Alahai, comelnya Isaac Raees berjalan terkedek-kedek. Kejap je dia dah dapat ‘kaki’ ye. Rasanya macam baru sangat tengok gambar Isaac lahir. Penangan anak PKP, tahu-tahu dah boleh berjalan.
Gelagat anak Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza ni yang seronok berjalan tu mencuit hati peminat mommy dan daddy. Dilahirkan 5 Januari, tetapi dalam usianya 11 bulan dikira agak cepat jugalah Isaac boleh berjalan.
Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Isaac yang dipimpin tangannya oleh Zahirah sudah makin laju langkahnya. Mulutnya juga sudah rancak berbunyi dan menyebut perkataan ‘tada’.
Walaupun badan masih belum dapat seimbang dengan baik, tetpi kaki dah kuatlah untuknya meneruskan langkan ke depan. Comel sangat!
Ads
Bukan itu saja, selain dah boleh berjalan, mulutnya pun dah mula nak mengeluarkan perkataan. Nampaknya lepas ni mommy dan daddy dah ada kawan nak bersembang. Riuh la rumah selain dengar tangisan Isaac Raees.
“Isaac dah pandai jalanlah. Cepat betul masa berlalu. Semoga membesar dengan baik yee Isaac.”
“Alololo…cepatnya dah jalan”
Ads
” Tadaa” so cuteeee”
Sementara itu, peminat Zahirah dan Aiman juga turut terpesona dengan senyuman Isaac. Dengan lesung pipitnya itu, boleh cair hati sesiapa sahaja. Rata-ratanya geram tengok mimik muka Isaac.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak dua pusar di kepala dianggap nakal, degil dan selalu ‘bawa’ masalah. Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap.
“Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa.
Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.
Cerita ibu yang ada anak dua pusar di kepala, Puan Aminah Hafizah Abu Bakar boleh dijadikan panduan.
Anak Dua Pusar Benarkah Lasak Dan Banyak Akal
Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan.
Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.
Namun, tidak semua boleh dipercayai. Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan.
Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya, tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.
Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal.
Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin.
Apabila anakku semakin membesar, aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya. Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun.
Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya, anakku juga tidak terkecuali. Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah.
Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu.
Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak, cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah.
Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam.
Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat?
Menilik Rahsia Tahi Lalat
Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu?
Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘
Setiap langkah kerenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar, maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar, maka dia lasak’. Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini?
Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain
Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak, aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar.
Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak. Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua.
Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak.
Jep dan anaknya sering membuat netizen seronok dan terhibur. Terbaru ialah video perbualan mereka berdua.
Semenjak lahir anak perempuan Jep Sepahtu, Dariya Inara sering mendapat perhatian semua. Nampaknya Dariya sudah jadi geng abah kata netizen.
Tidak kurang juga yang menonton video itu berulang kali untuk mendengar lawak jenaka dari Jep dan menatap kecomelan Dariya. Bonding yang baik antara bapa dan anak!
Video perbualan Jep dengan Dariya itu mendapat tontonan hampir 500 ribu. Ramai yang mengatakan tidak kering gusi mendengar perbualan Jep dan Dariya dan tidak kurang juga mengatakan comel Dariya menyahut apa yang dikatakan abahnya.
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Kuning memang selalu terjadi dikalangan bayi yang baru lahir. Kenapa darah bayi perlu diambil lagi selepas 2 minggu jika kuning tidak turun? Mungkin ramai ibu bapa yang mengeluh. Ikuti perkongsian Dr. Erna.
Kenapa kena ambil darah baby lagi lepas 2 minggu kalau kuning tak turun?
Untuk bayi yang dilahirkan secara normal, jika sudah hari ke14 dan bacaan kuning masih tinggi dan baby juga masih kuning, kita akan ambil darah untuk lihat fungsi hatinya, buah pinggangnya, darah biasa (darah merah, putih, kuning), air kencing untuk lihat apakah penyebab kuning masih tinggi.
Untuk bayi pramatang, kita lihat pada hari ke 21.
Jangan risau, doktor bukan sengaja nak cucuk bayi anda. Ianya dilakukan untuk memastikan kuning bayi anda adalah jenis yang normal (disebabkan oleh susu badan atau jenis darah).
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Maka, perkara inilah yang doktor mahu elakkan daripada berlaku.
Dan, tolonglah jangan ambil apa apa supplemen semasa anda mengandung. Ramai yang bayi yang fungsi hatinya ada masalah sikit dan bila ditanya memang ibunya ada makan supplemen semasa mengandung.
Supplemen iron dan calcium juga biarlah dapatkan nasihat doktor dahulu. Dan belilah di farmasi yang berdaftar. Dapatkan nasihat doktor yang tidak menjual produk ya.
Risau sangat tengok ramai sungguh bayi yang jaundisnya tinggi tinggi betul
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.