Berat Anak (10 Kg Pertama Darab 100ml), Cara Kira Keperluan Air Anak. Doktor Kongsi Kepentingan Air Putih

Share

“Anak saya tak mau minum air masak, dia tak suka warna plain air tu. Puas paksa” Begitulah dilema mak-mak kalau nak suruh anak minum air masak. Tak mudah nak suruh si anak minum air masak tapi air masak sangat penting untuk tubuh badan si kecil.

KEPERLUAN MINUM AIR PADA KANAK-KANAK

Air yang diminum sangat penting dalam kelangsungan hidup kita. Ia meningkatkan daya tahan tubuh, dan membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik.

Kita sering terlepas pandang pada keperluan air pada anak-anak kita. Padahal mereka lebih memerlukan air kerana dehidrasi akan menyebabkan meraka mudah demam, tidak sihat dan tidak cergas.

Dianggarkan 75% tubuh kanak-kanak dan 60% tubuh orang dewasa terdiri dari air.
Banyak pendapat yang membincangkan cara mengira isipadu air yang harus dimium setiap hari.

Ada satu pendapat yang menarik mengatakan bahawa pada 10 kg pertama, jumlah air diperlukan adalah 100 ml per kilogram. Kemudian pada 10 kg seterusnya 50 ml per kilogram.

Contohnya: keperluan air kanak-kanak yang mempunyai berat 9kg adalah 9X100 mL iaitu 900 mL.

Jika berat kanak-kanak itu 12kg, keperluan air yang diperlukan adalah 1.1 L iaitu (10X100ml) + (2X50ml).

Pengambilan air, bukan saja dari air minuman yang diminum tetapi dari makanan yang dimakan. Contohnya sup, bubur, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apa yang penting kita memeastikan pengambilan air yang cukup oleh anak-anak kita. Jika meleihat mereka letih, cepat mengantuk, mudah merengek dan sembelit, itu mungkin disebabkan dehidrasi.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Kredit:Dr Zubaidi Hj Ahmad

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN