Nama yang diberi pada anak-anak dianggap satu doa untuk mereka. Sebab itu sebaik-baiknya biarlah nama tersebut mempunyai makna yang elok. Bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri ini mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja untuk menamakan empat orang anak.

Menurut Berita Jatim, Sukari dan Wahyuningsih dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2). Kisah mereka ini menjadi tular kerana belum ada lagi pasangan yang meletakkan nama anak dengan satu huruf.

BACA [Ibu Terkedu Lahirkan Bayi Perempuan Sama Berat Dengan Timbangan Bola Boling]

Nak senang ingat

Kongsi Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka.

“Satu Huruf Senang Ingat.” Suami Isteri Beri Nama Empat Anak V, J, L Dan N

IKLAN

“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.

“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.

Yakin bawa rezeki untuk seisi keluarga

Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.

“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.

IKLAN

“Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya. – Agensi

Kredit: Agensi ; Kosmo

ARTIKEL MENARIK [Modal Dalam RM7.90, Lelaki Ini Kongsi Cara Berkesan Bunuh Lipas Dalam Kereta!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Ahli Farmasi Pesan, Ubat Demam Bila Dah Buka Jangan Simpan Dalam Peti Sejuk!]

IKLAN

“Satu Huruf Senang Ingat.” Suami Isteri Beri Nama Empat Anak V, J, L Dan N

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI