top nadya

Sudah pasti setiap berita kehamilan akan membuatkan setiap pasangan gembira menerima perkhabaran tersebut. Namun jika sudah tertulis bukan rezeki seperti yang dialami oleh pelakon Nadya Syahera yang baru sahaja mengalami keguguran untuk kehamilan kembarnya

Apatah lagi keguguran kali ini melibatkan kehamilan kembar yang usianya hampir mencecah tujuh minggu. Meskipun pahit untuk ditelan, namun Nadya memilih untuk berkongsi pengalaman dirinya mengalami keguguran di Instagram miliknya.

Menurut Nadya, dia mula berasa risau selepas membuat pemeriksaan di sebuah poliklinik sebaik sahaja doktor memberitahu kantungnya tidak kelihatan normal.

Oleh kerana terdapat pendarahan, Nadya mengambil keputusan untuk membuat temujanji berjumpa pakar dan setelah mendapat penjelasan selanjutnya, Nadya mengambil keputusan untuk membuat D&C.

Belum Rezeki Nak Timang Anak Kembar. Kantung Kemek & Pecah. Nadia Syahera Kongsi Pengalaman Alami Keguguran

“Serba sedikit cerita tentang pengalaman i keguguran.

“Start dari hujung bulan lepas i dah start rasa or syak macam i ni pregnant sbb period i tak muncul2 dah sebulan lebih.

IKLAN

“So,3/6/2020 haritu, i nekad beli pregnancy test, tak bgtau fizul pun beli, beli balik terus check and result +ve weyh! Double line!

“Okay, memandangkan i jenis tak sabar nak tahu berapa minggu dah, after 2hari , i terus pegi poliklinik dekat rumah i, pegi scan sorang2 i je. Masa scan tu doktor tu cakap kalau kiraan dah 6minggu tapi ikut scan baru 4minggu lebih.

“Lepastu nampak ada kantung tapi tak nampak kelipan jantung lagi, maybe still kecil doktor cakap. Tapiiiii kantung ni tak bulat, dia macam kemek and ada bleeding plak kat luar dia. tapi i takde rasa sakit or turun darah pun.

“i blurrrr jap.
I tanya lah doctor, kenapa? then doc terangkan yg kalau kantung normal dia akan bulat, pastu yg bleeding tepi tu dia jdi kembar tapi yg 1 tu dh pecah. and 1 kantung ni pun kemek. Awak tunggu lah 3minggu lagi awak dtg semula n kita scan. Kalau dia membesar, alhamdulillah, if not.

IKLAN

“Belum rezeki. Okayyy itu dekat poliklinik. i cerita kat fizul pasal ni tapi dia still harap yg takde apa2 berlaku kt kandungan i tu sbb dia nak sgt twin

“lepas 2hari i pegi lagi Klinik Ajwa dekat shah alam. sebab i nak tahu betul2 situation baby i tu, pegi scan kat situ, doctor tu layan i lebih kurang je. tapi ayat dia lebih kurang sama jugak dengan poliklinik, kecik lagi, dtg 2 minggu lagi, kita scan, kalau ada, ada la, kalau takde takdelahh. gitu katanya.

“Yang menggangu fikiran i bila , doktor cakap ada bleeding, i risau yg tu. so sebabtu lah i buat appointment terus dengan doktor bersalin i sblm ni dekat Avisena Women & child specialist hospital, Jumpa doktor, i cerita lah i pegi klinik doc klinik cakap macam mana, then dia scan jugak terus dia cakap kat i, kantung kemek dan kosong, ada bleeding.

“Ni baby dah tak jadi. Awak kena cuci ni, kalau nak biar turun sendiri takut lambat n sakit n takut infection plak sbb dh bleeding kt dalam. So dgn redhanya i pun buat lah proses D&C . D&C tu dorang pengsankan i then cuci rahim i. Proses tu kejap je dalam 30min macamtu, now i tengah pantang kat rumah dah,” tulisnya di Instagram.

IKLAN
View this post on Instagram

Serba sedikit cerita tentang pengalaman i keguguran. – Start dari hujung bulan lepas i dah start rasa or syak macam i ni pregnant sbb period i tak muncul2 dah sebulan lebih. – So,3/6/2020 haritu, i nekad beli pregnancy test, tak bgtau fizul pun beli, beli balik terus check and result +ve weyh! Double line! – Okay, memandangkan i jenis tak sabar nak tahu berapa minggu dah, after 2hari , i terus pegi poliklinik dekat rumah i, pegi scan sorang2 i je. Masa scan tu doktor tu cakap kalau kiraan dah 6minggu tapi ikut scan baru 4minggu lebih. lepastu nampak ada kantung tapi tak nampak kelipan jantung lagi, maybe still kecil doktor cakap. Tapiiiii kantung ni tak bulat, dia macam kemek and ada bleeding plak kat luar dia. tapi i takde rasa sakit or turun darah pun. – i blurrrr jap. I tanya lah doctor, kenapa? then doc terangkan yg kalau kantung normal dia akan bulat, pastu yg bleeding tepi tu dia jdi kembar tapi yg 1 tu dh pecah. and 1 kantung ni pun kemek. Awak tunggu lah 3minggu lagi awak dtg semula n kita scan. Kalau dia membesar, alhamdulillah, if not. Belum rezeki. Okayyy itu dekat poliklinik. i cerita kat fizul pasal ni tapi dia still harap yg takde apa2 berlaku kt kandungan i tu sbb dia nak sgt twin😊 – lepas 2hari i pegi lagi Klinik Ajwa dekat shah alam. sebab i nak tahu betul2 situation baby i tu, pegi scan kat situ, doctor tu layan i lebih kurang je. tapi ayat dia lebih kurang sama jugak dengan poliklinik, kecik lagi, dtg 2 minggu lagi, kita scan, kalau ada, ada la, kalau takde takdelahh. gitu katanya. – Yang menggangu fikiran i bila , doktor cakap ada bleeding, i risau yg tu. so sebabtu lah i buat appointment terus dengan doktor bersalin i sblm ni dekat Avisena Women & child specialist hospital, Jumpa doktor, i cerita lah i pegi klinik doc klinik cakap macam mana, then dia scan jugak terus dia cakap kat i, kantung kemek dan kosong, ada bleeding. Ni baby dah tak jadi. Awak kena cuci ni, kalau nak biar turun sendiri takut lambat n sakit n takut infection plak sbb dh bleeding kt dalam. So dgn redhanya i pun buat lah proses D&C . D&C tu dorang pengsankan i then cuci rahim i. Proses tu kejap je dalam 30min macamtu, now i tengah pantang kat rumah dah.

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Pelakon yang juga dikenali dengan nama Kak Bed ini dan pasangannya Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Belum Rezeki Nak Timang Anak Kembar. Kantung Kemek & Pecah. Nadia Syahera Kongsi Pengalaman Alami Keguguran

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.

Semoga Nadya dan suami tabah menghadapi ujian ini dan semoga ada rezeki kehamilan kembar yang lain untuk mereka berdua. Amin.

Sumber: IG Nadya Syahera

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI