Melalui tempoh sembilan bulan hamil sememangnya merupakan detik perjalanan terindah bagi semua ibu. Walaupun sukar namun ada manisnya untuk dikenang. Kaki bengkak, lenguh sana sini dan rasa malas untuk bergerak menjadi kenangan sepanjang hamil.
Tak terkecuali penyanyi Tiada Dirimu, Shila Amzah yang kini menanti dalam debar. Memasuki tempoh kehamilan lapan bulan setengah membuatkan Shila semakin tidak kuat untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Menerusi instagramnya, penyanyi bersuara lantang ini berkongsi masalah kaki bengkak yang dialaminya. Tidak kurang juga kenaikan berat badan sebanyak 10kg.
Malah kongsi Shila lagi yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya pada 13 Ogos lalu, bayi di dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat malah semangat.
Ads
When you’re 8 and half months pregnant, tapi still nak pakai kasut tinggi, tu yang bengkak tu ? Nasib baik Haris urut malam tadi. Terus okay hehe.
Semua orang baju terikat cantik but mine ada baki kain pario tu sikit je sebab my perut dah besau nau nau ?
Ads
Went to see the doctor yesterday, alhamdulillah baby sihat and semangat? Maybe tak dapat tunggu betul-betul due date sebab takut baby besar yang akan menyebabkan… ?
Ads
Dan semalam juga finally timbang berat dah naik 10kg! Hopefully boleh maintain berat gini-gini je la sampai betul-betul beranak nanti. Korang naik berapa kg time pregnant? Sha seram ni.
Salam takziah diucapkan buat aktivis kemanusiaan, Ebit Lew yang kehilangan bayinya selepas isteri tersayangnya mengalami keguguran.
Melalui Instagramnya, Ebit menyampaikan khabar duka itu kepada pengikutnya.
Malah dalam entri yang sama juga, aktivis yang sentiasa tampil untuk membantu insan yang kesusahan ini turut memuat naik videonya bersama isteri ketika berada di hospital.
“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran,” tulisnya berkongsi.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya, Ebit kelihatan sedang menolak kerusi roda yang dinaiki isteri selepas menerima rawatan di sebuah hospital.
Kedua-duanya tersenyum manis tanda reda walau diuji dengan kehilangan.
Dalam pada itu, aktivis yang sentiasa cepat dan pantas membantu tanpa jemu ini juga turut merakamkan penghargaan buat isteri tercintanya sebagai tanda pengorbanan dalam perjuangan kehamilan serta membesarkan anak-anaknya.
“InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang.
“Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, pengikut setia Ebit Lew di Instagram turut merakamkan ucapan takziah malah diberikan kesembuhan segera buat isteri tercintanya.
Pelakon yang juga suami kepada Wawa Zainal, Aeril Zafrel berkongsi berita gembira mengenai kehamilan keempat isterinya setelah peminat membuat teka-teki. Ini berikutan satu gambar yang dikongsikan ketika sambutan hari lahir anak sulungnya baru-baru ini.
Dalam hantaran di Instagram, Aeril mengucapkan syukur kerana doanya kini sudah termakbul. “Alhamdulillah Ya Allah. Doa dimakbulkan, dapat bayi nombor empat. Tinggal nak satu saja lagi,” tulisnya diiringi emoji ketawa.
Dalam perkongsian itu juga, Aeril memohon doa daripada pengikut-pengikutnya di platform media sosial itu.
“Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.
Aeril juga memuat naik video pendek yang disunting memaparkan gambar imbasan bayi dalam kandungan isterinya dan juga video aksi Wawa yang sedang memegang bahagian perutnya.
Sementara itu, Wawa berkongsi hantaran Aeril itu ke Instagram Story dan menulis mengucap syukur. “Alhamdulillah,” tulisnya.
Dalam perkongsian Wawa di Kosmo, dia memberitahu yang kandungannya kini dah melepasi usia enam bulan.
“Sebenarnya, saya memang hamil enam bulan, sudah nak masuk tujuh bulan. Alhamdulillah, keadaan saya okey. Doakan semua berada dalam keadaan terbaik sehingga tiba hari kelahiran kelak.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu yang mengalami detik yang menyenangkan namun tidak kurang juga berdepan detik yang sukar sepanjang tempoh sembilan bulan.
Muntah, loya, kurang selera makan dan sebagainya membuatkan ibu semakin tidak kuat untuk menjalani kehidupan yang ceria. Namun apabila memikirkan soal bayi yang berada di dalam kandungan, kebanyakkan ibu hamil terpaksa mencari kekuatan diri untuk pulih dengan segera.
Keletihan melampau di awal kehamilan, begitu juga di hujung kehamilan menjadikan ibu mudah lelah untuk meneruskan rutin hidup. Pemakanan yang baik dan sihat adalah kunci kepada tubuh yang kuat sepanjang kehamilan.
Namun bukan bermakna ibu hamil perlu makan dengan jumlah yang banyak. Istilah makan untuk bayi di dalam kandungan atau ambil sejumlah makanan untuk dua orang, ibu dan bayi bukanlah satu cara yang tepat untuk menambah tenaga dan menguatkan ibu ketika hamil.
Memilih makanan dengan bijak adalah caranya. Apa ibu hamil perlu lakukan?
Mabuk di awal trimester
Mabuk di awal trimester sememangnya satu hal yang cukup sukar bagi ibu hamil. Loya dan muntah sepanjang hari malah perasaan takut untuk mengambil makanan kerana bimbangkan muntah menjadi satu masalah terbesar buat ibu hamil. Ketika inilah tubuh ibu menjadi bertambah lemah kerana kurangnya makanan serta kehilangan banyak air dalam badan.
Usah makan dalam jumlah yang banyak sebaliknya hanya ambil makanan berkhasiat pada kadar yang mencukupi serta lebihkan buah-buahan yang sihat untuk menambahkan tenaga dan gula dalam badan.
Kurma sebagai kudapan
Jangan tolak makanan berat sebaliknya kurangkan kuantiti yang diambil setiap hari. Makan cukup hanya memberi kekenyangan pada perut dan memberi nutrisi pada tubuh ibu dan bayi. Ketika waktu di antara menunggu waktu tengahari dan malam, jadikan kurma sebagai kudapan utama.
Kurma adalah salah satu makanan yang sangat baik untuk wanita mengandung. Malah kurma juga disifatkan sebagai “super food” yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Kurma mengandungi jumlah serat dan antioksidan yang tinggi. Ia juga merupakan sumber tenaga dan zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia merangsang perkembangan sel-sel darah merah bayi.
Susu dengan kurma
Nak lebih sedap lagi ambil kurma dengan susu, lebih cepat kenyang dan makin berkhasiat buat ibu hamil. Boleh juga dikisar bersama dan minum. Memang sedapnya lain macam.
Kurma dan susu hebat yang digabungkan bersama pastinya buat ibu hamil bertambah kuat malah dibekalkan kalsium yang tinggi untuk perkembangan sel bayi.
Kalau suka, jangan lupa amalkan susu sihat ini dalam diet harian anda. Biar kenyang, khasiatnya pun berganda.
Rehatkan tubuh dengan sebaiknya
Selain makanan dan bekalan susu sempurna buat perkembangan bayi, tubuh ibu hamil yang keletihan juga perlu direhatkan sebaiknya. Elakkan melakukan aktiviti yang terlalu lasak atau diluar kemampuan tubuh anda. Dapatkan jumlah tidur yang mencukupi terutama dihujung kehamilan. Walaupun ketika ini tidur semakin diganggu namun usahakan untuk tidur pada tempoh yang lama dan selesa.
Elakkan tekanan dan bebanan kerja yang terlampau sehingga mengganggu perjalanan emosi dan perkembangan hormon yang tidak stabil. Ketika rasa gelisah, letih dan tidak berdaya, tariklah nafas dalam-dalam supaya jiwa menjadi lebih tenang.
Pilih makanan tepat
Makanan yang tepat bukan bermakna pada kuantiti yang banyak sebaliknya pilih makanan yang mampu menaikkan selera ibu namun berkhasiat. Mudahkan selera anda dengan pemakanan yang lebih santai seperti nasi atau roti dan sup sahaja berbanding aneka makanan berlemak dan bertumis yang tidak sihat. Pilih buah, sayur dan aneka birijin untuk menguatkan ibu.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.