Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan wajah terbaru anak keduanya yang diberi nama Ara Adreanna.
Selepas hampir dua minggu menjalani proses berpantang, selebriti yang juga suri hati kepada penyanyi Aliff Aziz itu telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya dan anak-anak.
Dalam kapsyen yang dibuat oleh Bella, dia mengucapkan selamat datang ke dunia buat puterinya itu dan sempat memaklumkan bahawa begitu bersyukur diatas kurniaan tersebut.
Bella turut menyatakan bahawa menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang memenatkan, namun dia sentiasa bersyukur dan gembira kerana diberi amanat yang tidak berbelah bahagi ini.
Ads
“So precious and small..Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna(mini me)
“Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah
P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot🙏🏻 mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you :’),” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen positif daripada warga maya. Rata-ratanya memuji kecomelan bayi keduanya itu.
Ads
Bayi keduanya itu dilahirkan pada 18 Julai yang lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan masih berada di negara tersebut akibat sekatan sempadan ekoran Covid-19 yang berlaku.
Sumber: Bella Astillah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu atau ayah, sudah tentu kesihatan anak yang paling kita risaukan. Memandangkan anak-anak masih kecil, sistem imunisasi mereka juga mungkin tidak sekuat orang dewasa. Oleh itu, kita perlu lebih peka dengan tahap kesihatan mereka. Apa lagi dalam waktu COVID-19 ini.
Menurut penulisan Dr Ahmad Luqman Bukhari, ada beberapa cara untuk kita lakukan bagi mengekalkan tahap imuniti badan anak-anak pada level paling tinggi.
Ramai parent yang pm beritahu mereka risaukan kesihatan anak. Bimbang betul kalau terjangkit dengan wabak bahaya sekarang ni. Tapi saya tak dapat nak reply setiap mesej.
Cuma saya nak sangat beritahu pada mak ayah semua tentang 5 perkara penting ni.
Perkara-perkara ni mesti kita buat tau untuk kekalkan tahap imuniti badan anak kita pada level paling tinggi.
✅ Make sure waktu tidur mereka cukup sebab masa tidur tu lah nanti sel akan hasilkan protein penting untuk bina sistem pertahanan badan.
✅ Galakkan selalu aktiviti fizikal. Duk dalam rumah pun banyak benda kita boleh latih dia orang buat sebenarnya.
✅ Wajib jauhkan dari perokok dan asap rokok.
Selalu kami jumpa di hospital, anak yang ayahnya merokok kerap benar jatuh sakit berbanding anak yang parent nya tak merokok. Kesian sangat.
Dan lagi menyedihkan, biasanya mak lah yang asyik menanggung stress sebab akhirnya dia yang terpaksa bawa anak jumpa doktor dan jaga anak dekat wad.
✅ Elakkan dari fast food dan junk food. Makanan ni memang sedap tapi dalam masa sama ia punca sistem imuniti badan anak lemah hingga mudah diserang penyakit.
✅ Ajarkan anak tabiat jaga kebersihan dengan betul. Kuman dan virus kan susah nak hidup dan tersebar dekat tempat yang bersih.
Saya pun sama macam kalian, ada anak kecil. Dan inilah yang saya usahakan buat untuk mereka.
Bila kita lakukan semua ni, insyaAllah imuniti badan anak kita jadi lebih hebat dan tak kan mudah diserang penyakit.
Bantu saya #sebarkan ilmu penting ni ya. Semoga anak-anak kita semua kekal sihat dan tak terkesan dengan wabak yang tengah merebak sekarang ni.
Semoga bermanfaat!
Diharapkan dengan saranan dari Dr Luqman ini dapat membantu ibu dan ayah untuk memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan terbaik. Dalam keadaan sekarang, ibu ayah memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak menjaga kebersihan serta mendidik mereka tentang kepentingan kesihatan diri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran seorang bayi adalah momen terindah dalam hidup seorang ibu. Namun, di sebalik senyuman dan bahagia menyambut si kecil, ada perkara penting yang sering terlepas pandang iaitu kesihatan mental ibu selepas bersalin. Kajian menunjukkan, lima minggu pertama selepas melahirkan adalah tempoh paling kritikal kerana risiko gangguan mental meningkat dengan ketara.
Satu analisis besar yang diterbitkan dalam jurnal Molecular Psychiatry mendedahkan bahawa wanita berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan mental sebaik sahaja bersalin. Kajian yang melibatkan hampir 1.8 juta kelahiran di Sweden antara 2003 hingga 2019 ini memberi pendedahan yang mengejutkan:
Risiko kemurungan meningkat kira-kira 20% dalam tempoh 5 hingga 15 minggu selepas melahirkan berbanding setahun sebelum hamil.
Risiko psikosis selepas bersalin meningkat sehingga 6–7 kali ganda dalam lima minggu pertama dan kekal dua kali lebih tinggi sehingga minggu ke-20.
Ramai ibu alami baby blues iaitu perubahan emosi ringan, mudah menangis atau cepat tersentuh dalam minggu-minggu awal. Keadaan ini biasanya sementara dan boleh pulih sendiri.
Namun, psikosis selepas bersalin jauh lebih serius dengan simptom seperti:
Halusinasi dan delusi
Mania atau kemurungan melampau
Kekeliruan teruk dan hilang fokus
Gangguan tidur yang berlebihan
Jika tidak dirawat segera, ia boleh menjejaskan keselamatan ibu dan bayi.
Pakar percaya perubahan hormon yang mendadak selepas kelahiran, keletihan melampau, kurang tidur, tekanan mengurus bayi serta kekurangan sokongan emosi adalah antara punca utama.
Menariknya, kajian juga menunjukkan wanita kurang didiagnos dengan masalah mental semasa hamil kerana mereka kerap berjumpa doktor. Tetapi selepas bersalin, gejala lebih mudah terlepas pandang sehingga membawa risiko lebih tinggi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 10% wanita hamil dan 13% wanita selepas bersalin mengalami gangguan mental, kebanyakannya kemurungan. Walaupun cubaan bunuh diri selepas bersalin jarang berlaku, ia tetap memberi kesan besar jika tidak dicegah dengan rawatan dan sokongan.
Awasi tanda awal seperti kemurungan, halusinasi atau perubahan emosi yang berlebihan.
Suami & keluarga perlu beri sokongan moral, bantu kerja rumah dan pastikan ibu cukup rehat.
Dapatkan rawatan segera daripada pakar jika gejala semakin teruk atau berlarutan.
Ingat, ibu boleh pulih sepenuhnya dengan rawatan dan sokongan yang betul.
🌸 Kesimpulannya, ibu boleh alami gangguan mental lepas bersalin dan lima minggu pertama adalah tempoh paling kritikal. Jangan ambil mudah perubahan emosi ibu kerana rawatan awal dan sokongan keluarga mampu menyelamatkan nyawa. Dengan perhatian, kasih sayang dan pemahaman, ibu boleh kembali kuat untuk membesarkan si kecil dengan penuh bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Detik cemas jantung terhenti, bayi berusia empat bulan selamat menjalani pemindahan hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjadi satu kisah luar biasa yang bukan sahaja menyentuh emosi, malah mencatat sejarah penting dalam dunia perubatan negara. Ujian getir yang dilalui bayi sekecil ini membuktikan bahawa harapan sentiasa ada walau nyawa berada di hujung tanduk.
Pemindahan hati bayi PPUM ini dilakukan selepas bayi lelaki berkenaan disahkan mengalami kegagalan hati serius yang mengancam nyawanya. Dengan berat badan hanya 6.2 kilogram, prosedur tersebut dikategorikan sebagai sangat berisiko tinggi dan memerlukan kepakaran luar biasa daripada pasukan perubatan pelbagai disiplin.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pembedahan bersejarah itu telah dijalankan pada 25 November lalu dengan ibu kandung bayi berkenaan sendiri bertindak sebagai penderma organ. Namun, sebelum prosedur dimulakan, satu insiden mencemaskan berlaku apabila jantung bayi tersebut tiba-tiba terhenti ketika berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.
Keadaan itu mencetuskan suasana panik apabila pasukan perubatan segera bertungkus-lumus melakukan resusitasi kecemasan demi menyelamatkan nyawa si kecil. Setiap minit berlalu penuh debaran kerana kegagalan memulihkan degupan jantung boleh membawa kepada kerosakan organ kekal atau kehilangan nyawa.
“Satu jam yang penuh debaran. Nyawa anak kecil ini benar-benar di hujung tanduk,” kata Dr Dzulkefly menerusi satu hantaran di Facebook.
Bagi ibu bapa bayi tersebut, saat itu pastinya menjadi detik paling perit dalam hidup mereka. Dalam keadaan serba tidak pasti, mereka hanya mampu berdoa dan berharap agar keajaiban berlaku demi kelangsungan hidup anak tersayang.
Selepas berjaya menstabilkan semula keadaan bayi berkenaan, pasukan perubatan PPUM berdepan satu keputusan yang amat sukar. Walaupun risiko komplikasi sangat tinggi akibat keadaan bayi yang masih lemah, mereka memutuskan untuk meneruskan pemindahan hati bayi PPUM itu demi memberi peluang terbaik untuk si kecil terus hidup.
Keputusan tersebut bukan mudah memandangkan prosedur pemindahan hati bayi melibatkan pembuluh darah yang amat halus, saiz organ yang kecil serta keperluan ketelitian maksimum daripada pakar bedah, pakar bius dan jururawat terlatih. Setiap langkah perlu dilakukan dengan penuh cermat bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh membawa akibat fatal.
Syukur Alhamdulillah, hasil kepakaran, pengalaman serta kerjasama erat seluruh pasukan perubatan PPUM, pembedahan berisiko tinggi itu berjaya dilaksanakan dengan selamat. Bayi berkenaan kini menunjukkan perkembangan positif dan berada dalam pemantauan rapi bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.
Pemindahan hati bayi PPUM ini bukan sahaja membuktikan kemampuan teknikal hospital tempatan, malah mencerminkan tahap kesiapsiagaan sistem kesihatan negara dalam mengendalikan kes-kes kritikal melibatkan pesakit pediatrik.
Kejayaan tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan perubatan PPUM. Menurut beliau, pencapaian itu mencerminkan profesionalisme, dedikasi dan keupayaan tinggi sistem kesihatan negara dalam mengendalikan prosedur perubatan yang sangat kompleks.
Dalam masa yang sama, Dr Dzulkefly menegaskan bahawa kejayaan pemindahan hati bayi PPUM ini membuktikan Malaysia memiliki bakat dan kepakaran bertaraf antarabangsa. Namun, beliau turut menekankan kepentingan sistem sokongan yang lebih kukuh serta kesedaran masyarakat untuk tampil sebagai penderma organ demi menyelamatkan lebih banyak nyawa pada masa hadapan.
Kisah bayi kecil ini bukan sekadar kisah kejayaan perubatan semata-mata, sebaliknya menjadi simbol harapan buat ramai ibu bapa yang sedang melalui ujian kesihatan anak tersayang. Ia mengingatkan bahawa di sebalik cabaran besar, kasih sayang ibu bapa, kepakaran doktor serta doa yang tidak pernah putus mampu mencipta keajaiban.
Semoga si kecil ini terus pulih sepenuhnya dan membesar dengan sihat, menjadi bukti bahawa nyawa sekecil mana pun tetap berharga dan wajar diperjuangkan.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.