Dah masuk fasa trimester ketiga kehamilan, Fasha Sandha juga seperti ibu hamil lain membeli barangan untuk dirinya secara atas talian.

Dalam satu posting yang dibuat oleh Fasha beberapa hari yang lalu, dia meluahkan rasa kesal terhadap peniaga dalam talian yang seolah-olah menipu pelanggan.

Dah Masuk Trimester Ketiga, Bajet Dapat Bantal Selesa Sekali Dapat Tak Seperti Digambarkan, Fasha Sandha Kecewa!

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, dia turut menjadi mangsa baru-baru ini apabila membeli bantal tidur materniti yang tidak seperti digambarkan oleh iklan penjual.

Artikel Menarik: {Amalkan Surah Ini Sepanjang Hamil. Lagi Elok Suami Pun Baca & Niatkan Untuk Keduanya-duanya }

Apa yang lebih membuatkan Fasha agak terkilan kerana harganya yang agak mahal dan terpaksa menunggu tiga minggu untuk barangan tersebut sampai.

Dah Masuk Trimester Ketiga, Bajet Dapat Bantal Selesa Sekali Dapat Tak Seperti Digambarkan, Fasha Sandha Kecewa!

“Reality VS Expectation”

IKLAN

“Memandang kan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantai ni…”

“Hari ni baru terima maternity pillow yang dibeli mahai sungguh dari Ann Store Lazada. Sungguh la kepam…teruk. Bad quality.”

“Aduiiii. tak baik tau aniayai orang kan….

“Takpalah, …kita maafkan. Walaupun kita baru lepas nangis kesedihan. Dah la menunggu 3 minggu baru sampai

“Sapa yang juai maternity pillow, atau ada idea untuk beli dari mana, pls DM me.. thank You”

IKLAN

Namun pelakon dan isteri kepada Aidil Aziz ini menyatakan sudah memaafkan penjual online tersebut.

Dia juga turut bertanya jika ada penjual lain yang menjual bantal tersebut untuk menghubunginya. Jadi pada penjual atas talian yang ada bantal materniti berkualiti bolehlah DM Fasha Sandha. Dapat pembeli macam Fasha mesti lagi laris bantal yang dijual.

Untuk makluman, Fasha yang merupakan ibu kepada Putra Rayfal,7 dan Putri Raysha Jemyma, 6  pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rizal Ashram Ramli.

Artikel Menarik: { Kandungan ‘Tak Jadi’, Hamil Je Gugur. Ada Sebabnya Jadi Macam Tu }

IKLAN

Untuk Perkahwinan kali ini, Fasha pernah keguguran sebelum ini kemudian hamil lagi. Fasha dijangka akan bersalin tidak lama lagi dan anak yang bakal dilahirkan nanti dikhabarkan anak perempuan.

Semoga semuanya dipermudahkan buat pelakon Fasha Sandha yang sedang sarat hamil.

Sumber: Media Hiburan

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI