Bella & Tasha, anak angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Datin Dr Halina mencatat kejayaan manis apabila berjaya mencapai kedudukan nombor yang baik bagi Matematik & Bahasa Inggeris.
Bella, 7 tahun dan Tasha, 5 tahun mengambil program Matematik & Bahasa Inggeris dan mencatatkan pencapaian yang sangat baik.
Bella berada di nombor 20 dari 2,113 orang pelajar bagi Matematik dan nombor 9 dari 952 pelajar. Manakala Tasha pula berada di nombor 11 bagi Matematik daripada 295 orang pelajar.
Katanya ia adalah team work mereka sekeluarga. Suaminya, angkasawan negara pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memainkan peranan penting dalam proses ini untuk membuat latihan Matematik dengan Bella & Tasha, tidak kira di mana. Sekali pun semasa bercuti atau melancong!
The girls got their medal for Kumon’s Advanced Student Honour Roll today. Hard work paid off.
Bella got no 20 out of 2113 students in Math and no 9 out of 952 students in English.
Tasha got no 11 out of 295 students in Math.
Ads
Alhamdulillah.. Tak sia-sia mommy dok membebel soh buat worksheet.. Credit goes to Mr Hubsy @drsheikhmuszaphar he made me believe we can do this everyday. I know the girls can handle things.. but I did not believe I can handle the stress of doing worksheet during holiday, while travelling… but we made it, as a team. Well done, girls!
Netizen mengucapkan tahniah kepada Datin Dr Halina & Datuk Dr Sheikh Muszaphar atas kejayaan manis ini. Malah ada yang terinspirasi dan ingin melakukan perkara yang sama kepada anak mereka sejak awal lagi.
Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Memang ada perbezaan ketara kedua-duanya. Apakah perbezaannya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika 10 tahun dahulu pendidikan yang terawal buat anak-anak ialah tadika atau pra sekolah. Namun kini atas dasar kesedaran dan keprihatinan para ibubapa terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, program playgroup kini menjadi pilihan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan program playgroup ini. Paling penting apakah faktor yang akan menyumbang kepada pembentukan intelektual dan fizikal anak-anak kita.
Asal- usul playgroup
Di United Kingdom, program playgroup ini telah ditubuhkan sejak tahun 1980-an lagi yang kebanyakkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak berumur 2 hingga 3 tahun tentang alam di taska.
Kebanyakkan program ini dijalankan oleh sekumpulan ibu atau bapa yang mengajar anak mereka sendiri di rumah atau istilah lain ialah homeschooling.
Mereka juga percaya melalui interaksi dengan dunia luar terutama anak-anak yang lain akan merangsang pembelajaran anak mereka dengan lebih baik.
Konsep yang diajar adalah lebih terbuka dan santai. Kebanyakkan aktiviti pembelajaran yang dilakukan berkonsepkan kaedah montessori.
Anak-anak digalakkan bermain bersama rakan-rakan kumpulan yang lain dengan diselia oleh seorang ibu atau bapa bagi setiap anak.
Seperti yang kita maklum, kaedah montessori banyak memfokuskan kemahiran fizikal dan sosial anak-anak. Anak-anak berlainan umur sekitar 2 hingga 4 tahun digabungkan sekali di dalam satu kumpulan. Banyak yang anak-anak pelajari di dalam program playgroup ini walaupun pada mata kasar mereka kelihatan hanya sekadar bermain.
Tanggapan ini salah pada kebanyakkan ibubapa yang baru pertama menyertai program playgroup ini apabila melihat sendiri anak-anak mereka boleh menyanyi dan menunjukkan minat untuk belajar dalam tempoh sebulan menyertai program playgroup ini.
Sejak keberkesanan itulah program playgroup ini secara meluas diadakan di bandar-bandar maju di seluruh negara seperti Hong Kong, Australia, Netherlands, United States dan banyak lagi.
Faktor Yang Merangsang Pertumbuhan Intelektual Anak
1) Anak Suka Ke Tadika
Bagi anak-anak sekolah adalah tempat yang paling menakutkan bagi mereka. Gambaran rotan, buku yang banyak dan kawan-kawan menjadi bahan igauan dan trauma mereka.
Untuk mengatasi kekeliruan yang mereka hadapi ini, program playgroup mampu menukarkan rasa takut ke sekolah kepada suka ke sekolah dalam tempoh 1 hingga ke 2 bulan kelas.
Program playgroup ini dicipta untuk menghasilkan minat anak-anak untuk belajar dan bersosial bersama rakan yang lain. Mereka tidak dikerah untuk melakukan kerja rumah tetapi didorong untuk bermain bersama rakan yang lain dalam skop pembelajaran yang terancang.
Muzik dan permainan antara elemen kesukaan anak-anak kecil. Oleh itu, di dalam kelas playgroup anak-anak akan didedahkan dengan muzik yang mengikut tema/ thematic approach. Antara topik atau tema yang diajar adalah tentang anggota tubuh mereka, keluarga mereka, haiwan, Allah Pencipta dan banyak lagi yang tidak membebankan mereka.
Mengikut testimoni kami, ramai ibubapa memberitahu bahawa anak-anak mereka sangat sukakan ke tadika dan sangat mudah bergaul bersama kawan-kawan lain apabila telah tamat mengikuti program playgroup ini sepanjang setahun. Pengorbanan yang tidak sia-sia mereka tegaskan.
2) Meningkatkan Kemahiran Sosial dan Yakin Diri
Jika kita mempunyai anak seorang sahaja, pastinya kita memahami perasaan si kecil untuk mempunyai rakan yang lain.
Belajar sambil belajar bersama kawan pastinya seronok. Idelogi itu semuanya mereka lihat di kaca televisyen seperti rancangan Upin & Ipin yang menayangkan episod ke sekolah.
Hakikatnya memang betullah apa yang anak-anak kita sangkakan itu. Malah mereka bukan sahaja mendapat peluang bersama kawan yang lain, mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain walaupun pada mulanya kelihatan semuanya malu-malu.
Bagi sesetengah ibubapa berpendapat memberi anak-anak bahan bacaan dan menonton TV pendidikan cukup bagi anak mereka yang berumur 2 tahun. Cara ini bukan sahaja memberi tekanan dan menutup potensi anak-anak untuk berkembang malah akan menghasilkan masalah yang lain seperti menjadi pendiam yang selesa pada dunianya sahaja, tidak mahu berkongsi barang dengan yang lain (indivualistik) ataupun kurang daya yakin diri iaitu penakut yang teruk.
Seperti kita yang hidup sentiasa berinteraksi bersama yang lain, begitu halnya juga bagi anak-anak walaupun seawal 2 tahun lagi. Naluri berkawan sudah terbina sejak mereka mula mengenal orang sekeliling. Terpulang pada kita untuk menghentikan fitrah itu atau melonjakkan potensi mereka itu.
3) Berakhlak Mulia
Setiap satu daripada kita mahukan anak-anak yang berakhlak mulia dan beramal soleh. Setiap satunya ini boleh diajar hanyalah melalui contoh teladan yang kita pamerkan.
Anak-anak mudah meniru apa yang dilihat, baik ataupun buruk. Di dalam kelas playgrouplah masanya untuk kita mempamerkan akhlak yang baik untuk anak-anak dengan menjadi mata dan telinga pada setiap tingkahlaku dan percakapan mereka.
Ada juga perkongsian diterima bahawa anak-anak kecil mereka mula menyebut perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Ianya berlaku tanpa pengetahuan kita, amatlah sedih.
Kerana itu peluang untuk menyertai kumpulan sokongan seperti playgroup ini antara peluang keemasan yang perlu kita ambik kira. Kita sendiri secara tak langsung boleh mendidik anak-anak kita dengan menjadi pendiding kepada benda-benda yang negative.
4.Peliharalah minda anak-anak
Otak anak-anak ibarat sebuah span basah. Mereka akan menyerap apa sahaja yang diberi. Jika kita suapkan minda mereka dengan perkara yang negatif, maka negatiflah jadinya. Minda mereka perlu dirangsang setiap hari.
Semakin berkualiti rangsangan yang diterima, semakin berkembang pesat pusat pemikiran mereka.
Akal dan fikiran andalah anugerah yang tak ternilai. Maka peliharalah dan berilah makanan minda yang baik buat anak-anak syurga kita nanti.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing-masing satu kepala. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ini, pasti seronok tenngok gelagat Aeril yang selalu menyakat Wawa. Tak kiralah waktu serius atau santai.
Menerusi perkongsian Wawa dalam instagramnya, dia menyatakan perangai anak lelakinya Ahmad Fakharuddin Attar sama dengan Aeril.
“Perangai, cara jalan, muka pun semuanya macam Aeril. Orang kata copy paste.
“Harapnya lepas ni Attar dapat jadi suami dan ayah yang baik macam ayah apabila besar nanti.
“Cuma kalau boleh jangan ikut perangai ayah yang asyik nak menyakat isteri sepanjang masa,” kongsi Wawa.
Kebanyakan anak-anak usia 3 tahun ke bawah mereka ada bahasa sendiri untuk bercakap dengan ibu bapa atau orang sekelilingnya. Kadang untuk memahami apa maksud ayat itu agak sukar sehingga terpaksa buat pemahaman sendiri.
Menurut pakar, cakap jerman ini sebenarnya normal bagi kanak-kanak, tetapi ia akan berkurang apabila kanak-kanak mula menguasai kefahaman bahasa mereka. Tetapi jika selepas 3 tahun masih ada cakap jerman, ianya sudah TIDAK NORMAL.
Menerusi perkongsian Puan Fadzielah Ayub yang juga seorang ibu yang banyak berkongsi tip keibubapaan dan anak, dia sendiri melalui pengalaman anak bercakap bahasa sendiri tetapi berjaya mengatasinya dengan melakukan beberapa tip di bawah ini.
ANAK BERCAKAP BAHASA SENDIRI?
Hari ini ilah nak berkongsi daripada perkongsian Terapi Pertuturan mengenai anak bercakap bahasa sendiri. Maksudnya anak bercakap dalam bahasa yang kita sendiri tak faham. Boleh jadi bahasa Jerman, Jepun, Perancis, Korea dan sebagainya. Tak tahulah anak cakap apa.
Ramai parents yang menghadapi masalah ini kan? Bunyi macam bercakap tapi kita tak faham apa yang anak cakap atau cuba sampaikan. Sejujurnya ilah pun pernah mengalami fasa ini masa mula-mula Zayd dah boleh sebut banyak bunyi dan perkataan. Bila dia membebel atau nak cakap laju, mula la keluar perkataan bahasa yang dia sendiri je faham.
Sebenarnya begini..
Kanak-kanak yang sedang belajar bercakap memang biasanya akan bercakap bahasa sendiri yang mana kita sebut sebagai ‘jargon’.. ini terjadi disebabkan oleh mereka cuba meniru untuk bercakap seperti orang dewasa tetapi mereka mempunyai vocab yang sedikit untuk bercakap seperti kita atau pun memori mereka masih lagi belum mampu untuk menangkap ayat panjang seperti yang kita cakap.
Ummi: “Zayd nak makan buah tak? Nak buah mangga ke buah anggur?”
Zayd: bfdfgrm ndifrs nak angkur
Haha. Ni contoh bahasa jargon Zayd kadangkala ada bunyi bahasa korea pun ada dan ummi langsung tak faham.
Anak memang akan dengar apa yang kita sebut. Tetapi mungkin ada beberapa perkataan yang mereka tidak faham dan tak mampu nak tangkap setiap perkataan yang kita sebut. Jadi, kita boleh ulang ayat dengan sebut satu persatu secara perlahan-lahan dan tidak laju terutama anak yang masih kecil atau ada masalah delay (perkembangan lewat).
Jargon ini sebenarnya normal jika berlaku pada kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Tetapi jika masih ada lagi jargon selepas umur 3 tahun, perlu buat pemeriksaan. Takut-takut kalau ada masalah speech atau language delay.
Cara untuk mengurangkan jargon:
1. Terjemahkan kepada bahasa yang betul
Jika anak sebut sesuatu guna bahasa sendiri, kita perlu terjemahkan atau perbetulkan kepada bahasa yang betul mengikut situasi tersebut.
Sebagai contoh anak tengah memegang kereta dan sebut “hsfjedncx xcfgd..ghsjfe”
Maka, kita boleh terjemahkan dan perbetulkan mengikut situasi pada masa itu “Wah.. kereta Zayd warna oren. Kereta boleh gerak ke depan”
2. Guna bahasa yang pendek dan mudah difahami
Anak akan lebih mudah untuk faham dan senang nak pickup bila kita gunakan bahasa yang pendek dan mudah di sebut. Gunakan ayat 1-3 perkataan pun dah cukup. Tak perlu ayat yang panjang-panjang.
3. Tingkatkan kosa kata anak
Tingkatkan kosa kata anak dengan perkenalkan perkataan baru setiap hari. Bila kosa kata atau vocab anak meningkat, barulah mereka boleh menggunakan perkataan yang betul dan buat ayat. Jadi jargon itu akan berkurang.
Oh ya. Kadang-kadang anak tengok kartun yang cakap panjang-panjang dekat TV pun boleh menyebabkan jargon jugak. Seeloknya kurangkan gadjet atau TV dan banyakkan komunikasi 2 hala dengan anak.
nota: Contoh Zayd #17months bercakap dalam bahasa sendiri. Alhamdulilah sekarang dah boleh cakap dan sebut banyak perkataan.