Selain kuih gunting, rempeyek, kuih siput dan sebagainya, popia simpul juga antara kudapan yang laku keras ketika di hari raya. Kudapan paling digemari anak-anak berbanding biskut raya kerana sifatnya yang rangup dan kurang manis. Pun begitu hendak membuat popia simpul, baik inti atau ketika menyimpulnya memakan sedikit masa.

Namun resipi inti popia yang dikongsikan oleh Linda Shizzo ini cukup mudah hendak di cuba. Malah cara hendak menyimpul pun mudah. Jom cuba!

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!


Ada yang tanya resepi inti popia ni kat sini. Saya kongsikan resepi inti popia ni guna ikan bilis dan udang kering. Ada orang guna isi ikan pun boleh tapi saya lagi suka guna ikan bilis dan udang kering, sebab lebih cepat kering semasa proses masaknya.

Bahan-bahannya:
200gram ikan bilis yang dah dikupas
100gram udang kering
1 paket kecil serbuk cili
1 cawan gula
1/2 cawan air

IKLAN

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Ikan bilis dan udang kering dibasuh dan dikeringkan.

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Apabila dah kering, blend ikan bilis dan udang kering guna blender kering/tanpa air.

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Masukkan gula dan 1 cawan air. Kena pandai sukat air dan gula, kalau tak nak manis, kurangkan gula dan air pulak jangan terlebih, nanti inti lambat mengering.

IKLAN

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Apabila gula dah larut, masukkan serbuk cili dan bahan yang dah diblend tadi.

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Kacau sehingga jadi kering atau jadi seperti serunding. 

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Saya biarkan inti semalaman untuk jadikan inti tu betul-betul kering dan berderai, supaya tak basah semasa proses pintal pada kulit popia nanti.

IKLAN

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Untuk kulit, potong kulit seperti digambar secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang mempunyai tuala basah. Ini kerana, kulit popia akan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan susah untuk dipintal.

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Lepastu, bolehlah korang santai-santai start memintal sambil tunggu waktu berbuka puasa..hehehe. Kalau dah semua ada kat umah, bolelah ramai-ramai tolong pintal sekali.

Laku Keras Waktu Raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!Selamat mencuba dan selamat berpuasa.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI