Kita selalu begitu rigid bila berpantang. Walhal berpantang itu adalah proses mengembalikan semula tenaga yang kehilangan selepas tempoh melahirkan. Ikutlah keupayaan tubuh badan sendiri. Soal menjalani rutin berpantang, semuanya boleh dilakukan secara berkala asalkan tidak keterlaluan dan melanggar agama.
Namun dalam pada mengikuti segala jenis pantang, suamilah orang yang paling utama perlu mengambil kisah dalam pelbagai hal. Berilah isteri lebih masa untuk merehatkan tubuh badannya. Perkongsian Muhammad Hassan, khusus untuk para suami.
Berpantang ni ikutlah badan kita. Ada orang lepas bersalin terus minta MCD set ayam Spicy 3 ketul. Ada orang lepas berpantang kena pilih apa yang sesuai untuk badan dia.
Wife saya berpantang memang follow cara mak dia. Walaupun saya tak setuju tapi mak cakap yang sakit bukan kau,canak aku.
Jadi Raikan apa jua cara berpantang. Dulu lain sekarang lain. Yang penting cara berpantang tu tidak bertentangan dengan agama sudah. Setakat bertentangan dengan sains ni, sains ni sentiasa berubah ubah.
Yang penting sekali dalam berpantang adalah SOKONGAN DARI SUAMI.
Saya selalu copy Paste posting ini jika ada para suami bertanya tentang berpantang.
Berpantang. Suami wajib jadi pawang 100 hari. Dan kekalkan aktiviti sihat sehingga mati. Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
Bantu isteri:
– Masak untuk isteri, lagi best ikan tu dibakar. Sediakan menu yang sihat, berkhasiat dan menyelerakan.
– Air kunyit dibuat sendiri.
– Urutan yang membuatkan isteri lebih tenang.
– Berkomunikasi setiap masa untuk elak meroyan.
-‘Khidmat’ 100% terutama minggu pertama. “Ada apa-apa lagi kekanda boleh bantu Adinda? “
– Pantau luka.
– Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
– Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
– Bantu mandikan isteri dan bayi.
Ambil tahu:
– Ilmu penyusuan.
– Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang.
– Ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor.
– Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
– Basic urutan untuk ibu berpantang.
– Cara berbedong/bekong kena ambil tahu juga ya.
– Jamu/produk untuk ibu berpantang dan selepas.
Paling mustahak dan sangat setuju pesan mak: “100 hari mengawal CINTA sihatkan isteri”
Jangan dok fikir nak tambah bini sudah bila isteri berpantang!
Menarik: Nak Jadi Macam Kakak, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI