Berkat Hari Jumaat, Scha Selamat Bersalin. Tambah Lagi Geng Mommy & Kakak Lara!

Share

Alhamdulillah akhirnya penantian Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya untuk memberi adik kepada anak sulungnya, Lara dipermudahkan setelah kelahiran bayi kedua di pagi Jumaat (12 Februari) yang penuh berkat.

Kelahiran bayi kedua ini cukup ditunggu-tunggu oleh Awal dan Scha setelah Scha berjaya melalui proses membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) Januari tahun lalu. Selepas beberapa bulan mereka mendapat khabar gembira akan menimang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Instagram Scha Al-Yahya, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana selamat melalui fasa bersalin setelah 6 tahun berehat.

Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.

Sebelum ini, Awal pernah berkongsi Scha mempunyai perangai pelik untuk kehamilan keduanya apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.

“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami muntah dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya, katanya.

Ketika episod TV Pa&Ma baru-baru ini pun, semasa Scha dan Awal buat pemeriksaan kandungan, memang bayinya tak mahu tunjuk jantina. Sehinggalah Awal buat keputusan untuk umumkan jantina bayi pada hari kelahirannya. Kini semuanya dah terjawab.

Selamat berpantang Scha dan semoga mommy dan baby membesar dengan sihat!

Kredit: IG Scha Al-Yahya

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN