“Belum Ada Bukaan Lagi” Air Ketuban Bocor, Madammu Akur Jika Terpaksa Bersalin Awal!

Share

Usahawan kosmetik, Madammu yang kini sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi sulungnya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban pagi semalam.

Madammu yang melakukan rawatan IVF untuk hamil tidak menolak kemungkinan untuk melahirkan anak sulungnya secara normal.

“Saya masih di labour room dan sedang mengalami kontraksi. Ada leaking sikit. Selalu orang nak bersalin air ketuban pecah terus tapi saya air ketuban keluar sikit-sikit.

“Sekarang saya tunggu keputusan dari doktor dulu. Doktor nak pantau jantung bayi dan periksa leaking tu sebab apa.

Madammu yang kini menanti hari untuk bersalin dijangka bersalin pada 9 Jun ini namun bersedia dengan sebarang kemungkinan dan arahan doktor.

“Sebenarnya saya dah rasa leaking tu lewat malam semalam, lebih kurang pukul 1 pagi. Saya tidur saja dan pantau di rumah. Lepas tu air ketuban dah tak keluar.

“Awal pagi doktor panggil untuk periksa air ketuban. Buat masa sekarang saya ada rasa sakit sikit-sikit,” ujarnya berkongsi.

Akui Madammu lagi, sehingga kini tiada sebarang bukaan atau tanda untuk dia melahirkan bayinya lebih awal.

“Saya nak cakap pun susah sebab bukaan belum ada. Saya pun tak rasa sakit yang keterlaluan lagi,” kongsinya lagi.

Dikhabarkan pada 23 Mei yang lalu, Madammu juga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi.

Semoga kelahiran cahaya mata sulung itu dipermudahkan.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN