Berjayakah Ramona Bergambar Dengan Suami Masa Anak Tidur? Reaksi Anaknya, Ivanna Kelakar Habis!

Share

Bila dah ada anak, nak bergambar dengan suami bukanlah senang. Anak cemburu dan ingin turut serta dalam foto bersama ibu ayah, itulah cabarannya.

Hanya ibu ayah yang tahu betapa susahnya nak bergambar berdua bila sudah memiliki cahaya mata. Apa yang dimuatnaik Ramona Zam Zam ini comel sangat. Reaksi bayinya, Ivanna Alashkar, 9 bulan yang sedang tertidur tapi boleh terjaga daripada tidurnya bila Ramona dan suami cuba bergambar bersama.

Ibaratnya anak ada deria keenam untuk mengesan apa yang dilakukan mommy dan daddy. Jom tengok gambar ini mengikut urutan, lucu sangat!

Para peminat Ramona memberikan komen yang sangat terhibur dengan aksi Ivanna.

Sumber: Instagram Ramona Zam Zam

 

IKLAN