Berkat Doa & Susu Ibu, Jaundis Baby Yatt Hamzah Turun Ke Paras Selamat

Share

Berkat doa dari orang ramai dan dan penyusuan susu ibu, jaundis yang dialami oleh bayi Yatt Hamzah akhirnya turun ke paras selamat.

Yatt dalam posting Instagramnya berkongsi kesyukurannya atas berkat doa. Yatt juga mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayinya.

DOA SEORANG IBU

Sungguh Doa itu amat power terutama yg benar bersungguh2. Nampak tak muka bengkak menangis dalam senyum tu? Semalaman tak boleh tidur, hanya berteman air mata dan doa tak putus2. Alhamdulillah Allah dengar dan makbulkan doa Bonda ini dan semua yg mendoakan kami. #LilSuci #babyYH dah boleh pulang ke rumah selepas paras kuningnya menurun ke 200. Berkat doa kalian semua. Alhamdulillah Terima kasih.??
.
Apa pun #LilSuci masih dlm pantauan ketat. Perlu awasi paras kuningnya setiap hari. Terima kasih pada semua yg berikan sokongan, nasihat, tips dan hadiah. Maaf tak mampu nak balas semua kerana terlalu banyak. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

Addu’a silahul mukmin. Doa itu senjata orang mukmin. Teruskan berdoa. 

Bayi Yatt dimasukkan ke dalam Neonatal Intensive Care Unit (NICU) pada usia 3 hari di mana paras bilirubin ialah 378 umol/L , menghampiri bacaan bahaya iaitu 400 umol/L . Yatt yang dalam proses berpantang sedih dengan keadaan yang dialami bayinya memohon netizen mendoakan bayinya.

NETIZEN GALAK YATT TERUS SUSUKAN BAYI IBU UNTUK TURUNKAN JAUNDIS

Ruangan komen Instagram Yatt dihujani kata-kata sokongan, pelbagai petua dan tip yang dikongsikan para pengikut dan netizen untuk menurunkan paras jaundis bayi Yatt. Paling banyak sekali ialah teruskan memberikan susu ibu.

KELAHIRAN BAYI KETIGA YATT

Bayi yang belum diberikan nama dan digelar Lil Suci ini secara normal di Hospital Naluri kira-kira jam 12.10 tengahari pada Ahad, 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H. Ketika dilahirkan berat badan Lil Suci ialah 3.33 kg.

Yatt melahirkan anak ketiganya ini setelah 42 hamil iaitu kandungan overdue. Kalau bayi Dato’ Sri Siti Nurhaliza #sipipimerah, bayi Yatt pula #sicomelbibirmerah.

Sebelum ini Yatt memiliki dua anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika dan Suci Humaira Iqlima. Yatt merupakan ibu yang kuat kerana juga melakukan tandem nursing untuk kedua-dua anak kecilnya.

Pa&Ma mendoakan agar paras jaundis Lil Suci turun ke paras normal dengan segera.

sumber: Instagram Yatt Hamzah

IKLAN