Anda ingin tahu cara untuk buatkan ingatan anda lebih baik? Ataupun, anda tercari-cari makanan untuk otak dengan nutrisi yang terbaik? Tapi, betul ke ada makanan yang boleh membantu ingatan seseorang?
Jangan tertipu dengan makanan yang mendakwa boleh buatkan otak jadi cerdas! Kadang-kadang, apabila kita lihat produk yang dijual di pasar raya ataupun media sosial, banyak yang mendakwa mempunyai bahan yang boleh bantu kuatkan lagi ingatan ataupun brainpower.
Sebagai contoh, ada suplemen ataupun kismis yang didakwa boleh bantu anak kuasai matematik dan sains dengan lebih cekap. Ada juga makanan tambahan yang dikatakan membantu anda lebih fokus dan menguatkan lagi memori.
Menurut Dr. Gad Marshall daripada Pusat Penyelidikan dan Rawatan Alzheimer di Harvard-affiliated Brigham and Women’s Hospital, kebanyakan produk yang dijual di pasaran tidak mempunyai sebarang bukti akan keberkesanannya.
Tambahan lagi, disebabkan FDA hanya memantau produk yang dijual dengan dakwaan palsu, mereka tidak dapat menghalang jika penjual bertindak menjual produk mereka dengan dakwaan seperti ‘berkesan membantu fungsi otak’, ‘sesuai untuk kuatkan memori’ dan sebagainya.
Makanan untuk otak yang cerdas
Banyak makanan yang boleh diamalkan untuk bantu kesihatan otak. Sebagai contoh, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sayur dan buah ada banyak khasiat dan tidak boleh disangkal lagi kebaikannya kepada kesihatan kita.
Tetapi, makanan yang menyihatkan bukan terdiri daripada sayur dan buah sahaja! Ada banyak lagi makanan yang boleh bantu tingkatkan kecerdasan otak anda.
1. Makan lebih banyak ikan untuk elak Alzheimer
Ads
Jika anda ingin kuatkan memori anda, makan lebih banyak ikan! Ikan kaya dengan asid lemak omega-3 yang terbukti dapat membantu individu yang menghidap Alzheimer.
Salmon, tuna, dan sardin adalah contoh ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3. Anda boleh cuba makan ikan 2 kali seminggu untuk bantu fungsi otak.
Selain itu, anda juga boleh masak ikan menggunakan cara panggang, bakar ataupun rebus untuk dapatkan rasa dan nutrisi yang maksimum daripada makanan laut itu.
2. Makanan untuk otak: Telur
Ramai yang anggap telur sebagai makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya, tanggapan ini adalah salah! Telur merupakan makanan yang kontroversi kerana mempunyai kolesterol yang tinggi.
Walaupun begitu, telur masih lagi merupakan makanan yang sihat dan sering menjadi sumber protein pilihan individu yang berdiet.
Telur mengandungi kolin yang penting untuk hippocampus, pusat memori pada otak. Ibu mengandung juga digalakkan makan telur supaya otak anak dapat berkembang dengan sihat.
Ads
Selain itu, telur juga kaya dengan vitamin B7, B12 dan juga asid folik.
3. Kacang mengandungi nutrisi untuk otak
Kacang juga terbukti boleh bantu buatkan otak lebih cerdas! Kacang, terutamanya kacang walnut, mempunyai banyak protein dan lemak yang baik untuk otak cerdas.
Selain itu, walnut juga mempunyai asid lemak omega-3 dan alpha linoleic acid (ALA) yang dapat bantu turunkan tekanan darah. Peminat kacang boleh mendapat 2 kebaikan sekali gus daripada tabiat makan kacang kerana ia bukan sahaja baik untuk otak, tetapi juga untuk hati anda!
4. Makanan untuk otak: Coklat
Coklat, terutama sekali coklat gelap bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap. Malah, ia padat dengan antioksidan yang boleh melindungi kita daripada radikal bebas. Flavonoids, sejenis antioksidan, boleh bantu kuatkan memori dan perlahankan penyakit mental yang disebabkan umur.
Coklat juga merupakan sejenis mood booster. Jika anda rasa jengkel sepanjang hari, cuba makan coklat! Pasti ia boleh buatkan hari anda bertambah ceria.
Ads
5. Minum teh atau kopi untuk ingatan lebih kuat
Ramai yang anggap minum teh atau kopi tidak mempunyai sebarang manfaat terhadap kesihatan. Namun, kafein mempunyai kebaikannya yang tersendiri yang mungkin anda tidak tahu!
Menurut sebuah kajian, minum kopi atau teh pada waktu pagi bukan sahaja boleh bantu anda fokus dalam jangka masa pendek, malah ia juga boleh bantu kuatkan ingatan anda!
Tambah lagi, individu yang minum lebih banyak kafein ketika ingin ambil peperiksaan didapati mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian yang menguji kekuatan mental!
Makanan tidak akan buatkan anda bijak serta-merta
Jangan anggap makan secara sihat boleh tiba-tiba buatkan anda pandai atau mampu berfikir dengan pantas secara tiba-tiba! Anda tidak akan jadi genius walaupun setiap hari makan ikan yang kaya dengan omega-3.
Anda masih perlu amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, tidur yang cukup, dan makan makanan yang mempunyai nutrisi untuk otak secara konsisten. Barulah kesannya dapat dirasai!
Samalah seperti makan lobak merah yang katanya boleh buatkan mata menjadi sihat. Walau banyak manapun anda makan lobak merah, mata anda tidak akan jadi lebih baik daripada keadaannya sekarang.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak ibu ayah alami situasi anak berebut mainan. Kadang mainan banyak pun, yang satu tu juga anak nak. Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak-anak. Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis, memang boleh hilang kesabaran ibu ayah.
Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, ini cara yang boleh ibu ayah buat dan tenangkan anak jika alami drama anak tak nak berkongsi.
Angkat tangan berapa ramai dari anda yang berkata:
“Jangan pukul adik !”
” Berhenti berebut !”
” Abang kan dah besar, mengalahlah dengan adik ”
” Banyak mainan mama beli, mainan ni juga korang nak berebut kan? ”
Ya, saya pun angkat tangan juga tau. Er…apa yang tak kena dengan ayat-ayat di atas tu? :
Bahagian fikiran kritikal otak anak seperti rasa empati, logik, alasan dan sebab kepada sesuatu hal belum berkembang elok.
Ayat-ayat di atas tidak menjawab: Kenapa tak boleh pukul? Kenapa tak boleh berebut? Kenapa saya yang kena mengalah? Saya memang nak main yang ini, jadi kenapa saya tak boleh berebut mainan ni?
Otak anak kecil obses untuk mengawal.
Tahu apa rasanya bila kita mula-mula dapat kuasa, ilmu atau kedudukan kepada sesuatu? Saya bagi contoh mudah je. Bila kita mula jadi ibu. Wah, panas betul hati kita bila orang sekeliling pandai-pandai nak tentukan apa yang boleh atau tak dengan anak kita. Wah, sakit hati kita bila orang suka hati je pegang, ambil dan urus anak kita tanpa minta izin. Kan?
Kita jadi obses untuk ‘take control’. Begitulah juga dengan anak kecil terutamanya toddler kerana merasa sentiasa dapat kesedaran baru tentang diri mereka seperti: Wah, rupanya saya boleh menolak orang sampai terjatuh! Wah, tak sangka tangan saya cukup kuat untuk merampas benda.
Skil motor dan perkembangan fizikal anak yang lebih laju berbanding kebagusan fahaman otaknya buat SEMUA ANAK bertukar agresif pada sesuatu tahap usia.
Ini punca toddler sangat bersikap ‘impulsive’ (tak berfikir, semberono, spontan).
Maka: respon kita sebagai orang tua kena betul serta perkataan yang kita ucapkan juga perlu sesuai.
Ini contoh skrip sesuai untuk situasi rebut-merebut anak.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI PANEL DOKTORBUDAK.COM THB EDU ASSC DBL INSTITUTE THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suprisingly, ia boleh jadi petanda yang baik bahawa anak ‘securely attached’ dengan kita.
Kita adalah tempat yang anak rasa selamat untuk mereka zahirkan emosi yang sebenar.
Bila dengan orang lain, anak jadi macam dinding empangan yang menahan air. Kalau ada emosi negatif nak keluar sekalipun, akan ditahan sebaik mungkin. Stres sebenarnya proses ni untuk anak.
Yet, they are trying to be on their best behavior; Tiba-tiba jadi helpful, lebih mudah bekerjasama dan mau ikut cakap.
Tu sebab bila nampak je wajah insan yang mereka rasa ‘secure emotionally’, terus ’empangan tu pecah’. Lalu keluarlah segala emosi yang ditahan. Dan terpaparlah perangai anak yang sebenar.
Kalau dahulu, anak-anak lelaki tidak dibenarkan menangis. Seandainya dibuat juga, mereka akan dianggap lemah. Anak lelaki sepatutnya kuat dan tabah sekiranya ada masalah atau mengalami sebarang tekanan.
Sebenarnya menangis adalah sesuatu yang normal. Ia terhasil daripada perasaan sedih atau emosi yang terganggu dengan tekanan. Tidak salah jika anak-anak lelaki mahu menangis kerana itu adalah satu cara untuk menunjukkan perasaan mereka.
Saya bukan ibu yang jenis sorok kan emosi. Kalau nak nangis, saya nangis je depan anak. Kadang-kadang, sengaja mintak anak pujuk. Saya bukan jenis yang macam dalam drama Melayu tu. ‘Eh takla. Mama tak nangis, mata masuk habuk je’.
Saya macam dalam hindustan. Kalau gaya sedih sangat, sampai anak pun ikut menangis peluk saya. Kadang-kadang, menangis sebab tengok movie sedih je. 😂 Biarlah apa orang nak kata.
Asalkan saya dah tak payah rasa segan dah kat siapa-siapa kalau menangis tengok movie. 🙈 Yang kedua, sebab saya taknak anak saya anggap yang menangis ini sikap orang lemah. Saya nak anak tau, sedih ni emosi normal seorang manusia. Saya taknak anak lelaki saya mewarisi mindset ‘lelaki mana boleh nangis’.
Saya kesian tengok kawan-kawan lelaki saya dulu. Diam-diam simpan tekanan. Bertahan sorang-sorang demi nak kekal dilihat kuat.
Sedangkan, mampu menzahirkan emosi adalah sesuatu yang sihat. Yang tak sihat, bila berlarutan tak surut-surut. Saya nak anak-anak saya juga aware dengan perasaan orang. Tau nak buat apa nak bantu orang yang tengah beremosi.
Macam apa yang diorang selalu buat kat saya. Nampak je saya letih, muka macam sedih, anak datang usap pipi saya dan senyum. Terutama yang nombor 2 tu. Hilang letih saya bila dia bertanya, “Nak Aqlan tolong?”.
Tak apalah menangis depan anak pun. Nanti, kita balik yang tersenyum bila melihat anak kita tiru cara kita memujuk mereka.
Jangan lupa, children see, children do. It’s OK to show your emotion. Ambil peluang untuk tunjukkan pada mereka, bagaimana kita berkongsi perasaan dan regulate emosi dengan baik. Jangan nangis teruk sangat pulak depan anak. Nanti terdera pula emosi mereka.☺️
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.