
Tak semua orang mampu buktikan kata-kata dengan hasil yang nyata. Tapi buat figura Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, kejayaannya bukan sekadar sensasi ia lahir daripada keberanian, kerja keras, dan semangat luar biasa dalam dunia perniagaan.
Terbaru, menerusi satu hantaran di Instagram, usahawan ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar jet peribadi mewah miliknya dipercayai hasil daripada kejayaan menjual produk jeruk yang semakin laris sejak kebelakangan ini.
Kapsyen ringkas yang ditulis beliau cukup menyentuh perasaan:
“Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin”
Tindakan itu bukan sekadar mencetuskan keterujaan, tetapi turut membuka mata ramai bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan dan usaha yang konsisten.
Ramai sedia maklum bagaimana beliau bersama isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, dan anak sulung lelaki mereka, Ammar Ahyan, 17 tahun, gigih mempromosikan produk jeruk.
Bukan sehari dua, tapi berbulan-bulan mereka tampil di media sosial buat live, rakam video lucu, berkongsi review dan testimoni tanpa jemu. Jeruk yang asalnya biasa-biasa, kini jadi antara produk paling disebut-sebut rakyat Malaysia.
Dan hasilnya? Sebuah jet peribadi.
Bagi sesetengah orang, mungkin kelihatan seperti riak. Tapi bagi yang faham perjalanan Datuk Aliff Syukri, ini adalah momen simbolik. Cara dia menayangkan kejayaan bukanlah untuk bermegah sebaliknya sebagai bentuk motivasi.
Satu mesej tersirat yang sangat jelas ingin disampaikan bagaikan
“Kalau aku boleh, kau pun boleh. Asal kau usaha.”
Tiada jalan pintas. Tiada rahsia pelik. Yang ada cuma usaha gila-gila, strategi pemasaran yang berani, dan kekuatan keluarga sebagai tonggak utama.
Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris