Siapa sangka dari permulaan berjuang kini Ainul Mardhiah dah makin lincah dan aktif. Dari hanya terbaring, melalui fasa untuk pulih selepas pembedahan, kini pencapaian Ainul begitu buatkan walid dan mamanya bangga.

Walaupun perkembangan si comel Ainul ini tak sama seperti kanak-kanak seusianya, tapi semangat yang ada dalam diri benar-benar membuktikan Ainul adalah anak yang sangat kuat.

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 TahunSeperti perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin dia berkongsi perkembangan Ainul yang akan menginjak usia 3 tahun pada bulan 13 Ogos depan.

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 Tahun

Saya nak share sedikit tentang kesan/komplikasi selepas major operation Ainul di Great Ormond Street Hospital dahulu. Jika kita perhatikan muka Ainul, kita akan nampak bengkak di sebelah kanan pipinya.

Saya rasa, hanya ini sahaja komplikasi pembedahan di UK dahulu. Muka Ainul di sebelah kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan saraf-saraf di muka kanannya tidak dapat disambung semula.

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 Tahun Saraf-sarafnya ketika itu memang sangat halus. Umurnya pada waktu itu baru 8 bulan. Jadi memang agak mustahil Pakar dapat sambungkannya sama seperti asal. Dan memang itu lah komplikasinya, Jawab Pakar.

IKLAN

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 TahunAinul tidak dapat gerakkan muka disebelah kanannya. Jika Ainul senyum atau ketawa, kita boleh lihat pipi disebelah kanannya tidak dapat digerakkan (mimik muka). Hanya di sebelah kiri mukanya sahaja berfungsi dengan baik.

Begitu juga ketika Ainul menangis. Kebiasaannya jika kita menangis, mata akan tertutup rapat. Tapi apabila Ainul menangis, hanya mata kirinya sahaja dapat ditutup rapat. Mata kanannya pula akan terbuka. Tapi alhamdulillah, ketika tidurnya, matanya kedua-dua belah dapat ditutup rapat. Ini pun cukup syukur!

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 TahunKalau dulu selepas pembedahan, memang nampak bengkak disebelah muka kanannya. Sekarang ini alhamdulillah, nampak sedikit surut. Much better berbanding dahulu.

Tapi apa pun, kami tetap bersyukur dan ini hanyalah masalah kecil. InshaAllah nanti bila Ainul dah besar, kami akan rujuk Pakar Plastik untuk buat reconstruction (Jika perlu).

IKLAN

Sebenarnya sebulan yang lepas kami memang sudah jumpa Pakar Plastik berkenaan saraf mukanya yang damage ni, Pakar Nasihat Ainul ini masih kecil. Budak kecil ni sel-sel dan saraf-sarafnya akan tumbuh baru setiap hari.

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 TahunJadi, berkemungkinan muka disebelah kanan Ainul boleh pulih sendiri. Mungkin. Sebab kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Kanak-kanak punya recovery sangat pantas.

Tapi andai kata bila sudah besar nanti, keadaan muka kanannya masih sama, Pembedahan Plastik boleh dilakukan. Tapi, bukan lah dalam masa yang terdekat. Mungkin tunggu Ainul 12 tahun dan ke atas. Tapi jika perkara ini mengganggu proses percakapannya, pembelajarannya, pemakanannya, mungkin pembedahan akan diawalkan.

IKLAN

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 Tahun Pakar menasihati, Biar lah Ainul main dulu. Dia dah banyak struggle pada awal kelahirannya. Biar Ainul rehat. Asalkan dia aktif, dia boleh makan, boleh bermain, leave her alone. Ainul perlu ruang setelah banyak melalui procedure procedure besar sebelum ini.

Bab muka Ainul ini minor sahaja. InshaAllah boleh dibaiki apabila besar nanti.

Bengkak Pipi Ainul Boleh Pulih Sendiri. Jika Perlu Buat Pembedahan Plastik Tunggu 12 TahunPada kami, perkembangan Ainul yang sekarang sudah cukup berharga. Jauh beza dengan keadaannya dahulu. Alhamdulillah. Nikmat ini pun sudah membuatkan kami rasa syukur.

Yang lain-lain itu, biarlah masa yang menentukan. Biarpun rawatannya mengambil masa yang lama, itu tidak mengapa. Asalkan puteri kami ini kekal sihat dan ceria seperti kanak-kanak yang lain.

Kredit: Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI