“Berbesar Hati Umumkan Kelahiran Anak Kami” Priyanka Chopra, Nick Jonas Timang Anak Pertama!

Share

Selepas tiga tahun melayarkan bahtera perkahwinan bersama, pasangan selebriti Hollywood, Priyanka Chopra, dan suaminya penyanyi terkenal Nick Jonas, mengumumkan kelahiran bayi pertama mereka.

Sama seperti pelakon Preity Zinta, bekas ratu cantik dunia ini juga turut sama menggunakan khidmat ibu tumpang untuk kelahiran bayi sulung mereka.

Menerusi Instagramnya, pelakon terkenal Bollywood ini berkongsi perkhabaran gembira itu buat semua pengikutnya. Malah Nick Jonas juga turut berkongsi kapsyen yang sama, mengumumkan kelahiran itu.

“Kami berbesar hati ingin mengumumkan kelahiran anak kami melalui ibu tumpang.

“Kami ingin meminta untuk tidak diganggu pada waktu istimewa ini supaya kami dapat memberi fokus kepada keluarga kami.

“Terima kasih semua,” tulisnya ringkas di Instagram.

Sehingga kini, aktres yang juga pernah memenangi anugerah Miss World Continental Queen of Beauty of Asia ini masih belum berkongsi wajah comel kesayangannya dan suami malah meminta diberikan ruang untuk bersama bayi mereka.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Terdahulu, Priyanka dan Nick berkahwin di India pada Disember 2018 dalam acara dua hari yang menyaksikan upacara mengikut agama Kristian dan Hindu.

Pasangan itu kini menetap di Los Angeles bersama tiga anjing mereka Diana, Gina dan Panda. Semoga kelahiran bayi pertama menyerikan lagi kehidupan pasangan ini.

Menarik: Usia Kandungan Masuk Trimester Ketiga Tak Lama Lagi, Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN