Kehadiran anak dalam keluarga memang dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat, setelah ada anak lelaki ditanya pula bila nak ada anak perempuan. Rasa down kadangkala tak boleh dielak.

Apatah lagi bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Pertanyaan tentang kehadiran zuriat boleh menimbulkan rasa sedih pula. Namun perkongsian daripada bapa ini sedikit sebanyak boleh menguatkan hati.

“Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental…” Jangan Rasa Down Kalau Anak Semua Hero

Cara memberikan respons kepada apa yang terjadi itu boleh memberikan kekuatan dan ketenangan. Bersangka baik dengan Allah apa sahaja yang diberikan ada kebaikannya yang tidak diketahui hari ini dan menjadi hikmah pada masa akan datang.

Bapa 3 cahaya mata lelaki ini berkongsi semangat, cara untuk kekal positif dan tenang dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.

Belum direzekikan dengan anak perempuan pun boleh mental beb!

Apatah lagi belum dikurniakan anak mahupun belum
bertemu jodoh.

Chill gaiss! Ni aku share sikit benda baik untuk korang hadam

3 rules yang aku rasa boleh kita sama2 pakai untuk kekal tenang dan bersyukur dengan apa yang ada

#1: ALLAH BUKAN BERI APA YANG KITA MAHU, ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU

Gini kawan-kawan. Kadang-kadang kita ni nak sangat benda lain. Sedangkan kita tak perlukan benda tu buat masa itu. Contohnya kita nak sangat kerja yang bergaji 10k. Rupanya time tu kita bukan perlukan gaji 10k. Tapi kita perlukan gaji 5k dengan ada masa untuk spend dengan keluarga.

Sama macam kes anak ni. Bersangka baik dengan Allah. Mungkin aku perlukan 3 orang anak lelaki ni ketika aku tua nanti. Anak lelaki ni lah yang akan usung keranda aku nanti.

IKLAN

Mereka juga bertanggungjawab menjaga ummi mereka jika ditakdirkan aku pergi dulu. Kehadiran 3 orang anak lelaki lebih diperlukan bagi aku dan isteri baik di masa hari ini mahupun akan datang

Begitu juga if belum dikurniakan anak. Mungkin keperluan buat masa ini hanya seorang suami atau isteri. Jika belum bertemu jodoh. Keperluan kita adalah terus fokus berbakti kepada ayah dan ibu.

Ingat. Apa yang kita ada sekarang ini lah sebenarnya kita perlukan!

“Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental…” Jangan Rasa Down Kalau Anak Semua Hero

#2: ALLAH MENGUJI SESEORANG SESUAI DENGAN KADAR KEMAMPUANNYA

Menjaga seorang anak perempuan bukan mudah. Kehormatannya kelak. Batasan pergaulan nya. Banyak perkara yang mungkin aku dan isteri tak mampu pun untuk tanggung bebanan itu. Bila kita sedar akan ketidakmampuan kita tu. Maka hati ini akan berasa lapang. Dah kau tak mampu. Takyah kecoh lah nak macam2! Gituuuuu….

Terkadang kita ni nak sangat something yang best. Sedangkan benda yang best itu mungkin sahaja datang dengan pakej tanggungjawab yang kita tidak mampu galas.

IKLAN

Sama juga macam yang belum berkahwin. Tangungjawab yang ditanggung bukan sikit2 gais. May be yang masih bujang tu belum mampu menggalas bebanan sebagai suami mahupun isteri.

“Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental…” Jangan Rasa Down Kalau Anak Semua Hero

#3: MELIHAT KE BAWAH UTK RASA SYUKUR, MELIHAT KE ATAS UTK LEBIH MAJU

Rules ini terpakai dalam segala aspek kehidupan kita. Jika bab anak. Melihat orang yang belum ada anak bahkan belum direzekikan perkahwinan sahaja mampu menghadirkan rasa syukur.

Yang belum dikurniakan anak. Melihat orang yang belum berkahwin

Yang belum berkahwin melihat orang yang kehilangan ayah atau ibu

Yang sudah kehilangan ayah atau ibu melihat orang yang sebatang kara

IKLAN

Yang sebatang kara melihat orang yang langsung tiada tempat tinggal

Begitulah seterusnya…

Di dalam bab kerjaya dan kehidupan pun sama. Melihat orang lebih susah menimbulkan rasa syukur kita dengan nikmat yang ada. Melihat orang yang lebih maju pula akan memotivasikan kita untuk terus berusaha untuk mengejar mereka yang lebih berjaya.

“Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental…” Jangan Rasa Down Kalau Anak Semua Hero

Kerap kali melihat ke bawah dan keatas sambil hati mengingat kepada Allah insyaallah kita akan lebih tenang.

Ok. Moga bermanfaat untuk kita semua.

Doakan anak2 aku ini kelak menjadi aset kami ke syurga.

Alhamdulillah dikurniakan isteri dan anak2 yang baik. Juga bijak bergaya dihadapan kamera.

Aku akhiri dengan satu quot

“Bahagia itu tidak hadir dengan banyaknya yang kita ada. Ianya hadir dengan bersyukur nya dengan apa yang ada”

Sumber: Ahmad Zulqurnain Ghazalli 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI