Sama seperti ibu bapa lain, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendoakan anaknya menjadi anak solehah satu hari nanti.

Sebagai tanda bersyukur di atas kurniaan zuriat yang sekian lama dinantikan, Siti dan suami, Dato Sri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K meraikan kelahiran bayi yang diberi nama Siti Aafiyah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Siti dan suami memilih hari ke-7 sebagai hari untuk mereka memberi nama yang baik kepada puteri sulung seperti mana yang dianjurkan oleh sunnah Nabi Muhammad s.aw.

Ibu bapa mestilah memberikan nama yang elok dan membawa makna baik kepada anak yang baru lahir kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Doa Anak Jadi Solehah. Datuk Siti Rai Kelahiran Siti Aafiyah Ikut Sunnah Rasulullah
Kegembiraan pada wajah ibu ayah Siti Aafiyah

Nampaknya Siti dan suami sepakat memilih nama yang ringkas dan mudah disebut iaitu Siti Aafiyah untuk comel pipi merah mereka yang dalam tempoh seminggu sebelum ini dipanggil dengan nama timangan Fatimah Az-Zahra sempena nama puteri Rasulullah s.a.w.

Menurut Siti, suaminya sendiri yang mendapat ilham nama untuk anak mereka ketika berada di Tanah Suci Mekah semasa membaca satu doa pendek yang ada sebutan “Aafiyah”.

Doa tersebut adalah Allahumma inni asaluka al’afiyah (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah)

Afiyah membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk menjadi sihat, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai wang, kita berada dalam afiyah, untuk hidup, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.

“Suami selalu baca doa itu. Dia tanya setuju tak bagi nama Aafiyah yang membawa maksud segala-gala yang baik. Bila saya kerap memikirkan nama itu, kebetulan setiap hari saya dapat update doa-doa di handphone yang banyak menyebut “Aafiyah”, jelas Siti tentang pemilihan nama anaknya itu.

Mengenai nama panggilan anaknya selepas diberi nama sebenar, Siti dan suami sepakat untuk terus memanggil nama penuh pada Siti Aafiyah.

“Harapnya dah bagi nama yang baik, bila hari-hari sebut nama tu dapatlah tempias maksud Aafiyah. Saya pun dapat juga doa maksud Aafiyah tu,” ujarnya yang akan membahasakan diri sebagai Ibu kepada anaknya.

 

Mentahnik Siti Aafiyah Ikut Sunnah Nabi

Berpegang kepada sunnah Nabi yang ada disebut dalam satu hadis yang bermaksud:

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.

IKLAN

“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Justeru, penyanyi kesayangan ramai ini turut menjemput Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli al-Bakri untuk meraikan kelahiran puteri kesayangan serta melakukan tahnik.

Selain itu Siti turut menjemput ramai guru dan ustaz yang banyak membimbing keluarga mereka untuk turut sama melakukan amalan sunat ini serta mendoakan kelahiran Siti Aafiyah.

Doa Anak Jadi Solehah. Datuk Siti Rai Kelahiran Siti Aafiyah Ikut Sunnah Rasulullah
Datuk Dr Zulkifli al-Bakri mentahnik Siti Aafiyah

Ibadah Aqiqah Sebagai Tanda Kesyukuran

Semua sedia maklum, Siti menantikan selama 11 tahun untuk bergelar seorang ibu. Katanya, dia sentiasa berdoa supaya diberi pengalaman menjadi ibu dan bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana memberikannya pengalaman terindah tersebut.

“Saya hargai dan bersyukur kepada Allah, kepada ibu yang melahirkan saya dan ibu mertua yang telah melahirkan suami saya. Ini anugerah yang terindah dalam hidup saya.”

Menganggap anak adalah amanah dari Allah dan juga dugaan kepada ibu bapa, Siti dan suami bertekad untuk berikan yang terbaik untuk anaknya terutama bab didikan agama, adab dan pelajaran.

Sebagai tanda kesyukuran, Siti dan Khalid turut mengadakan ibadah aqiqah pada hari ke-7 kelahiran puteri sulung mereka.

 

Doa Anak Jadi Solehah. Datuk Siti Rai Kelahiran Siti Aafiyah Ikut Sunnah Rasulullah
Kelahiran Siti Aafiyah disambut mengikut sunnah Nabi s.a.w

 

IKLAN

“Menyusukan Bayi Bukan Senang”

Menurut Siti, antara cabaran selepas bersalin yang dirasakan adalah menyusukan anak.

“Ia bukan senang Ya Allah. Tapi bila fikirkan mak saya boleh jaga anak sampai lapan orang dan menyusukan kami semua dan tak tidur malam, apalah sangat saya yang baru anak seorang ni,” beritahu Siti.

Siti bersyukur kerana menantunya Tya Ariffin banya membantunya terutama dalam bab menyusukan anak.

“Menantu saya, Tya macam cikgu. Dia banyak membantu, ajar tentang menyusu bayi. Macam-macam dia ajar. Kalau orang lain lepas bersalin, selalunya mak yang ajar anak tapi saya special sebab menantu yang ajar,” ceritanya tersenyum bahagia.

Menurutnya lagi, setiap bayi memang mempunyai ragam yang berbeza. Oleh kerana nak membesar maka Aafiyah juga semakin kerap menyusu.

“Tak mengapalah saya kena berkorban. Buat semua kerana Allah sebab nak tengok anak membesar dengan sihat,”  cerita Siti tentang ragam anaknya sendiri yang kuat tidur waktu siang dan malam pula asyik berjaga.

Mengakui sejak seminggu selepas melahirkan anak tiada lagi istilah tidur lena, Siti yang hanya tidur selama tiga jam pada hari tersebut bersyukur kerana diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjayakan majlis meraikan anaknya.

Doa Anak Jadi Solehah. Datuk Siti Rai Kelahiran Siti Aafiyah Ikut Sunnah Rasulullah

Hilang Segala Sakit Bila Tengok Anak 

Siti yang melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan caesarean pada 19 Mac lepas bercerita pengalamannya yang kehilangan banyak darah ketika proses kelahiran puterinya atas sebab-sebab tertentu.

IKLAN

Beliau bersyukur atas kecekapan para doktor yang merawatnya sehingga dia kembali sihat semula. Katanya pada hari ketiga lepas bersalin, dia sudah kuatkan semangat untuk bangun berjalan.

Walaupun luka pembedahan masih sakit, tetapi Siti percaya ibu yang bersalin secara caesarean tak boleh terlalu banyak berbaring. Sebaliknya kena kuatkan diri dan semangat untuk cepat sembuh.

“Kita yang lahirkan anak so kena kuat. Bila tengok baby depan mata, hilang segala sakit melahirkannya,” demikian Siti berkongsi tip bagaimana dia kelihatan sudah kuat walaupun baru seminggu bersalin.

Nasihat Siti Pada Yang Belum Dikurniakan Zuriat

Doa Anak Jadi Solehah. Datuk Siti Rai Kelahiran Siti Aafiyah Ikut Sunnah Rasulullah

 

Pernah melalui tempoh masa yang lama sebelum dikurniakan zuriat, Siti turut menasihatkan pasangan yang masih belum dikurniakan anak supaya jangan berputus asa.

“Saya tak pernah putus asa dan tak putus berdoa serta sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dalam hati sentiasa cakap Allah akan bagi saya anak pada tarikh, hari dan masa yang terbaik.

Saya pergi umrah banyak kali, dan doa yang sama akan saya pinta pada Allah. Saya tahu Allah akan jawab doa saya satu hari nanti. Teruskan berusaha dengan cara tradisional dan moden,” ujarnya memberi kata-kata semangat pada wanita yang masih belum mendapat cahaya mata.

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Sumber: IG ctdk & Siti Official Video

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI