkan air ketuban. Ibu tak merasa air ketuban keluar sendiri. Sebab tu ibu mcm konfius air apa. Keputihan atau air ketuban..
2/9/2018
12am- Dalam ibu dok kepit tu, sambil tahan sakit, tetiba terasa benda nak keluar dari bawah. Sumpah ibu tak teran. Ibu jerit panggil nurse. “Nurseee!! Ada benda nak keluar!!! ”
Kelam kabut nurse buka seluar ibu dan diorg terkejut. Terus diorang panggil doktor. Doktor pun terkejut.. Ibu tak teran. Ibu biarkan awak keluar sendiri sayang. Separuh badan awak keluar, sakit ibu terus hilang. Awak stuck sebab keluar buntut awak dulu.. (kalau xsalah ibu buntut dulu keluar sebab dengar doktor ke nurse cakap mcmtu).. Doktor usaha keluarkan kepala awak pula. Alhamdulillah.. Awak selamat keluar.. Ibu lahirkan awak secara breech delivery.. Ibu tak henti doa pada Allah supaya panjangkan umur yusuff. Ya.. Nama anak ibu Mohamad Yusuff bin Mohd Fazli. Nama yang ibu idamkan untuk anak lelaki ibu dan ayah.
Dah selesai semua, doktor minta no fon ayah nak bagitau yang ibu dah bersalin n minta ayah datang hospital. Call ayah tak dapat. Ibu google number fon kilang ayah keja tu. Lepastu dia minta ext. Ibu ingat² lupa ext no. tu. Disebabkan ibu dulu keja sekali dengan ayah dan kerap dial ext no bilik tu, ibu cuba nasib dial. Sekali betul. Tapi masa doktor cakap dengan ayah tu, doktor minta ayah dtg hospital segera. Urgent!… Lepas tu doktor minta ibu call ayah balik.. Sebab nak bgtau kata ibu dah bersalin sebenarnya. Masa tu ibu fikir, ayah taktau pun ibu bertarung satu hari menahan sakit. Petang 1/9 tu ayah dtg melawat ibu. Tapi dia dah nampak ibu macam lain dah. Yerla. Ibu lepak luar wad sambil menahan sakit masa tu.
Lepas tu bab keluarkan uri pula, bersalin Yusuff sangat senang. Sebab kecil lagi kan. Tapi bab uri tu, ya ampunnn.. Rasa nak tercabut nyawa doktor n nurse cuba keluarkan. Dikorek, diseluk, ditekan perut, disuruh batuk.. Hehe.. Ibu macam nak meracau tapi nurse tempik. Syukur nurse sedarkan ibu. Supaya ibu tak melayan sangat. Lama juga ambil masa setelkan bab uri ni.
Doktor baby kemudian datang dekat ibu. Riak wajah doktor sangat buat ibu rasa xsenang. Doktor maklumkan yang badan Yusuff sangat fragile. Doktor cakap kalau bagi oksigen pun kesian. Mcm menyiksa awak. Doktor tanya ibu nak pangku awak tak.. Of cos ibu nak pangku awak. Nak tengok wajah awak yang handsome macam ayah. Ibu mmg confident yang awak macam ayah. Ramai juga kata mcm kakak. Yerla. Awak berdua mmg photostat muka ayah.. Sebaknya ibu pangku anak lelaki ibu ni. Alhamdulillah. Cukup sifat anak ibu ni. Sempurna mcm bayi yang lain. Cuma berat awak 820gm je. Ibu sembang² dengan awak. Ibu minta awak kuat. Ibu nak jaga awak. Tapi ibu tau, awak takkan hidup lama.. Ibu nyanyikan zikir untuk awak.. Kadang ibu nak terlelap juga sebab ibu dah letih. Ibu beri awak pada doktor. Minta bagi oksigen pada awak. After that doktor datang bgtau yang awak takkan lama. Doktor tanya ibu nak pangku awak tak. Ibu iyakan aja. Ibu minta awak bertahan sampai ayah datang. 2jam juga awak bertahan Yusuff.. Bila ibu cium awak, awak tarik nafas. Seperti berinteraksi dengan ibu. Waktu ni ibu redha kalau awak pergi. Sebab ibu tahu awak sedang nazak.. Kulit awak terlalu fragile.. Kesiannya..
Sempat juga ibu snap pic awak masa ibu pangku awak.. Kebetulan handphone mmg ada tepi ibu sebab doktor pass handphone ibu untuk call ayah sebelum tu. Ada juga la kenangan kita.
Sehingga la ibu dengar ayah dah dtg. Tapi doktor baby jumpa ayah dulu explained apa yg jadi n akan jd. Ibu pegang pipi awak. Sejuknya. Seperti awak dah meninggalkan ibu. Ngam² ayah datang, awak pergi tinggalkan kami semua.
Allah.. Sebaknya kehilangan anak ni. Ibu menangis.. Perasaan kehilangan anak ni, hanya yang mengalami jer yang tau peritnya.. Ayah pun sama.. Ayah cakap takdak salah sapa.. Ayah start call nanny dan tok di kg maklumkan pasal ni.
Jenazah Yusuff selamat dikebumikan tengahari tu. Ibu masih di wad. Ayah dan ahli keluarga yang lain uruskan jenazah Yusuff.. Kawan² ayah pun ada dtg ziarah kat kubur.. Terima kasih semua..
Ibu kuat.. Insyaallah.. Ramai risaukan ibu sebenarnya. Tapi insyaallah.. Ibu kuat.. Yerla. Sedih tu memang ada.. Hari² menangis. Tapi takdala sampai meratapi sepanjang masa.. Sapa yang tak sedih kehilangan anak. Ibu beruntung sebab ada kakak awak.. Tapi kakak awak ni rileks je Yusuff.. Dia siap pesan lepas ni nak baby girl pula memandangkan ibu dah beranak baby boy. ?.. Adoila kakak.. Doakan ibu dapat pengganti Yusuff ya.. Yusuff anak syurga ibu ayah. Terima kasih Yusuff..
“Haish kalau puasa risau baby tak cukup makan, nanti kecik pulak..Tapi…mak ai nak ganti satu bulan puasa lepas bersalin, dah la masa tu menyusu jugak..”
Bagi orang yang tak ada apa-apa masalah tak risau sangat bab puasa ni, cuma untuk ibu mengandung berapa banyak sebenarnya kalori yang perlu diambil dan makanan jenis apa sesuai untuk kekalkan tenaga.
Perkongsian dari Dietitian Fizah Sobri ini sangat membantu ibu mengandung untuk berpuasa.
1. Adakah selamat untuk berpuasa ketika mengandung?
Apa-apa tanya doktor. Saya tak tahu mommies ni keadaan macam mana, kandungan macam mana, ada penyakit ke tak atau sebagainya. Lebih baik tanya dari tak tanya…
2. Apakah simptom yang tunjuk saya perlu berbuka puasa?
Ibu ibu juga perlu tanya doktor untuk simptom-simptom. Setiap pregnancy berbeza…
3. Apa yang saya perlu ambil untuk pastikan pertumbuhan baby saya tak terjejas?
Ibu mengandung perlukan anggaran 1800-2000 kalori sehari. Semua ni dibahagikan ketika waktu puasa.
Nampak banyak? Tak lah..cer tengok dekat gambar…tu hidangan atas pinggan. Belum lagi yang ditambah dekat tepi macam dessert la,kuih la
Tu pun menu yang biasa belum lagi yang ambil fast food,yang tambah air manis khas ada waktu Ramadan. Itu amik sikit je pun dah boleh capai.
Tip masa berbuka
Ambil pinggan kosong, letak sayur, letak lauk baru letak nasi.
Ambil kurma dan 1 lagi buah/kuih letak tepi
Tuang air letak tepi
Siaaapppppp…
Rupa 200 kalori pulak camni sahaja
👇👇👇👇👇👇👇
Boleh pilih Pakej A
1 biji buah dan 1 cawan susu Pakej B
2 – 3 biji kuih dan air kosong Pakej C
Overnight oat yang ada 2 sudu besar oat, 1-2 biji kurma dicarik dan 1/2 cawan susu.
Siap ada pakej lagi saya bagi haa..Sebenarnya nak dapatkan kalori tu senang sangat tapi ramai tak makan sihat tu jadi masalah utama.
4. Perlu ke saya ambil supplement waktu berpuasa?
Ikut keadaan dan nasihat doktor. Folic acid masih perlu diambil samada puasa atau pun tidak. Zat besi masih perlu diambil bagi mereka yang low Hb. Kalsium /vit d/magnesium supplement nak ambil tak nak ambil tak apa, tapi jika anda langsung tiada sumber susu dalam pengambilan seharian elok ambil.
Apa yang saya nyatakan di atas adalah untuk ibu mengandung YANG TIADA kencing manis ketika mengandung (GDM) atau penyakit lain berkaitan dengan kehamilan (PIH,preeclampsia etc).
Jika berpenyakit sila dapatkan konsultasi dari dietitian dan doktor anda sama ada anda boleh ke tak berpuasa.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.