Kehadiran anak dalam hidup ibu bapa adalah satu amanah besar. Perlu ingat sebaik sahaja seorang anak itu lahir, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa melakukan sesuatu sebagai persediaan jaminan hidup pada masa akan datang.

Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal, makan dan pakaian tetapi pada masa sama memikirkan jaminan masa depan anak mereka.

Ramai yang fikir simpanan anak kena dalam nilai yang besar. Bagaimanapun ibu bapa perlu faham walaupun dimulakan secara sikit-sikit, bila anak dah besar wang itu mampu untuk membiayai pendidikan dan perbelanjaan jika dalam waktu terdesak.

Belum Sempat Simpan Duit Raya Anak, Guna Formula 80:20. Baru Senang Urus

Perkongsian dari Nur Aliah Mohd Nor boleh bagi panduan untuk ibu bapa menguruskan simpanan anak dengan baik.

Bagi yang belum sempat buat simpanan duit raya anak, gunakan formula ini 80:20. Iaitu 80% simpan dan 20% boleh guna duit untuk beli mainan untuk mereka.

Tapi ramai yang mesej Lia tanya dekat mana tempat terbaik yang mereka boleh simpan duit raya anak-anak mereka ni.

Jadi sini Lia kongsikan 4 cara bijak untuk uruskan duit anak kita :

1. Simpan di tabung haji

IKLAN

Habis je raya, terus pergi simpan duit raya anak-anak dalam tabung haji. Kalau lambat simpan, takut anak kita dah guna habis duit itu.

Kalau tak pernah buka akaun Tabung Haji lagi, boleh buka dengan RM2 saja. Bawa dokumen ini :
– sijil lahir / MyKid kanak-kanak
– Sijil nikah (ibu / bapa tiri)

Dah alang-alang simpan di Tabung Haji, teruslah pergi daftar Haji untuk anak. Sebab tahu kan giliran nak pergi Haji sekarang ni pon kena que panjang. Untuk daftar boleh masukkan RM1,300 ke dalam akaun tabung haji anak.

2. Simpan di akaun ASB

Rupanya masih ramai lagi yang tak ada akaun ASB. Jadi sebagai seorang mak ayah, kalau boleh bukakan akaun ASB untuk anak dan simpan semua duit raya dalam tu.

Tahu tak, bayi yang berusia 6 bulan ke atas pon boleh buka akaun ASB, iaitu di panggil akaun ASB Remaja. Jadi rugi sangat kalau kita tak rebut untuk daftar akaun ASB Remaja ini.

IKLAN

Untuk daftar boleh bawa dokumen ini :
– Borang pendaftaran Unit Amanah (ambil di pejabat ASB)
– Sijil lahir / kad pengenalan (IC)
– Kad pengenalan penjaga
– Wang tunai

Belum Sempat Simpan Duit Raya Anak, Guna Formula 80:20. Baru Senang Urus

3. Simpan di akaun SSPN-i

Zaman sekarang anak muda ramai terbeban dengan hutang belajar seawal usia 20an.

Jadi sebab itu la tertubuhnya Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i iaitu sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful.

Jadi sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tabung pendidikan untuk anak-anak. Akaun ini juga boleh dibuka bermula usia anak 1 tahun.

IKLAN

Untuk buka akaun ini boleh melalui online sahaja. Click link ini – https://sspniplusonline.sspn-i.com/

Belum Sempat Simpan Duit Raya Anak, Guna Formula 80:20. Baru Senang Urus

4. Tukarkan wang fiat ke emas

Sebelum ni Lia pernah kongsikan simpan 1 bulan 1 gram emas sehingga anak berusia 18 tahun. Tapi, kalau duit raya anak dapat RM500 contohnya, boleh dapat dah 3 gram emas macam tu. (RM500 / RM191 harga emas untuk hari ini)

Bukan apa, 18 tahun akan datang harga emas pastinya meningkat lebih tinggi dari sekarang. Kalau nak buka akaun emas untuk anak pun dah mudah semuanya melalui online.

Sebab tu la pentingnya ajar anak urus duit raya. Kita nak pupuk rasa minat dekat anak kita untuk suka menyimpan duit.

Bila mereka dah besar nanti mereka tahu bezakan kehendak dan keperluan. Dan mereka juga akan jadi lebih bijak untuk buat keputusan yang berkaitan dengan duit. Best kan macam tu?

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI