Tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan, sememangnya rapat dan manja dengan ayah. Kalau boleh tak mahu berenggang! Ada satu bonding yang istimewa antara ayah dan anak-anak ni tak sama seperti dengan ibu. Sebab itulah dikatakan ayahnya adalah role model untuk anak lelaki dan cinta pertama untuk anak perempuan.
Kadang-kadang bila rapat dengan ayah pun ada tersilap juga. Itulah yang berlaku pada kanak-kanak ini apabila dia dengan yakin didukung oleh seorang lelaki. Tak menangis atau minta diturunkan kanak-kanak tersebut akhirnya tercengang apabila melihat ayahnya berada di tempat lain.
Sebenarnya yang mendukung kanak-kanak tersebut adalah seorang lelaki yang mempunyai rupa seakan-akan ayahnya. Dengan bentuk badan dan pemakaian yang lebih kurang sama, maka tak hairanlah dia boleh tersalah ayah!
Orang di sekeliling sudah tertawa melihat kanak-kanak tersebut yang asyik memandang kedua-dua lelaki tersebut untuk mengenal pasti ayahnya. Akhirnya, dia menuding jari ke arah ayahnya yang sedang duduk.
Memang terhibur bila tengok gelagat kanak-kanak tersebut.
“Hari-hari abah baca doa, ni je hadiah abah untuk Yatt,” demikian tulis ayah kanak-kanak yang meninggal dipercayai akibat didera di laman facebooknya sebagai luahan rasa rindu pada anak tersayang.
Kerinduan seorang ayah yang kehilangan anak tersayang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mampu bacakan doa setiap hari sebagai hadiah untuk anak tersayang.
Bertambah sedih dan terkilan apabila anak lelaki tersayang, Mohammad Rayyan Hidayat Hairil Khan,6, meninggal dunia disyaki akibat didera sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus.
Dilaporkan kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia dipercayai perbuatan teman lelaki ibunya pada hari Rabu lepas.
Ayah kanak-kanak tersebut, Hans Van Djik atau nama sebenarnya Hairil Khan Azali, 32, berkongsi perasaan sedih, terkilan dan rindu terhadap anak tersayang di media sosialnya.
Catatan tersebut sebagai salah satu caranya mengingat kenangan bersama arwah anaknya serta mengubat rasa rindu di hati.
19 April 2018
Dukacita d beritahu… Anaknda sy Muhammad Rayyan Hidayat bin Hairil khan.. Telah kembali ke ramathullah pd pagi ni… Abah syg anak abah… Maafkan abh syg… Last abh jumpa adik bulan lpas… Last adik nk jam abah beli.. Tp abah xdan jumpa.. Xsangka adik pi tggal abah dlu…
Abah xsangka sayang… Inilah perjalanan terakhir adik tggalkan abh… Blom puas abh nk jaga adik.. Abh di uji dengan perpisahan… Abh xdpt jmpa adik… Abh xdpt dgr dh suara adik whatsapp abh… “bila abah nk balik”…dri kcik abh syg adik smpai bsaq… Smpai bla2… Abh rndu nk ckp ngn adik… Smpai hti adik tggal abah…
Abah tau adik sengsara… Sjak dri mula abh tggal adik dlu abh slalu rsau keadaan adik… Hajat abh xsmpai bila abh hntaq jam robot yg adik nk tu depan2 adik.. Abh nk tgok reaksi adik bila dpt jam tu… La adik dh tgglkan abh… Dgn sapa lg abh nk whatsapp nk bckap…abh rndu sora adik
Tggal yg ni sja la kenangan yg ada… Adik slalu msj abh mlm2… Lepas kena blok… Adik xmsj dh abh… Adik slalu call abh guna whatspp.. Cerdik ank abh ni… Time abah dduk kt klinik gigi… Adik rjin kol smpai nk jmpa dokter pun xdan… Lpas ni xda sapa dh nk whatsapp abh.. Tnya abh shat ka dak.. Abh buat apa.. Xdak dah…
Masih mnanti kptusan anak syurga ku… Tggu abh kat sana ya syg… Abh tau adik ada dekat2 cni… Abh tringin nk tgok adik snyum… Masih teringat lg kata2 “yatt sayang abah”… Sgguh sukar aku trima… Putera yg aku syg terbujur kaku… Xbernyawa.. Tak aktif sprti biasa…
Hanya sebahgian dari kebahgiaan yg adik bg pd abah.. Wlaupun abh blom puas nk jga adik… Abh syg adik sgt2… Kalau blh abh gntikan sengsara adik… Abh lakukan utk anak abh… Abh xkuat nk lalui smua ni… Abh gagal jd bah yg baik… Abah harap adik xmarah abah… Abh ttp syg anak2 abah… Blom puas rsanya abah nk mlihat snyuman… Ketawa… Msj2 adik.. Itu sja kenangan yg abh ada.. Abah hrap ni smua satu mmpi… Tp apakan daya… Hnya tubuh kaku yg abh dpt… Kalau adik blh dgr abah… Abah syg adik… Adik hadirlah dlm mmpi abah… Sbb abah xpuas lg nk bsama adik…
Dukacita d beritahu pd yg nk taw keadaan laporan anak syurga… Dh dpt laporan.. Ada organ yg rosak.. Pndarahan dalaman.. Tulang rusuk patah… Ya allah kau masukkan lah mereka ni dlm neraka jahanam.. Ssguhnya mereka xlayak bergelar manusia.. Babi setan punya manusia… Maafkan abah adik.. Sbb xdpt lindungi adik… Maafkan abah
20 April 2018
Abah nk tdo dh.. Tp abh dok trgat snyuman adik td… Wangi bau adik.. Masih abh dapat rsa.. Kalau adik ada dkat ngn abah ni… Abh jmpa adik dlm mmpi k.. Nnt adik crta kt abah… Abah akn slalu ada utk adik.. Esk abah p tgok adik taw… Adik kt sna dh hepi2 jgn lupa abah nnt… Adik tggu abh p esk taw…
Alhamdulillah smlm adik mai jgk dlm mmpi abah.. Adik snyim ja dgn jubah putih adik tu.. Wlaupun xckp.. Adik snyum ja kat abah.. Dengan kopiah adik… Terubat rsa rndu abah.. Dlu msa adik kcik berak kencing adik abh uruskan.. Baju adik abh basuh.. Mngkin sbb tu rsa syg abh kt adik ni xtaw nk ckp mcmana.. Sronok adik mai smlm
21 April 2018
Puasa pun xlama dh.. Pas2 nk raya.. Masih ada ke kebahgiaan utk kli ni… Please stop cry.. Please… Sapa kata aku kuat… Aku mmg xkuat… Blom puas aku nk rasa ksih syg dia… Blom puas aku nk jaga dia… Bnyk bnda aku rncang utk dia.. Tp xsmpai hajat aku tu… Hari lahir aku 5/3 pun yatt dh janji..
Abah : adik nk bg hadiah apa utk abah birthday abah nnt?
Yatt: abah nak apa?
Abah: abh nk kerta nak rumah
Yatt: nnt bila uyat bsaq uyat bli rumah bli kereta bg abah.. Skrg ni uyat xda duit…
Ya allah… Aku xbleh nk lupa apa pun jnji kami bdua…
Hari2 abah mai tgok yat… Yat jgn rsau.. Hri2 abh mai bca doa… Ni ja hadiah abh utk yat.. Rmai yg doa utk yatt yg bg sumbangan utk yatt… Kalau yat tau msti yatt happy sbb rmai syg kt yatt… Lagi2 abah.. La ni xrsau dh hari2 blh mai
22 April 2018
Kek yg abah sangkakan.. Bukan yg terakhir.. Tapi.. Allah lbh syg pd adik… Wlaupun time ni abh xdpt raikan bthdy dgn adik… Sbb adik xshat.. Tp abah tau adik suka kek.. Abh bli jgk kek hntaq kt adik…
Bla abah sdih.. Cni la tmpat abh mngadu… Berdoa… Abh hrap adik dgaq la.. Abh boring dok umh sorg2… Saja la mai tgok adik..
Menurut Hairil, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah anaknya iaitu pada hari ulang tahunnya 5 Mac lalu. Katanya lagi selalu kalau berjumpa, Yatt suka main telefonnya, tapi hari itu dia agak berbeza.
“Yatt asyik panjat belakang badan saya… banyak kali dia peluk dan cium saya. Saya tak sangka ‘birthday’ saya tu adalah yang terakhir jumpa dia,” katanya seperti dipetik dalam mStar Online.
Hairil yang bekerja sendiri telah pun membelikan jam tangan robot untuk anaknya kerana arwah pernah memberitahu mahu jam tangan tersebut.
Katanya sepatutnya pertengahan Mac lalu dia berjumpa dengan anaknya untuk memberikan jam tersebut tetapi tak berpeluang dan hanya menyerahkan hadiah itu pada bekas mak mertuanya sahaja dan terputus hubungan dengan arwah sejak itu.
Suspek lelaki berumur 26 tahun yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan ibu mangsa berusia 31 tahun ditahan kira-kira pukul 8 malam Khamis ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dan direman sehingga 26 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Seluruh dunia digemparkan dengan kejadian tembakan rambang oleh pengganas yang dilakukan di dua buah masjid di New Zealand ketika umat islam ingin menunaikan solat jumaat.
Pengganas tersebut menyasarkan umat islam sebagai sasaran utama tanpa mengira wanita mahupun kanak-kanak yang turut menjadi mangsa korban. Dalam masa yang sama pengganas tersebut turut melakukan siaran secara langsung di Facebook miliknya yang mendapat kecaman seluruh dunia.
Ketika kejadian, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terselamat dari serangan keganasan di Christchurch apabila bapanya sempat baring ke atas anaknya untuk melindunginya dari terkena peluru.
Bayi Tersebut Dibawa Ke Masjid Oleh Bapanya
Daily Mail melaporkan, pada Jumaat lalu, Averroes dibawa ke Masjid Linwood oleh bapanya Zulfirman Syah apabila Brenton Tarrant menyerang masjid itu yang mengorbankan tujuh orang selepas membunuh 42 orang di Masjid Al Noor.
Ditembak Beberapa Kali Pada Tubuhnya Untuk Melindungi Anak Kecilnya
Zulfirman ditembak beberapa kali pada tubuhnya untuk melindungi anak kecilnya sebelum orang ramai berjaya mengejar dan menangkap lelaki bersenjata itu.
Rakaman selepas serangan itu menunjukkan mangsa keganasan termasuk Averroes naik ke atas bapanya ketika Zulfirman terbaring menahan kesakitan.
Averroes Terkena Serpihan Tembakan
Averroes terkena serpihan tembakan pada kaki dan punggungnya tetapi hanya cedera ringan, sementara bapanya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.
Isteri Zulfirman, Alta Marie memberitahu New Zealand Heral: “Suami saya melindungi anak kami semasa serangan itu, menyebabkan dia menerima banyak peluru dan kecederaan lebih kompleks daripada Averrose.”
“Dia pulih dengan baik dan kembali ceria,” kata Alta kepada The Sunday Times.
Ibu mana yang tak panik melihat jari anak kecil yang sudah bengkak akibat terbelit sehelai rambut, lebih merisaukan apabila lilitan rambut tersebut terlalu kemas untuk dibuka.
Begitulah yang dilalui oleh salah seorang pengguna Facebook, Puan Fatimah di mana dia telah menceritakan mengenai kisah yang berlaku kepada anaknya sendiri iaitu detik ketika jari anaknya terlilit rambutnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Kisah yang berlaku ini mungkin jarang kali didengari, namun wajar untuk setiap ibu bapa mengambil cakna supaya perkara yang terjadi tidak berlaku di kemudian hari lagi.
Menurutnya, anaknya telah dimasukkan ke dalam wad akibat terlilit sehelai rambut dijarinya. Difahamkan, kulit dijarinya serta sedikit isi perlu dipotong untuk menanggalkan belitan rambut yang terikat sangat ketat itu. Rambut yang terikat dijari anaknya itu kelihatan sudah terbenam ke dalam kulit.
Lanjutan daripada itu, anaknya difahamkan telah dibenarkan keluar daripada hospital pada 18 Jun. Doktor yang mengendalikan kes tersebut menjelaskan berkemungkinan akan membuat pembedahan kerana gusar jika masih ada rambut atau benang di dalam kulit tersebut.
Bagaimanapun, tiada pembedahan lanjut yang perlu dilaksanakan dan doktor hanya meminta si ibu untuk memantau perkembangan pada jari anaknya.
Fatimah Az Zahra mengatakan, menurut doktor, kalau boleh sewajarnya tidak mahu untuk membuat pemedahan kerana anaknya masih lagi baru berusia empat bulan. Walaubagaimanapun, anaknya itu masih lagi mempunyai temu janji bersama doktor pakar.
Sejajar dengan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan anaknya itu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.