Serba boleh! Itu istimewanya adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang tular kerana kepetahannya bercakap sehingga digelar wartawan cilik selepas memuat naik video penemuan seekor ular sawa secara langsung di media sosial.
Pandai memasak, pernah terima tempahan
Namun, sebalik sifat keanak-anakan itu, Muhammad Haziq akan bertukar menjadi ‘dewasa’ apabila dia mula masuk dapur dan memasak pelbagai menu serta juadah makanan sama ada untuk dijual atau dimakan bersama keluarga.
Difahamkan, jika memasak dia tidak membenarkan sesiapa masuk ke dapur kerana ‘tugas’ itu akan dilakukannya seorang diri dan hasil air tangan kanak-kanak terbabit kemudian akan dikongsi bersama ahli keluarga serta jiran.
Muhammad Haziq yang menghidap penyakit talasemia sejak lahir berkata, dia pernah menerima tempahan untuk membuat roti dan burger Malaysia daripada doktor yang merawatnya untuk dijamu kepada kakitangan hospital.
“Saya memang gemar memasak dan mempelajarinya melalui saluran Youtube seorang chef tempatan dan akan berkongsi video masakan yang ada antaranya turut dijual kepada pelanggan.
“Minat saya ini diketahui guru serta rakan-rakan di sekolah hingga ada yang memanggil nama saya Chef Haziq,” kata murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau.
Selain memasak, minat menanam dan pelihara haiwan
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penghulu Tua, dekat sini, kanak-kanak terbabit turut menunjukkan kemahirannya memasak kambing perap menggunakan sos ciptaan sendiri.
Menurutnya, selain memasak dia juga turut menanam sendiri sayur seperti kangkung dan bayam di belakang rumah serta gemar memelihara kucing dan arnab.
Antara masakan kanak-kanak terbabit ialah kek marble, garlic bun serta pelbagai lagi menu malah donut dihasilkannya turut diletakkan di kedai kuih untuk dijual.
Belajar dari Youtube
Sementara itu, ibunya Nur Shakila Zainol, 33, berkata dia dan suami tidak tahu yang anak sulung daripada dua beradik berkenaan memiliki kelebihan memasak yang hanya dipelajari melalui Youtube.
“Bagaimanapun, kami hanya mengikut apa yang diminatinya dengan memberi sokongan dan bagi saya masakan paling sedap yang dimasak anak ialah nasi ayam dan siakap tiga rasa. Jika teringin, kami akan minta anak masak namun dia tidak akan membenarkan sesiapa masuk ke dapur selagi juadah dimasaknya belum siap,” katanya.
Muhammad Haziq mula meraih perhatian apabila dia memuat naik video penemuan ular sawa dalam longkang di Pasar Bukit Selambau dengan turut membuat ulasan secara langsung sehingga tular di media sosial.
Video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu dikatakan menarik kerana kepetahan Muhammad Haziq yang bertutur dengan lancar seolah-olah pengulas berita.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun isterinya Asmani Mat, 31, dituduh kelar anak bongsu mereka sehingga mati tetapi, Muhammad Rizal Jusoh tetap memberi kata-kata semangat dan menenangkan isterinya
ketika dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh.
Asmani Mat, 31 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Temerloh atas tuduhan membunuh anak bongsunya, Muhammad Nur Rashdan di sebuah rumah di FELDA Jengka 13, Maran Ahad lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabtikan kesalahan.
Muhammad Rizal yang hadir bersama beberapa ahli keluarganya sempat berjumpa dengan isterinya dan menenangkannya sebelum prosiding bermula.
Asmani yang berbaju lokap dan bertudung jingga kelihatan tenang serta mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa kepadanya di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tingi, Ti Pei Si.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bharu untuk pemeriksaan
psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Siti Hajar berkata, Asmani menunjukkan simptom masalah psikiatri serta tidak fokus sejak dibawa menjalani prosiding pertuduhan.
Pihak pendakwaan syak tertuduh mengalami masalah mental dan perlu melalui pemeriksaan.
Malang memang tak berbau, tapi selagi boleh elak kita elakkan perkara buruk yang boleh berlaku. Kadang memang dah beringat nak kunci pintu tiap kali menunggu seseorang dari dalam kereta, tapi tu lah dah beringat pun ada ketikanya lupa juga.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Sarah Samat, satu kejadian yang cukup mencemaskan apabila dia dan anaknya yang masih kecil sedang menunggu suami ke bank. Dengan tidak semena-mena datang seorang lelaki membuka pintu keretanya meminta duit.
Walaupun duit yang diminta tidaklah seberapa, tapi ia turut mengundang bahaya buat dirinya dan anak kecil yang berada di belakang. Lebih menakutkan lelaki tersebut turut cuba untuk membuka pintu belakang kereta tapi nasib baik, wanita ini sudah mengunci kereta tersebut setelah kali lelaki tersebut membuka pintu di hadapan sebelumnya. Hati-hati ya semua!
TAK LOCK PINTU KERETA
Ya allah Ya allah Ya allah… Rasa berdebar, menggigil tak abis lg dari tadi.. alhamdulillah Allah masih pelihara aku & anak2..
Kejadian baru je jadi tadi, dlm pukul 8-8.30pm. Kitaorg 1 family nk keluar g jusco, nak beli barang. Husband berhenti sekejap depan Maybank Kapar, nk keluarkqn duit. Silap aku jgk tak terus lock pintu masa dia keluar 🤦🏼♀️.
Tiba2 ada sorang lelaki bangsa india naik motor honda putih tak silap aku, berhenti sebelah kereta & dgn slamber buka pintu depan. Aku yg duduk 2nd row secara spontan menjerit “hoii nak apa”!!. Terkial2 aku nk buka seatbelt, terus jengah ke depan. Dia kata ada sepuluh ringgit tak, aku cakap takde2. Cepat2 terus tutup pintu & lock.
Org tu tak beredar lg, dia nampak plak stella duduk kt carseat dia tepi tingkap tgh pegang hp tgk didi. Dgn berani nya dia cuba buka pintu kali kedua 😠. Nasib pintu dh lock, aku dgn sepantas kilat tekan hon kuat & lama. Org tu dh gabra, kelam kabut cabut. Pastu husband pn keluar dari bank, tp tak tau cerita lg..
Tak dpt bayang kalau dia ada pegang besi ke kayu, buatnya dia pecahkan cermin ke. nauzubillahiminzalik..
Kejadian ni berlaku tak sampai seminit pn husband turun kereta, kena berhati2 sentiasa. Keadaan sekarang tak mcm dulu. Banyak org jahat, tak kira bangsa apa pun.