Semua yang sudah mendirikan rumah tangga bukan sekadar berdoa agar suami terdiri daripada orang yang baik-baik tetapi juga mahu dikurniakan ibu ayah dan keluarga mentua yang penyayang dan baik.
Tentu ramai di antara kita yang pernah terdengar, terbaca atau terlihat kisah sedih orang lain yang dikurniakan mentua yang membenci mereka.
Bukan itu sahaja ada juga yang turut dibenci oleh ipar duit. Sudahnya rumah tangga yang dibina jadi tidak bahagia dan hidup seperti dalam neraka.
Kalau tonton drama yang sedang popular sekarang ini iaitu Jangan Menangis Cinta lakonan Aamyra Rosli dan Remy Ishak, rasa takut tengok kelakuan keluarga mentua Riyana yang membenci menantunya itu. Mohon dijauhkan daripada ujian seperti itu kepada kita semua.
Isu menantu dan mentua tidak sefahaman atau saling bermusuhan bukan perkara baru dalam masyarakat.
Bila sudah bergelar ibu dan ada anak, satu hari nanti InsyaAllah giliran kita pula yang akan bergelar mentua dan mendapat menantu.
Tentu sahaja kita mahukan anak kita bahagia mendapat bakal suami atau isteri yang baik sekaligus menjadi menantu yang baik.
Ads
Tertarik menonton video dan perkongsian daripada usahawan wanita terkenal Rozita Ibrahim yang lebih mesra dengan panggilan Bonda Rozita tentang hubungan kekeluargaannya yang akrab.
Ibu kepada usahawan terkenal Dato Aliff Syukri ini juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dan mesra dengan menantunya Datin Shahida.
Ads
Rupa-rupanya ada doa dan amalan yang dilakukan oleh Bonda Rozita supaya dirinya bahagia sebagai mentua dan sentiasa baik dengan menantunya.
“Semoga jadi contoh ikutan pada anak-anak”
Raya nak habis , ni saja aktiviti raya kami tahun ni – beraya 4 hari saje meraikan family sana sini – lepas tu kerja balik – Keluarga suami bonda kuala ketil kedah , sy paling riuh dan jarang balik – adik @maryam.nur.amani @nurainsufiah cucu yg paling suka berulit dgn atok
Bermenantukn ushawan yg sgt sibuk mmg x banyak masa nak balik kampung – masa arwah Mak sy ada pun , sy jarang balik kampung – sy sanggup belikan rumah supaya dekat dgn sy ….supaya sy ada masa dekat dgn mereka ..!!
Ads
Satu amalan sy dgn mana2 family prinsip sy ” sy akan datang bawa rahmat bukan bawa bala – sy akn pastikan kedatangan sy menyenangkan mereka – sy akn kemas rumah – belikan barang masak – perabut atau ganti langsir rumah ” kenapa sy buat macam tu ..?? Sbb sy jarang balik – sy anggap dia percutian ibadah dn sedekah yg sy ciptakan
Sy berazam nak jadi menantu yg baik kepada mertua supaya Allah akn kasi sy menantu yg baik juga pd sy – Sy percaya semua perlakuan akan ada pembalasan – lagi satu sy harapkan semoga apa sy buat ia jadi contoh kpd anak2 sy
Sy lihat benda paling pedih dlm family ialah menantu dan mertua yg bermusuhan
Tiada yang mustahil dalam rumah tangga jika suami atau isteri saling membantu dan bertolak ansur. Ingat apabila dah berkahwin semua urusan rumah tangga dan membesarkan anak perlu sama-sama.
Bagi suami yang ada kelebihan memasak, sekali sekala apa salahnya tunjuk skil itu dan hidangkan air tangan ayah pula pada anak. Kalau tak pun, bantu urus kerja rumah atau jaga anak pun kira ok.
Perkongsian dari seorang bapa dan juga suami, Dr Syahr Musafir ini boleh memberi inspirasi pada pasangan suami isteri untuk sentiasa membantu demi kebahagiaan keluarga.
Ini rahsia saya…
“Bangun pukul berapa nak masak-masak sarapan pagi dan bekal sekolah ni?” Ini satu soalan yang selalu ditanyakan.
“Bangun awal, tak rasa penat ke? Makan apa supaya tak rasa mengantuk apabila kerja….” juga salah satu soalan paling popular.
Jawapannya,
1) Bangun awal. Jam berapa? Saya cerita di bawah.
2) Kalau tak penat tu bukan manusialah. Mestilah kepenatan itu wujud dan dirasa. Tetapi bukan penat itu yang sebenarnya patut difikirkan…
Begini ceritanya,
Sekitar bulan November hingga Disember 2017, kami sedang menyiapkan barang persekolahan Along ST yang akan melangkah ke Tahun 1 pada Januari 2018, ketika itu saya fikir apabila Along mula bersekolah, anak ketiga kami Aboy (akan) berusia 1 tahun 1 bulan, masih menyusu badan.
Sebagai seorang ayah, saya mahu anak ke sekolah dengan bersarapan terlebih dahulu di rumah sebelum ke sekolah. Malah, saya fikir, bekalkan anak dengan makanan dari rumah adalah lebih baik daripada membeli makanan di kantin/luar.
Namun, sebagai seorang suami, saya tidak rasa idea untuk membiarkan isteri saya bersusah di dapur dengan kapasiti Aboy yang masih menyusu badan itu adalah idea yang baik. Maka, saya buat keputusan lebih baik saya yang memasak sarapan sekaligus bekal untuk anak sekolah.
Thus, the struggle begins.
Susah pada mulanya, tetapi setelah terbiasa, jadi ringan, mudah dan sekarang (setelah lebih 2 tahun melakukannya), saya jadi seronok! Subhanallah.
Rahsia saya,
1) Bangun pagi ikut ‘menu’ makanan yang akan dimasak.
Ada menu yang susah atau memakan masa untuk memasaknya (contoh kek, perlu bakar atau kukus lama), maka saya bangun sekitar 4.30 atau 4.45 pagi.
Ada menu yang senang (contoh nasi goreng), saya bangun sekitar 5 atau 5.15 pagi.
Ada menu yang boleh dimasak dengan cepat tetapi penyediaan bahannya agak cerewet (contoh nak buat mi kari atau potato salad), ada bahan-bahan yang saya sediakan malam sebelum tidur dan bangun sekitar 5 pagi esoknya untuk memasak.
Ada masanya ‘terbabas’ maka kelam-kabutlah memasak, tetapi Alhamdulillah Allah mempermudahkan semua urusan.
Ya, saya rancang apa nak masak esok paginya pada petang atau malam sebelum itu. Dah ada idea dah, jadi senang. Paginya bangun terus masak, tak perlu mengelamun cari idea.
2) Menunaikan solat sunat, sekurang-kurangnya 2 rakaat, sebelum mula memasak.
Sedar dari tidur, bangun, cuci muka dan ambil wudhu’, tunaikan solat. Sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Biasa saya buat 2 rakaat solat sunat tahajjud. Jika ada masa, tambah 2 rakaat solat sunat taubat. Jika masih ada masa, tambah 2 rakaat solat sunat hajat. Dan ‘tutup’ dengan solat sunat witir, ikut keadaan.
Percayalah kata saya, pagi yang dimulakan dengan solat qiyamullail itu buat saya cergas, bertenaga, seronok, gembira dan tak penat, bukan sekadar masa memasak pagi sahaja, tetapi sepanjang hari.
Berbeza sangat dengan pagi/hari tak buat solat sunat, ada je benda tak kena. Penat tu salah satu benda yang berlaku. Rasa lemah badan. Terkadang jadi moody, tak ada mood.
Tetapi hari solat, tak rasa susah pun. Kita minta Allah mudahkan urusan kita, maka Allah mudahkan. Subhanallah.
Jadi 5 hari anak-anak bersekolah, maka sekurang-sekurangnya 5 pagi/malam/hari saya dapat tunaikan qiyamullail. Dulu agak payah juga, sekarang mudah. Dah jadi rutin.
Jangan risau, memang sempat je ke surau atau masjid. Mahu atau tak mahu je.
3) Masak resepi yang ringkas, bagi saya. Saya tak suka yang susah-susah, maka saya customize resepi ikut selera kami sekeluarga sahaja.
Orang lain masak bihun goreng letak itu ini, wajib blend cili kering segala bagai, saya pilih resepi bihun goreng Singapura yang tak perlu guna cili kisar tetapi sekadar bawang dan black pepper saja. Orang lain masak spageti sos tomato kena buat itu ini jadi rumit, saya pilih memasak spegati aglio e olio yang guna minyak zaitun, chilli flakes dan bawang putih je. Pilih yang memudahkan.
4) Saya kongsi di Facebook, dengan tujuan mahu naikkan semangat sendiri.
Saya share gambar, celoteh atau resepi, ada orang Like dan Komen, saya rasa seronok. Tak kisahlah walaupun tak ramai yang Like, saya anggap perkongsian saya tak negatif, tak buruk, of course niat LillahiTaala, maka saya share.
Secara jujurnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah Like dan Komen (dan Share), sebab anda semua memberi semangat kepada saya untuk terus istiqamah memasak sarapan pagi sekeluarga dan bekal sekolah anak-anak. You guys are awesome!
5) Pelbagaikan menu, supaya kita sebagai tukang masak, tak rasa jemu nak memasak.
Saya benar-benar pelbagaikan.
Masakan Melayu, Cina, Barat, India, pelbagai. Semalam masak mi, hari ni sediakan roti, esok sediakan pasta. Gilir-gilir, selang-seli, tukar-tukar.
Bahkan apabila kita buat sebegini, kita jadi kreatif, kita jadi seronok, kita boleh cari idea baru, saya jadikan aktiviti dengan anak-anak mencari resepi dan idea masakan, macam-macam. Jadi teruja, seronok dan mengeratkan hubungan.
6) Sebagai suami, isteri menjadi support kuat saya. Isteri tak komplen masakan tak sedap ke, tetapi diam saja.
Lama-lama si suami ni belajar sendiri rasa itu dan menambahbaikkan rasa sendiri. Isteri saya bangun awal pagi juga, saya masak isteri solat atau lipat baju atau kemas rumah…
Sebagai seorang lelaki, ibu saya support saya memasak untuk keluarga saya. Ini juga support kuat. Ibu perlu beri galakan kepada anaknya (kita) untuk memasak, bukan komplen menantu (isteri kita) tak memasak.
Anak-anak pasti support punya. Saya ni, masak apa pun, setiap hari anak-anak kata saya masak sedap. Perghhhhhhh, seronok weyyyyy.
7) Semestinya semua ini perlu dilakukan dengan niat yang baik.
Niat lillahi taala, pastilah terbaik.
Niat bantu isteri, terbaik.
Niat masak makanan sihat untuk keluarga, terbaik.
Niat tak nak guna MSG segala tu, terbaik.
Niat jimatkan duit, terbaik.
Niat ibadah sama ada solat, masak, urus keluarga, semua ini terbaik.
Niat nak ikut sunnah Rasulullah menyantuni keluarga dengan baik, terbaik.
Niat semua yang baik-baik, Allah pasti bantu.
Dan satu perkara penting juga, lakukannya dengan baik. MasyaAllah, kita rasa seronok sebab rasa dekaaaaaat dengan Allah. Amalan menyantuni keluarga dengan baik, termasuk memasak ini, adalah amalan ajaran Rasulullah SAW, kan?
Allah pasti bantu memudahkan.
Dan sekarang ini, anak-anak sudah tahu, setiap pagi nampak hidangan terhidang, anak-anak akan bantu ambilkan pinggan, sediakan sudu garfu, ambilkan gelas, duduk sama-sama menikmati makanan yang disediakan.
Sebelum anak mula sekolah rendah, saya ada juga masak. Kadang-kadang je la, sebab isteri nak masak. Sekarang ni pun isteri nak masakkan sebab tak nak susahkan saya, tetapi saya minta isteri beri peluang saya pun nak buat kebaikan untuk keluarga juga. Saya masak pagi, isteri masak tengah hari/malam. Kerjasama dengan penuh kasih sayang gittewww.
Kepada yang belum follow dan nak resepi best, tekan follow FB Syahr Musafir ye.
Kenapa ujian RTK-AG kejap negatif, kejap positif. Mana satu keputusan yang betul ni? Kebelakangan ini ramai yang mengadu kit ujian antigen (RTK-AG) yang mereka buat tidak memberikan keputusan yang tepat.
“Haritu buat ujian RTK negatif, tapi hari ni buat PCR positif pulak. Eh, main tipu nampak!”
Sudahlah kita berdebar menunggu keputusan ujian kendiri disebabkan kontak rapat atau tiba-tiba bergejala, tetapi bila buat keputusan macam tak meyakinkan. Mulakan terfikir sama ada kita yang salah buat ujian atau kit ujian antigen dah ‘pening’.
Memandangkan varian Omicron semakin mengganas dan kes Covid-19 juga semakin meningkat ke angka yang membimbangkan, jadi eloklah kiranya kita memahami betul-betul kaedah sebenar untuk melakukan ujian kendiri.
Penjelasan daripada Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya wajar diberikan liputan kepada masyarakat supaya masing-masing lebih memahami bagaimana keputusan ujian kendiri dapat memberikan keputusan yang tepat.
Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi.
Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi? Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba2 bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) : * Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu. * Buat ujian apabila bergejala * Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Kalau ibu ada persoalan tentang pelbagai komplikasi popular waktu mengandung dan apa patut buat dan tak patut buat pada baby baru lahir jangan lepaskan peluang mendengar penjelasan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh University of Essex, didapati bahawa anak perempuan yang mempunyai ibu-ibu yang selalu membebel lebih cenderung untuk berjaya daripada mereka yang mempunyai ibu yang terlalu “sporting’ ataupun terlalu terbuka.
Kadang-kadang ibu menjadi seperti singa hanya untuk mengingatkan anda tentang sesuatu. Anda terpaksa mendengar bebelan-bebelan, peringatan atas perkara yang anda telah lakukan dan dirasakan salah. Yup, Sebenarnya semua bebelan itu berbaloi buat anda.
Kajian ini dilakukan lebih daripada 15,000 gadis remaja berusia 13 tahun dan 14 tahun selama enam tahun. Hasilnya mendapati bahawa wanita muda yang mempunyai ibu bapa (biasanya ibu) yang sentiasa mengingatkan anak tentang tugasan, sekolah, dan tanggungjawab, anak lebih cenderung untuk masuk ke kolej dan mempunyai pekerjaan (bergaji tinggi).
Untuk anak mempunyai masalah disiplin dan berkahwin pada usia remaja juga kurang. Mengongkong tidak semestinya datang dalam bentuk yang anda fikirkan, tetapi mempunyai lebih banyak hubungan dengan menetapkan harapan yang konsisten sebagai orang tua. Salah satu perkara yang ditemui semasa kajian dilakukan yang mungkin mengejutkan anda adalah kanak-kanak sebenarnya sedang mendengar apa yang anda “bebelkan” walaupun anda menganggap mereka ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ketua kajian, Ericka G. Rascon-Ramirez mengatakan tak kira apapun, ibu bapa yang akan tetap mempengaruhi keputusan.
“Dalam banyak kes, kami melakukan apa yang kami percaya adalah lebih mudah bagi kami, walaupun ini adalah terhadap kehendak ibu bapa kami. Tetapi tidak kira betapa kerasnya kami cuba menghindari cadangan ibu bapa kami, kemungkinan besar mereka akhirnya mempengaruhi, dengan cara yang lebih halus, pilihan yang kami anggap sangat peribadi. “
Ia seolah-olah apa yang dicipta oleh ibu bapa menjadi piawaian dalam minda anak-anak mereka. Tindak balas remaja biasa yang kami terima bertindak hanya sebagai topeng bagi mereka. Mereka sebenarnya tak suka dengar ibu membebel, tetapi sebenarnya bebelan mak tetap menjadi!
Penyelidik juga mendapati bahawa perempuan yang bukan pelajar terbaik tetapi mempunyai ibu yang ketat atau “megongkong” dapat mengurangkan kadar kehamilan remaja sebanyak 4%, yang agak tinggi (walaupun jatuh) di Britain dan Amerika Syarikat.
Disaat kita mungkin merasa seperti kita tidak dihormati, atau sombong, kadang-kadang kita seperti tergiang suara ibu sendiri (atau bapa) mengingatkan kita tentang apa yang perlu dilakukan atau apa yang tidak boleh dilakukan. Betul tak?
Cuma sebagai ibu bapa, elakkan daripada merenung kesilapan anak anda. Bantulah anak anda untuk Berjaya.
Dalam kehidupan anda sendiri, adakah anda percaya penemuan kajian ini benar? Adakah ibu anda membesarkan anda seperti ini? Adakah anda seorang ibu bapa yang “memaksa” dalam membesarkan anak perempuan?