Beli Stok Barang Dapur Sebulan, Lauk Basah 2 Minggu, Cara Ibu Ini Susun Kemas Sangat!

Share

Biasanya bila kita bercakap tentang senarai belanja dapur, ia bermaksud barang-barang makanan untuk dimasak. Keperluan ini sememangnya akan di beli setiap bulan dan seolah rutin wajib.

Cuma setiap keluarga mempunyai keperluan yang berbeza. Ada yang selesa membeli barang dapur sebulan sekali, ada yang suka tambah seminggu sekali mengikut bajet dan kewangan sendiri. Namun disebabkan keadaan sekarang ni, bila nak keluar acap kali mesti akan fikir dua kali kan?

Lauk dan sayur yang dibeli untuk stok 2 minggu. Kadang ada lebih lagi.

Jadi pilihan yang lebih baik adalah beli terus stok barang kering untuk sebulan dan lauk basah mungkin dalam 2 minggu sekali boleh tambah semula.

Semua bekas diletakkan label

Berikut antara perkongsian Puan Eiza Nas yang berkongsi caranya membeli stok barang dapur dan barang basah untuk kegunaan seisi keluarga. Apa yang boleh dipuji, susun atur barang makanan dalam peti begitu teratur sekali dan barang kering pula diletakkan satu tempat yang mudah nak ambil.

Selesai sudah tugas mengemas barang dapur. Mama nas bukan panic buying. Mama nas adalah monthly buying.

Semalam beli barang kering stock sebulan. Hari ini beli barang basah stock 2 minggu. 2 minggu lagi baru jumpa pula pasar raya. Barang kering 1 bulan lagi .

Ini cara mama nas organize barang mamanas. Sebab bukan mama nas sahaja chef dalam rumah ini. Ada lagi 3 chef yang dilantik juga. Jadi bila dah organize senang untuk semua.

Bila mereka tanya barang mereka cari. Dari ruang tamu mama nas boleh bagi tahu. Pasti mereka jumpa barang tu.

Sebenarnya organize ini memang bagus untuk mak-mak yang sibuk atau yang ramai chef dalam rumah. Ini sangat membantu. Jadi jom kita organize dapur kita. Agar senang hidup kita.

Dengan cara susun atur begini, keadaan dapur lebih tersusun dan kemas. Lagi satu bila diletakkan dalam bekas yang bertutup, lagi selamat dan tahan lama berbanding buka plastik dan ikat dengan getah.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Eiza Nas

 

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN