Berkat doa dari orang ramai dan dan penyusuan susu ibu, jaundis yang dialami oleh bayi Yatt Hamzah akhirnya turun ke paras selamat.

Yatt dalam posting Instagramnya berkongsi kesyukurannya atas berkat doa. Yatt juga mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayinya.

DOA SEORANG IBU

Sungguh Doa itu amat power terutama yg benar bersungguh2. Nampak tak muka bengkak menangis dalam senyum tu? Semalaman tak boleh tidur, hanya berteman air mata dan doa tak putus2. Alhamdulillah Allah dengar dan makbulkan doa Bonda ini dan semua yg mendoakan kami. #LilSuci #babyYH dah boleh pulang ke rumah selepas paras kuningnya menurun ke 200. Berkat doa kalian semua. Alhamdulillah Terima kasih.??
.
Apa pun #LilSuci masih dlm pantauan ketat. Perlu awasi paras kuningnya setiap hari. Terima kasih pada semua yg berikan sokongan, nasihat, tips dan hadiah. Maaf tak mampu nak balas semua kerana terlalu banyak. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

Addu’a silahul mukmin. Doa itu senjata orang mukmin. Teruskan berdoa. 

Sungguh Doa itu amat power terutama yg benar bersungguh2. Nampak tak muka bengkak menangis dalam senyum tu? Semalaman tak boleh tidur, hanya berteman air mata dan doa tak putus2. Alhamdulillah Allah dengar dan makbulkan doa Bonda ini dan semua yg mendoakan kami. #LilSuci #babyYH dah boleh pulang ke rumah selepas paras kuningnya menurun ke 200. Berkat doa kalian semua. Alhamdulillah Terima kasih.?? . Apa pun #LilSuci masih dlm pantauan ketat. Perlu awasi paras kuningnya setiap hari. Terima kasih pada semua yg berikan sokongan, nasihat, tips dan hadiah. Maaf tak mampu nak balas semua kerana terlalu banyak. Hanya Allah yg mampu membalasnya. . Addu'a silahul mukmin. Doa itu senjata orang mukmin. Teruskan berdoa. Salam JUMAAT. . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #berpantang #baby #demamkuning #jaundice #anakbondademamkuning #Jumaat

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Bayi Yatt dimasukkan ke dalam Neonatal Intensive Care Unit (NICU) pada usia 3 hari di mana paras bilirubin ialah 378 umol/L , menghampiri bacaan bahaya iaitu 400 umol/L . Yatt yang dalam proses berpantang sedih dengan keadaan yang dialami bayinya memohon netizen mendoakan bayinya.

IKLAN

NETIZEN GALAK YATT TERUS SUSUKAN BAYI IBU UNTUK TURUNKAN JAUNDIS

Ruangan komen Instagram Yatt dihujani kata-kata sokongan, pelbagai petua dan tip yang dikongsikan para pengikut dan netizen untuk menurunkan paras jaundis bayi Yatt. Paling banyak sekali ialah teruskan memberikan susu ibu.

Berkat Doa & Susu Ibu, Jaundis Baby Yatt Hamzah Turun Ke Paras Selamat

Berkat Doa & Susu Ibu, Jaundis Baby Yatt Hamzah Turun Ke Paras Selamat

IKLAN

Berkat Doa & Susu Ibu, Jaundis Baby Yatt Hamzah Turun Ke Paras Selamat

Berkat Doa & Susu Ibu, Jaundis Baby Yatt Hamzah Turun Ke Paras Selamat

Berkat Doa & Susu Ibu, Jaundis Baby Yatt Hamzah Turun Ke Paras Selamat

Assalamualaikum. Hari ni anak Bonda #babyYH lil Suci berusia 2 hari dan dia masih belom ada nama. Takpe, janji dia sihat. Alhamdulillah baby bukan saja sihat, malah sangat kuat menyusu, kuat tidur & kuat teriak nak susu..??? So Bonda kena selalu pam susu utk cukupkan bekalan sbb 2 baby nak menyusu, sorang lg kakak Iqlima @sucihumairaiqlima yg masih baby setahun. . Baju pertama #babyYH lil Suci berwarna putih sbb dia Suci. Baju hari kedua warna light purple atau lilac. Bedung macam2 warna lil Suci ada, tq pd semua yg sudi beri hadiah. Bonda & baby so happy. Dan harini Bonda balut lil Suci dgn bedung shocking pink dari @ashriszspa Cantik kan? Barut comel2, tungku herba & baby balm pun Aunty Sue Ashrisz Spa bagi juga. Tq aunty, we love you.?? . Baby nest comel ni pun hadiah juga. Dari Umi Zarina & ustaz @zulramli_mrazali. Unicorn pillow tu x ingat pula siapa bagi, sorry tau. Alhamdulillah syukur. TQ ALLAH. . Sekarang #babyYH sedang bf nak tidur dah. Doakan dia x meragam sbb dah 2 malam Bonda & abah tak boleh tidur sbb kak Iqlima @sucihumairaiqlima meragam sbb demam. Kakak nangis, adik pun nangis juga. So Bonda & Abah pun join kelab menangis. Haha. Baru tahu cabaran jaga baby2 beza setahun ni. Paling mencabar bila dua2 nak bf serentak. Fuhhh, nikmatnya jadi seorang ibu ni kan.. MashaAllah Tabarakallah. . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #berpantang #yh #motheranddaughter #baby #alhamdulillah #ashriszspa

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

IKLAN

KELAHIRAN BAYI KETIGA YATT

Bayi yang belum diberikan nama dan digelar Lil Suci ini secara normal di Hospital Naluri kira-kira jam 12.10 tengahari pada Ahad, 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H. Ketika dilahirkan berat badan Lil Suci ialah 3.33 kg.

Yatt melahirkan anak ketiganya ini setelah 42 hamil iaitu kandungan overdue. Kalau bayi Dato’ Sri Siti Nurhaliza #sipipimerah, bayi Yatt pula #sicomelbibirmerah.

Sebelum ini Yatt memiliki dua anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika dan Suci Humaira Iqlima. Yatt merupakan ibu yang kuat kerana juga melakukan tandem nursing untuk kedua-dua anak kecilnya.

Eeeee, geramnya kat baby ni! Kalau #babyctdk #aafiyah si comel pipi merah, #babyYH Lil Mujahidah Suci Si bibir merah! Hehe, Bonda nak jugak! Hari ni #babyYH genap 3 hari. Ada geng yang sebaya dgn #lilSuci ke? . Alhamdulillah selamat dah #LilSuci tiba ke dunia. Punya lama dia dalam perut Bonda dia, sikit lg nak 42 minggu! Bonda rasa dia tak nak keluar sebab cuaca sgt panas di dunia luar sekarang. Dalam perut Bonda sgt nyaman, sejuk suam2 je..so cozy wahhh..??? . Bonda & #LilSuci doakan semua ibu2 yg sdg berjuang utk melahirkan agar bersabar, tabah dan diberikan kekuatan. Moga selamat para ibu dan baby msg2..Jangan stop zikir ayat2 Suci AlQuran kerana ia adalah Syifa' (penawar). Ameen.. . Jom doakan Bonda YH juga lekas sembuh dan LEKAS KURUS ya! AMEEN..??? . #baby #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #babyYattHamzah #yatthamzah #suci #babySuci

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Pa&Ma mendoakan agar paras jaundis Lil Suci turun ke paras normal dengan segera.

sumber: Instagram Yatt Hamzah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI