Rutin harian seorang isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah. Masa untuk diri sendiri sememangnya tidak ada. Balik sahaja ke rumah, berderet jadual yang sudah menanti untuk isteri. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk anak-anak dan melayan karenah mereka. Tak meminta lebih, isteri hanya perlukan suami yang memahami dan sudi membantu menguruskan anak-anak bagi melancarkan kerja-kerjanya. Isteri dah cukup bangga kalau punya suami semacam ini.

Perkongsian daripada seorang suami ini, Firdaus Shakirin sememangnya cukup hebat. Pengalaman mengambil alih tugas isteri pada tempoh tiga tahun membuka mata bahawa tugas isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah. Balik ke rumah pula terpaksa menguruskan keluarga dan rumah tangga. Inilah realitinya. Disebabkan itulah suami perlu bertoleransi dengan isteri.

“Rutin isteri bekerja dan ada anak kecil…”

Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang dan kesempatan untuk saya melalui rutin tersebut walaupun saya ni seorang suami. Dulu isteri bekerja shif, 12 jam, siang dan malam, dia ada cakap kat saya yang dalam sehari, dia dapat tidur 2 jam je, then malam keje pulak lagi 12 jam. Memandangkan saya keje normal, saya ambik alih tugas jaga anak untuk bagi dia lebih masa untuk rehat lepas balik keje malam.

Anak saya masa tu ada 2 orang, sorang setahun 6 bulan manakala sorang lagi tu 5 bulan…👨‍👧‍👦

Rutin harian saya bermula seawal 5.30 pagi 🕠

Bangun tidur, siapkan diri sendiri, bancuh susu, prepare baju anak-anak untuk dihantar ke pengasuh, masukkan dalam beg then angkat anak sorang-sorang masuk dalam kereta…🚗

Lepas antar kat pengasuh, saya p keje, balik saya ambik. Wife keje malam, so tak jumpa. Saya dah ambik siap-siap no telefon kedai makan, saya call dan order untuk makan malam, park je keta, dukung anak-anak, terus ambik makanan. Ada hari isteri masak, ada hari tak. Kalau dua-dua keje pagi, atau dia tak masak, saya memang tapau luar…🍝🥣🍳

Sampai je umah, layan anak-anak jap, then mandi mandi buka pintu ya, tak boleh tutup. Risau anak-anak menangis dan jadi apa-apa kat anak-anak. Adakalanya, anak duduk depan pintu, tengok saya mandi. Mandi ok lagi, bayangkan kalau tengah buang air besar sambil pintu terbuka?

Kadang kadang terpaksa “tahan” dulu, line clear, baru buang…🚽

Ha, takkan sampai macam tu…? Ya, memang sampai macam tu.

Time solat, kadang-kadang sampai 2,3 kali kena ulang solat sebab diorang datang duduk dan berbaring atas sejadah, tarik kain, masuk dalam kain, menangis nak susu dan sebagainya. Nak kata khusyuk tu, saya terus terang, memang tak…🕋

Bila diorang senyap ja, saya pkir, apa la yang diorang buat. Bagi je salam, terus bangun cari anak-anak.

Masa makan, kadang-kadang sempat habiskan makanan, kadang-kadang tak…kadang-kadang makan sekali dengan diorang, letak sorang dalam bakul baby, then sorang lagi bagi dia makan biskut atau suap moi sendiri. Bersepah pun bersepah la, kalau nak tunggu line clear, memang tak sempat makan…anak-anak menangis, mengamuk, mengantuk, buat perangai…

Layan diorang dulu, pastu sambung makan pulak. Kadang-kadang tu makanan dah sejuk, nak makan pun dah tak lalu.

Time tido, yang kecik tu tido buaian. Kena ayun dulu, selawat, zikir bagai nak rak, baru tido. Kadang-kadang sampai sejam berzikir, baru dia tido. Pastu saya tidokan yang sorang lagi tu pulak, yang setahun lebih tu, tepuk-tepuk belakang dia. Bila diorang dua-dua dah tido, saya tak tido lagi, tapi keluar bilik dan kemas umah, basuh pinggan mangkuk. Setel apa yang patut.

Takkan nak tinggal rumah dalam keadaan bersepah.

Baru nak nyenyak, diorang menangis nak susu. Dalam satu malam tu kadang-kadang sampai 3,4 kali jaga buat susu, tukar pampers, tido cukup? Tak pernah cukup, bancuh susu pun sambil pejam mata. Esok pagi jaga, tepung susu terabur merata…kena lap pulak.

Berterusan sampai lah anak ketiga. Sehinggalah isteri berhenti kerja.

Benda ni tak mudah, tak jugak terlalu susah tapi ianya sangat-sangat meletihkan. Saya yang lalui sendiri, dengan kudrat seorang lelaki. Hampir 3 tahun saya jalani kehidupan macam tu, buat rutin yang selalunya seorang isteri buat even weekend pun, jika isteri bekerja, saya kena jaga anak dari pagi sampai malam.

Seharian main dengan diorang, diorang tido, saya tido. Weekend tak rehat la? Dengan anak kecil ni, tiada istilah rehat sebenarnya…🙅‍♂️

Jangan pandang mudah, jangan pandang rendah, jangan pandang seolah-olah benda ni tak ada apa-apa pun. Cuba buat dulu, then baru tahu mudah ke tak. Baru jaga sejam dua pun, kadang-kadang ada yang dah bunyi, dah marah-marah. Inikan bertahun-tahun kena jaga.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata suami-suami diluar sana untuk menghargai isteri awak-awak semua yang lalui. Apa yang saya lalui untuk membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama, kena berkerja disebabkan faktor kewangan dan ekonomi keluarga…👩‍💼

Ianya sangat-sangat meletihkan, trust me. But i’m willing to do it again. Pengalaman yang mematangkan kita untuk menjadi seorang suami dan ayah yang lebih baik lagi untuk isteri dan anak-anak.

Semoga bermanfaat…😊