Sekiranya ibu sudah melepasi trimester pertama kehamilan, sepatutnya ibu sudah berasa semakin lega dan seronok. Ini kerana tiada lagi mual dan loya seperti dialami di awal kehamilan. Ibu sepatutnya berasa lebih sihat dan bertenaga.
Perubahan bentuk badan juga sedikit demi sedikit kelihatan. Sementara itu bayi dalam kandungan juga telah terbentuk sepenuhnya dan mendapat nutrien daripada plasenta anda sejak awal kehamilan lagi. Bayi akan semakin bertambah membesar pada minggu seterusnya.
Memasuki trimester kedua kehamilan, ada banyak perkembangan yang berlaku kepada bayi anda. Paling ketara bayi semakin bertambah keaktifannya. Biasanya menginjak minggu ke-18, ibu akan mula merasakan pergerakan bayi. Bagaimanapun sekiranya ibu baharu pertama kali mengandung, adakalanya ia sukar menjangkakan bentuk pergerakan tersebut. Jangan risau kerana semakin lama anda pasti dikejutkan dengan tendangan kecil bayi comel anda!
Ads
Antara gerakan awalnya dimulakan dengan gerakan kontraksi dan relaksasi otot dada. Gerakan ini bermaksud bayi menghirup dan menghembuskan cecair amniotik (air ketuban) ibu. Air ketuban sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk perkembangan paru-parunya.
Ads
Pergerakan kedua yang dilakukan oleh bayi adalah gerakan yang dilakukan oleh kaki dan tangannya. Bayi akan mencakar, menendang dan berpusing. Bahkan pada trimester kedua juga, bayi gemar menghisap jarinya.
Sementara itu pergerakan ketiga yang biasa dilakukan oleh bayi adalah ekspresi wajah. Pelbagai mimik muka dibuat oleh bayi sebenarnya. Jika bernasib baik, ibu boleh melihat ekspresi wajah bayi ketika melakukan pemeriksaan ujian imbasan terperinci.
Ads
Tahukah ibu, otak si kecil sebenarnya sudah berkembang dan mampu berfikir walaupun usianya baru 16 minggu. Aktiviti berfikir yang dilakukan oleh janin pada usia ini adalah bermimpi. Dengan adanya kemampuan berfikir, maka rasa sakit juga mungkin dirasakan oleh bayi anda. Jika dia sudah boleh merasakan rasa sakit, maka tidak hairanlah sekiranya bayi boleh membuat ekspresi wajah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peminat memang sedia maklum bahawa pelakon Fasha Sandha sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga untuk perkahwinan keduanya bersama suami tercinta yang juga merupakan seorang pelakon, Aidil Aziz.
Kemesraan pasangan selebriti ini selalu menjadi tumpuan warga maya. Sikap kasih dan sayang yang dicurahkan oleh Aidil Aziz untuk isterinya memang tidak dapat disangkal lagi. Fasha juga amat menyayangi suami itu dan sering
Menerusi satu entri Instagram, Fasha ada memuat naik tentang hubungan suami isteri buat mereka berdua yang menerima ketidaksempurnaan masing-masing.
Selain itu juga, Fasha turut mengungkapkan ucapan terima kasih buat suami tercinta kerana setiap hari bercakap dengan baby dalam kandungan dan rajin mengurut kakinya yang semakin sakit.
“Mencuba sedaya upaya untuk menerima ketidaksempurnaan masing-masing, InsyaAllah…”
“Terima kasih suami, hari-hari bercakap dengan baby dan urut kaki yang semakin sakit,” tulisnya di entri tersebut.
Turut menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat mendoakan agar urusan Fasha untuk bersalin nanti dipermudahkan.
Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat diijabkabulkan pada 30 Mac 2019. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fasha.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Tumpang gembira melihat kebahagiaan Fasha Sandha dalam melayari rumah tangga. Semoga bahagia sampai syurga dan dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti.
Jenis Makanan Yang Baik Untuk Diamalkan Ketika Hamil
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad beliau mencadangkan beberapa jenis makanan ini elok diambil sepanjang kehamilan sekiranya tiada apa-apa masalah kesihatan lain yang memerlukan diet tertentu.
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al-Quran) dan sangat bernutrisi. Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama: KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak. Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua: BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak. Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah. Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga: MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Keempat: BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mengimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Kelima: MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat. Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam: SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem. Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini. Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Apabila disahkan hamil, rutin wajib setiap bulan ialah menjalani pemeriksaan antenatal. Hal ini penting untuk dilakukan kerana dapat memantau tahap kesihatan diri dan bayi yang dikandungi. Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami.
1. Mempermudahkan urusan isteri
Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
2. Tambah ilmu tentang kehamilan
Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
3. Beri sokongan moral
Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
4. Persediaan menghadapi kelahiran
Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ramai yang mempunyai tanggapan yang salah berkenaan alat dalam rahim (IUCD). Disebabkan timbulnya pelbagai spekulasi dan mitos-mitos dalam kalangan pengguna IUD, Doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan tampil menjelaskan perkara yang sebenarnya berkenaan IUCD.
MITOS-MITOS berkenaan Alat dalam Rahim ( IUCD )
-IUCD boleh sebabkan kandungan luar rahim
Penjelasan : Peluang utk dapat kehamilan luar rahim adalah RENDAH jika dibandingkan dengan org yg tak pakai apa-apa perancangan keluarga, walaupun penggunaan perancangan keluarga yang menyekat ovulasi seperti pil perancang dapat mengurangkan peluang dapat kehamilan luar rahim. wanita yang pernah ada kehamilan luar rahim boleh menggunakan IUD tanpa was was
-IUCD sebabkan kemandulan
Penjelasan : dengan memakai IUD, takda masalah nak kembali subur. Buang je IUD tu peluang nak mengandung sama je macam orang biasa.
-IUCD sebabkan jangkitan kuman
penjelasan : Pelvic inflammatory disease atau jangkitan kuman pada peranakan disebabkan oleh pasangan seks yang bertukar-tukar dan apa-apa prosedur yang melibatkan rahim, BUKAN disebabkan oleh IUD. Ada risiko kecil kurang dari 1% jangkitan kuman selepas 20 hari IUD dimasukkan, terapi selepas itu kadar untuk dapat jangkitan kuman pada peranakan sama seperti orang tak pakai IUD.
-Remaja sepatutnya tak pakai IUCD
penjelasan : Takde had umur untuk sesapa berminat untuk pakai IUD. Asalkan ada buat hubungan seks boleh pakai !
-Orang tak pernah beranak tak boleh pakai IUCD
penjelasan : Takde masalah. Beranak 1 ke beranak 10 ke tak pernah beranak ke boleh pakai IUD. Beranak normal ke beranak C-section pun boleh pakai.
-IUCD hanya boleh pasang waktu period
penjelasan : IUD boleh dipasang bila-bila masa dalam waktu kitaran haid, dengan syarat wanita tu tak mengandung
-IUCD ni bila da pasang kena check doktor setiap tahun
penjelasan : Jangan mengarut, macam takde keja lain nak buat jumpa doktor semata-mata nak check IUD. Tak perlu jumpa doktor setahun sekali sebagai follow up
Jangan membawang cakap IUD ni leceh la ape lah susah la bahaya la kalau diri sendiri pun malas nak membaca