Berat tak naik, datang haid macam biasa dan tiada apa-apa alahan, pergi hospital terus doktor buat keputusan bersalin. Pelik namun itu terjadi kepada seorang wanita muda dari Missouri, Amerika Syarikat (AS) yang tidak tahu dirinya hamil hingga pergi ke hospital kerana mengalami kekejangan perut dan pulang ke rumah selepas melahirkan bayi.

Buat pembedahan keluarkan

7news.com melaporkan Abby Vollet, 22, melahirkan bayi perempuan Khalani, 11 bulan, pada 30 Mac tahun lalu melalui pembedahan ketika usia kandungan 35 minggu.

Dia sebelum itu langsung tidak mengetahui bahawa dia hamil.

Pada mulanya, penuntut sepenuh masa dan pekerja jagaan harian itu pergi ke hospital dengan kekejangan perut yang teruk, sebelum mengetahui kemudian dirinya hamil.

“Berat Tak Naik, Haid Macam Biasa.” Tak Tahu Hamil Sehingga Dah Nak Bersalin
Kredit Foto: Agensi

Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan dan dalam tempoh 20 minit, Abby melahirkan anak perempuannya, Khalani.

“Saya tidak tahu bahawa saya hamil. Saya tidak mengalami sebarang gejala dan berat badan saya tidak bertambah.

“Tiada siapa menyangka jadi begini. Kesakitan bermula dengan sedikit kekejangan perut.

IKLAN

“Kesakitan bertambah teruk sepanjang hari hingga saya tidak boleh bergerak, jadi ibu saya Cindy, yang berusia 54 tahun, membawa saya ke hospital.

“Saya menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan doktor memberitahu saya hamil. Saya ingat lagi yang saya beritahu doktor bahawa ia tidak benar. Saya sangat terkejut,” katanya.

Pada mulanya doktor menganggarkan bahawa Abby hamil kira-kira 20 minggu, tetapi mengesahkan usia kandungan antara 35 hingga 37 minggu selepas pembedahan.

“Saya mengalami pembedahan kecemasan dan dalam masa 20 minit bayi saya berada di sini,” katanya.

“Pada mulanya saya berasa sangat malu kerana saya akan menjadi ibu muda dan tunggal. Saya juga enggan melihat bayi saya untuk beberapa hari pertama,” katanya.

Apabila Abby memberitahu rakan-rakannya apa yang berlaku, mereka menyangka dia bergurau kerana dia berkongsi kisah itu menjelang April Fool’s Day.

IKLAN

Tiada apa-apa perubahan diri

Menurut Abby, tiada siapa percaya ia boleh berlaku kerana berat badannya tidak bertambah.

“Doktor berpendapat kandungan saya pasti berada di kawasan belakang tulang rusuk kerana tiada benjolan dan saya tidak pernah berasa sebarang tendangan,” katanya.

“Saya juga mendapat haid seperti biasa dan saya selesa memakai semua pakaian sederhana saiz saya sepanjang proses kehamilan,” katanya.

Kredit: Metro

ARTIKEL MENARIK [“Satu Huruf Senang Ingat.” Suami Isteri Beri Nama Empat Anak V, J, L Dan N]

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK [Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Terpaksa ‘Jual’ Bayi Baru Lahir Selesaikan Hutang]

“Berat Tak Naik, Haid Macam Biasa.” Tak Tahu Hamil Sehingga Dah Nak Bersalin

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI