Musim cuti sekolah ini, bawalah anak-anak bercuti bersama-sama untuk mencipta bonding dan kenangan ketika anak membesar. Semua ini bukan sahaja memberi keseronokkan bahkan anak-anak boleh belajar sesuatu dari percutian itu.

Pun begitu jangan biarkan anak merasa tertekan dengan setiap perjalanan yang kita cipta. Mengapa? Ikuti perkongsian lanjut dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini dan apa perlu mak ayah buat untuk menjadikan percutian lebih happening dan bermakna.

Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya. Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.

Bercuti Dengan Anak-Anak Biar Anak Enjoy, Jangan Paksa Itu & Ini!

 

Tidak semestinya. Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.

Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.

Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.

Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.

Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.

Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.

IKLAN

Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.

Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.

Bercuti Dengan Anak-Anak Biar Anak Enjoy, Jangan Paksa Itu & Ini!

Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.

Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.

Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.

Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?

IKLAN

Bercuti Dengan Anak-Anak Biar Anak Enjoy, Jangan Paksa Itu & Ini!

 

Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:

■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)

■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)

■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)

IKLAN

■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.

■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.

■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.

■ Membaca buku cerita yang menarik dan menjawab soalan mereka tentang cerita berkenaan. Kemudian bertanya apa mereka faham tentang cerita itu.

Dan banyak lagi. Di rumah, sedang bercuti, atau di mana-mana sekalipun, pastikan akan ada aktiviti ini. Barulah “bonding” yang sihat akan terbentuk.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Bercuti Dengan Anak-Anak Biar Anak Enjoy, Jangan Paksa Itu & Ini!

Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai.

Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI