Berapa lama bayi saya nak kenyang bila menyusu badan? Bila dilepaskan menangis. Ini persoalan yang sering ditanya.
Sebenarnya pada awal-awal kelahiran bayi, ibu mesti selalu tertanya-tanya berapa lama masa untuk menyusukan bayi supaya rasa kenyang. Adakah bayi perlu menghisap kedua-dua belah payudara? Jadi berapa lama pula untuk bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja?
Salah satu cara yang ibu boleh buat ialah susukan bayi mengikut selama mana yang bayi mahu sehingga bayi mendapat susu akhir(hindmilk) dan melepaskan sendiri payudara.
Ads
Biasanya bayi akan menghisap kedua-dua belah payudara sebelum tertidur. Tetapi ada bayi yang menghisap sebelah payudara sahaja. Biarkan bayi menyusu sebelah payudara sehingga kenyang terlebih dahulu sebelum dialihkan ke payudara sebelahnya.
Bagi first time mommies yang tiada pengalaman dan tak pasti berapa lama bayi perlu menyusu, digalakkan menyusu sebelah payudara selama 20 minit hingga 30 minit atau sehingga bayi melepaskan sendiri sebelum beralih ke payudara sebelahnya.
Pastikan bayi melekap pada payudara dengan betul untuk memastikan bayi mendapat susu.
Ads
Sekiranya bayi menolak payudara kedua, biarkan sahaja sekiranya bayi tertidur. Mulakan dengan payudara yang belum dihisap oleh bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
Ads
Sekiranya payudara yang belum disusukan itu mula penuh dan mommies rasa tidak selesa, mommies disarankan untuk memerah susu itu dan disimpan.
Ada sesetengah bayi yang akan menghisap sebentar sahaja di satu-satu payudara dan kemudian melepaskannya. Untuk situasi seperti ini, mommies perlu membuatkan bayi sendawa terlebih dahulu dan kemudian biarkan bayi menghisap payudara yang sama sehingga bayi rasa kenyang.
Bakal ibu mana yang tak risau bila diberitahu oleh doktor bayi yang dikandungkan terbelit tali pusatnya. Jangan cemas kerana ibu sebenarnya masih boleh bersalin normal dan paling penting, anak di dalam kandungan masih boleh meleraikan belitan ini dengan sendirinya.
Perkongsian Dr Sharifah Halimah Jaafar, Consultant Obstetrician & Gynaecologist diblognya, drsharifahblogspot.wordpress.com ini mama kena baca. Menurut pakar sakit puan dan perbidanan ini, belitan tali pusat dileher bayi bukanlah satu sebab untuk pembedahan cesarean kerana ramai ibu yang bersalin secara normal. Jadi mama kena relaks. Jangan cemas!
Mengikut kajian, kadar kejadian atau insiden tali pusat terbelit dileher bayi semasa kandungan telah cukup bulan ialah 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.
Bunyinya memang menakutkan ibu yang sedang mengandung, tetapi adakah ia merbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kecacatan atau kematian kepada bayi? Kita juga pernah dengar pengalaman ibu ibu yang mengatakan mereka terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan cesarean kerana terlilit tali pusat di leher bayi?
Soalnya, adakah jika diketahui ada tali pusat dileher bayi sebelum sakit bersalin, semua ibu harus dibedah dan tidak boleh dibenarkan bersalin secara normal?
Berikut adalah fakta fakta mengenai tali pusat dileher bayi berdasarkan bukti bukti perubatan yang kukuh! Untuk pengetahuan ibu ibu:
Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?
2. Boleh bersalin normal atau tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya dengan ujian pantauan semasa melalui proses bersalin. Hanya segelintir ibu sahaja yang perlu pembedahan cesarean kecemasan. Jadi, ibu jangan cemas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap tubuh manusia berbeza. Apa yang boleh diterima oleh badan kita tak semestinya boleh diterima oleh tubuh badan orang lain. Doktor Hairin Anisa menjelaskan tentang berpantang vs food intolerance dan food allergies.
Assalamualaikum & selamat malam.
BERPANTANG vs FOOD INTOLERANCE & FOOD ALLERGIES
Saya teringat setiap kali saya melahirkan, saya memang amalkan makanan yang saya kira sihat dan seimbang dan berpantang daripada mengambil makanan yang tubuh saya tak boleh terima contohnya macam labu, ubi kayu dan beberapa lagi yg buat perut saya bertambah anginnya (kembung) & bisa badan.
Makanan-makanan ini sebenarnya yg menyebabkan tubuh SAYA tak boleh terima dan dikategorikan sebagai food INTOLERANCE.
Malah saya berpantang daripada mengambil apa-apa makanan yang menyebabkan saya gatal macam udang dan sotong kerana tubuh SAYA tak boleh terima kerana dikategorikan sebagai FOOD ALLERGIES. Jadi, saya memang amalkan pantang ini bukan hanya selepas bersalin tapi sepanjang hidup saya setiap kali saya dapati jenis-jenis makanan yang saya ada allergies atau intolerance.
Namun, setiap manusia itu berbeza. Adakah makanan yg tubuh SAYA tak boleh terima itu sama dgn orang lain? Jawapannya pasti tidak sama. Jadi please jangan sesekali bagitahu semua orang supaya jangan makan benda yang sama yang kita sendiri tak boleh terima.
Begitu juga kalau tubuh kita boleh terima semua makanan…jangan mendabik dada dengan sombong menyuruh orang lain untuk ambil semua makanan tanpa berpantang kerana diri sendiri sentiasa sihat dan awet muda.
Ingatlah bahawa Allah swt yang beri kita kesihatan, maka bersyukurlah dan tak perlu riak dan mengutuk orang lain tidak berilmu sedangkan diri sendiri juga kurang ilmu utk beradab memberi ilmu kpd orang lain.
Sedangkan ada ramai insan-insan yang Allah swt uji dgn Food intolerance dan food allergies yang terpaksa menghadapi pelbagai simptom-simptom yang menyakitkan. Belum sampai ujian tersebut kepada kita, maka berhati-hatilah dalam berkata-kata. Sesungguhnya riak itu hanya akan memakan diri sendiri.
Saya share di sini beberapa slides lectures yg saya pernah sampaikan tentang Tummy ache : FOOD INTOLERANCE vs FOOD ALLERGIES di satu seminar anjuran ENT, HSA JB
Ada perkara dlm sains yang masih dalam kajian dan hanya hipothesis dan sukar dijelaskan serta diluar pengetahuan kita.
Ini kerana ilmu Allah swt ini sangat luas dan menjangkaui batasan fikiran manusia. Jadi sekalipun ahli sains, please jangan terlalu bangga dgn ilmu yg kita ada. Kita ada ilmu hanya dibidang kita tapi kita tiada ilmu dibidang orang lain.
Justeru, biarlah hidup ini kita saling menyantuni manusia tanpa menyakitkan hati mereka yg tiada ilmu dlm bidang kita. Hanya Allah swt yg punya segala ilmu dan mengetahui segala yg terjadi atas kehendak dan iradatnya.
Kehamilan adalah satu anugerah yang sangat bernilai dan pada masa yang sama merupakan fasa yang penuh perubahan pada tubuh seorang ibu. Sepanjang tempoh ini, badan ibu mengalami pelbagai penyesuaian fizikal dan hormon. Terdapat simptom normal seperti mual pagi, cepat letih, sakit belakang, atau bengkak ringan yang biasanya tidak membahayakan.
Namun begitu, terdapat beberapa keadaan kesihatan atau sindrom yang perlu diberi perhatian serius. Sindrom-sindrom ini boleh mendatangkan risiko besar kepada ibu dan bayi sekiranya tidak dikesan dan dirawat lebih awal. Oleh sebab itu, memahami sindrom bahaya ibu hamil dan tanda-tanda awalnya adalah langkah penting untuk keselamatan kehamilan.
Mengetahui simptom awal serta tindakan tepat bukan sahaja membantu mencegah komplikasi, malah dalam sesetengah keadaan boleh menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.
Kenapa bahaya: Preeklampsia berlaku apabila tekanan darah ibu meningkat selepas minggu ke-20 kehamilan. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada organ penting seperti hati, buah pinggang, otak dan sistem peredaran darah.
Jika tidak dirawat, preeklampsia boleh berkembang menjadi eklampsia yang menyebabkan sawan, pendarahan otak, kegagalan organ, dan berisiko membawa maut kepada ibu serta bayi dalam kandungan.
Kenapa ibu kena tahu: Pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing secara berkala mampu mengesan masalah ini lebih awal. Rawatan awal dapat mengurangkan risiko komplikasi serius akibat sindrom bahaya ibu hamil ini.
Simptom yang perlu diperhatikan: sakit kepala teruk, penglihatan kabur, bengkak melampau pada muka, tangan atau kaki, sakit di bawah tulang rusuk, serta loya atau muntah yang luar biasa.
Kenapa bahaya: Sindrom HELLP merupakan bentuk preeklampsia yang lebih serius. Ia melibatkan pemecahan sel darah merah, peningkatan enzim hati, dan penurunan jumlah platelet. Keadaan ini boleh menyebabkan kegagalan hati, pendarahan teruk, kelahiran pramatang dan kematian ibu atau bayi.
Kenapa ibu kena tahu: Simptom HELLP sering menyerupai simptom biasa kehamilan, menyebabkan ramai ibu terlepas pandang. Pemeriksaan darah secara berkala amat penting untuk mengesan sindrom ini lebih awal.
Simptom yang perlu diperhatikan: sakit di bahagian atas perut, loya yang teruk, keletihan melampau, sakit kepala dan gangguan penglihatan.
Kenapa bahaya: Diabetes gestasi berlaku apabila badan ibu tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan. Paras gula darah yang tinggi boleh menyebabkan bayi membesar terlalu besar, menyukarkan proses kelahiran dan meningkatkan risiko kecederaan semasa bersalin.
Bayi juga berisiko mengalami paras gula rendah selepas lahir, manakala ibu berisiko mendapat diabetes jenis 2 pada masa hadapan.
Kenapa ibu kena tahu: Ujian glukosa biasanya dilakukan pada trimester kedua. Kawalan gula darah awal dapat mencegah komplikasi serius berkaitan sindrom bahaya ibu hamil ini.
Simptom yang perlu diperhatikan: kerap dahaga, kerap kencing, cepat letih, atau tiada simptom yang jelas.
Kenapa bahaya: Hyperemesis gravidarum adalah muntah teruk dan berpanjangan sepanjang kehamilan. Keadaan ini boleh menyebabkan dehidrasi, kekurangan nutrisi, serta penurunan berat badan yang ketara.
Jika tidak dirawat, bayi mungkin tidak mendapat nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan yang optimum.
Kenapa ibu kena tahu: Muntah teruk bukan sekadar alahan biasa. Rawatan awal seperti pemberian cecair IV dan ubat anti-muntah boleh melindungi kesihatan ibu dan bayi.
Simptom yang perlu diperhatikan: muntah berterusan, susut berat badan, pening, lemah melampau dan denyutan jantung yang cepat.
Kenapa bahaya: Infeksi serius seperti jangkitan saluran kencing atau virus tertentu boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dan menyebabkan kelahiran pramatang.
Anemia pula mengurangkan bekalan oksigen kepada ibu dan bayi, manakala masalah plasenta seperti placenta previa atau placenta abruption boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
Kenapa ibu kena tahu: Pemeriksaan rutin seperti ujian darah, imbasan kehamilan dan pemeriksaan fizikal membantu mengesan komplikasi ini lebih awal.
Simptom yang perlu diperhatikan: kulit pucat, cepat penat, pendarahan faraj, sakit perut luar biasa atau pergerakan bayi berkurang.
Kehamilan memerlukan pemantauan rapi dan kesedaran yang tinggi. Simptom yang kelihatan kecil tidak boleh dipandang remeh kerana ia mungkin tanda awal sindrom bahaya ibu hamil.
Pemeriksaan pranatal secara berkala, komunikasi terbuka dengan doktor, serta tindakan awal adalah langkah paling berkesan untuk memastikan keselamatan ibu dan bayi. Pengesanan awal boleh mengurangkan komplikasi dan menjadikan perjalanan kehamilan lebih selamat dan sihat.