Waktu berpantang ni, teringin nak makan macam-macam. Tak salah pun, asalkan berpada-pada dan tahu mana yang sesuai dengan tubuh sendiri boleh saja dimakan. Harus sentiasa beringat kerana dikhuatiri memudaratkan.

Ada yang kata kalau berpantang ni tak elok makan menu berasaskan tepung tetapi sebenarnya boleh saja. Antara kuih yang sedap dan sesuai dimakan ibu selepas bersalin adalah Bengkang Tepung Beras.

Baca Juga:

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!

Resipi Sup Wantan Mudah. Hirup-Hirup, Bertambah Selera. Sesuai Buat Untuk Famili!

IKLAN

Rasanya lemak-lemak manis, memang sedap. Melalui Tiktok, @mell_asari kongsikan cara pembuatannya;

Bengkang Tepung Beras

Hari ini aku buat bengkang beras untuk minum petang. Rasa kuih ini lemak manis…lepas tu aku suka kaler kuih mcm menarik pulak.. nk buat pun senang je..

Bengkang Tepung Beras, Gebu-Gebu Rasa Berlemak. Ibu Dalam Pantang Pun Boleh Makan!

IKLAN

Bahan-bahan:
3 cawang santan (1 kotak kecil santan dicampur dengan 1 cawan air)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang
Secubit garam

Tengok video;

@mell_asari Hari ini aku buat bengkang beras untuk minum petang. Rasa kuih ini lemak manis…lepas tu aku suka kaler kuih mcm menarik pulak.. nk buat pun senang je 3 cwn santan ( 1 kitak kecil santan di campur dgn 2 cwn air) 1 cawan tepung beras 1/2 cawan gula secubit garam daun pandan simpul – kisar semua bahan kecuali daun pandan – tuang ke dlm periuk dan nasak hingga kental – tuang ke dlm loyang ( sapu dulu dgn minyak( dan bakal dkm oven. – tunggu sejuk sebelum di potong #tiktokfoodie #tiktokmalaysia #MakanLokal #tiktokchef #kuihtradisional #ramadhanvibes ♬ Gurindam Jiwa – Salim Violin

Cara memasak:
1. Kisarkan kesemua bahan sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan ke dalam periuk.
3. Masukkan daun pandan yang telah disimpul. Kacau adunan sehingga mengental.
4. Alihkan ke dalam loyang.
5. Bakar selama 1 jam pada suhi 160 darjah selsius.
6. Tunggu bengkang sejuk sebelum dipotong.

IKLAN

Sedapnya kuih ni kalau dibuat minum petang. Boleh juga dinikmati dengan kopi kosong untuk ibu berpantang. Kalau mahu kelainan, mungkin boleh ditambah dengan pisang. Memang terliur melihat hasilnya yang gebu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat Datin Almy Nadia dan keluarga dalam Pa&Ma Playdate malam ini hanya di channel Astro Ria! 

Bengkang Tepung Beras, Gebu-Gebu Rasa Berlemak. Ibu Dalam Pantang Pun Boleh Makan!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI