Siapa yang ada anak senang makan ubat beruntung sangat. Tak perlu nak pegang kepala, kaki dan tangan. Hulur je picagari terus nganga mulut. Tapi lain pula situasi bagi ibu bapa yang anak-anak tengok ubat je, menangis macam kena cubit.
Bukan setakat itu saja, tak padan dengan kecil tapi tenaga macam orang besar. Silap hari bulan, ibu ayah kena ‘tendangan padu’. Lagi geram, dah puas berperang nak masukkan ubat, tiba-tiba dimuntahkannya balik. Memang menguji kesabaran!
Jika asyik fikir masalah tetapi tiada penyelesaian pun tak membantu juga. Bagi yang rasa nak dapatkan ketenangan sewaktu bagi anak makan ubat, tip dikongsikan Pegawai Farmasi Klinik, Puan Azlina Othman sangat membantu.
Alang-alang si kecil demam, kak Lina nak share cara nak bagi anak kecil minum ubat jenis cecair (syrup). Dulu anak-anak kak Lina jenis meraung melolong juga kalau nak suap ubat pakai syringe (picagari ubat).
Siap papanya kena tolong pegang kepala tangan kaki anak. Tapi alhamdulillah lepas kak Lina praktikkan cara ni, anak-anak mudah nak menelan apa jenis ubat cecair pun secara rela hati tanpa paksaan lagi!
Sebab adik Firash demam, jadi kak Lina nak bagi ubat demam (syrup paracetamol).
Nota: Ubat demam antara ubat wajib perlu standby kat rumah untuk digunakan waktu kecemasan.
Sebelum nak bagi ubat, kena kira dos yang sesuai dengan berat anak. Check dulu strength (kekuatan ubat) yang ada pada botol ubat. Sebab kat klinik atau farmasi ada yang jenis 120mg/5ml atau 250mg/5ml.
Dos paracetamol yang selalu digunakan ialah 15mg/kg. Maksudnya untuk setiap kg berat anak perlukan 15mg ubat. Kalau guna kekuatan 120mg/5ml, sukatan yang perlu diberi akan lebih banyak berbanding yang jenis 250mg/5ml. Kalau anak jenis tak suka ubat, baik guna jenis yang perlu sukatan sikit macam anak kak Lina.
Ads
Cara pengiraan jika guna ubat 120mg/5ml [Berat anak x 15 / 120] x 5
Cara pengiraan jika guna ubat 250mg/5ml [Berat anak x 15 / 250] x 5
Berat adik Firash 12.6kg, so cuma perlukan 3.8ml je ubat sebab kak Lina guna dari jenis 250mg/5ml
Untuk penyediaan ubat cecair:
1. Pastikan ubat belum expired. Kak Lina akan sediakan segelas air suam. Tarik air suam dengan syringe.
Ads
2. Tuang ubat ke dalam measuring cup or cawan penyukat (tiap kali beli ubat cecair mesti akan dapat sekali cup kecil ni). Macam dos ubat Firash 3.8ml, jadi isikan ubat dalam paras 5ml dalam cup.
3. Pastu tarik ubat dari cup kecil menggunakan syringe. Sebelum bagi anak ubat, kak Lina akan rasa dulu sikit dan bau lebihan ubat dalam cup kecil sebab nak pastikan ubat masih elok, tak berbau busuk atau rosak.
Nota: Tak digalakkan tarik syringe secara terus dari botol ubat sebab nak kurangkan risiko ubat tercemar (contamination) terutamanya kalau syringe dah berulang kali digunakan.
Contoh anak kena minum 10ml, tapi kat rumah cuma ada syringe 5ml. Mula2 bagi 5ml masuk dalam mulut anak, pastu masukkan semula syringe untuk tarik baki lagi 5ml dalam botol. Kan kalau celup semula syringe yang dah masuk mulut, kuman dalam mulut ikut sama masuk dalam botol dan buat ubat tercemar (faham tak?)
Ads
4. Pastikan ukuran nombor pada syringe masih lagi jelas (sebab bila basuh, nombor boleh makin pudar).
Nota: Lebihan dalam cup tadi boleh dibuang je. TAK perlu masukkan semula baki dalam botol ubat.
Masa nak bagi anak minum ubat, kak Lina akan beri bergilir-gilir dengan air suam. Mula-mula bagi air suam, kemudian ubat, air suam, ubat, air suam sampai habis telan.
Ubat jenis cecair tak semestinya perlu simpan dalam peti ais melainkan ubat tersebut jenis antibiotik yang telah di bancuh atau ada arahan simpan dalam peti ais pada label.
Sebab bila simpan dalam peti ais, ubat dalam botol akan basah sebab proses kondensasi dalam peti ais. Ini sekaligus akan merosakkan atau mencemarkan kandungan ubat. Selalunya ubat cecair yang dah guna kak Lina simpan suhu bilik dan akan gunakan dalam tempoh sebulan je. Lepas sebulan kalau demam, buka je botol baru.
Kalau bagi pengasuh ubat, pastikan label dos jelas dan mudah faham. Mudah-mudahan dengan bagi anak ubat yang betul dan terjaga dari segi kebersihan, anak akan lebih cepat sembuh dan sihat.
Extra info: Jangan lupa goncang ubat cecair setiap kali sebelum bagi kat anak. Jika bagi 2 jenis ubat berlainan, pastikan guna cup kecil yang berlainan. Sila share jika bermanfaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya wanita lepas bersalin sukar untuk dapat berat badan ideal. Kadang macam-macam cara buat, bila tak jaga makan, terus naik mendadak. Bagi yang jenis maintain je tak ada masalah.
Disebabkan keadaan ini, ramai wanita rasa stres tengok badan sendiri di cermin. Bukan itu saja ada yang ambil jalan mudah dengan mencuba pelbagai produk tanpa mengetahui kesan sampingannya.
Bagaimanapun, bagi anda yang masih dalam usaha untuk menurunkan berat badan, boleh ambil tip yang dikongsikan oleh Fatin Ridwan. Paling penting cara ini selamat dan sangat menyihatkan. Tetap boleh makan sedap, asalkan ikut portion yang betul.
Perjalanan 80kg – 61kg
Alhamdulillah walaupun dah lebih 6 bulan tak jaga makan, berat hakak dok tang tu je.
Ni cara hakak ;
✔️Cari air dulu bila lapar. Minum 1-2 gelas air kosong baru makan.
✔️Berhenti makan bila kenyang
✔️Utamakan makanan sihat. Makanan manis ambik buat hilang craving je.
✔️Senaman ringan (youtube) 30min setiap hari.
✔️Set dalam otak, takde siapa boleh tolong aku. Aku je boleh ubah diri aku.
✔️Yang penting jangan stress-stress diet
Sebelum ni pernah try macam-macam diet. Ada yang laju sebulan turun 10-12kg. Tapi sebab terlampau banyak cut tak boleh makan itu ini. So sekali cheat tu memang “balas dendam” betul. Maka hakak kembali gomok 80kg.
Bila jumpa DSSS/ Kalori ni, hakak diet santai sebulan turun 2-4kg. Takat ni rasa diet ni paling best sebab boleh makan semua just jaga portion.
Bagi yang bertanya, ni cara saya;
-Nasi 2x atau 3x sehari. Tengahari/petang/malam.
-Pagi & Malam roti + Peanut butter 1-2keping.
-Kopi sy tak boleh tinggal so ganti gula tu dengan stevia 2 titis.
✔️Sayur wajib (suku suku separuh)
✔️Sebolehnya tinggalkan gula terus.
✔️Kalau teringin manis, macam kek saya makan 2-3sudu.
✔️Ambil manis belah petang atau malam je. Sebab bila pagi dah start manis, sepanjang hari asyik nak manis. Craving memacam.
✔️Air kena cukup, baru kita sentiasa kenyang. (25kg -1liter)
✔️Protein kena cukup, kenyang tahan lama. (Untuk bakar lemak juga)
✔️Senam wajib, bina muscle. Muscle lagi cepat burn kalori.
✔️Download App HealthifyMe untuk track calori intake.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimanakah caranya untuk kita mengekang kenakalan si kecil 4-6 tahun dan pada masa yang sama, membantu mereka untuk terus berkembang dan membesar sepenuh potensi diri mereka? Apakah pengisian dan bentuk aktiviti yang sesuai supaya tempoh usia 4 hingga 6 tahun menjadi waktu untuk belajar, membesar dan berkembang positif selain daripada menjadi masa untuk membuat perangai yang nakal?
Dalam edisi kali ini, Dr Airil membincangkan tentang fokus kepada si kecil yang berusia 4-6 tahun yang berada dalam usia tahap pendidikan praformal (pre-operational age). Fokus kita adalah kepada pengisian aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dengan si kecil yang berusia 4-6 tahun.
Papa, mama dan pendidik prasekolah perlu sedar bahawa kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun telah mempelajari pelbagai ‘peraturan’ tentang hidup. Misalnya, mereka sudah tahu perangai yang mana elok diikut dan yang mana pula perlu dielak, mereka sudah tahu asas-asas dalam berkomunikasi dengan orang lain dan mereka juga sudah bagaimana caranya untuk bermain dengan orang lain.
Pada masa yang sama, ‘kenakalan’ mula timbul apabila kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun seakan-akan cenderung pula melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya mereka lakukan! Mereka seolah-olah rajin mencari jalan untuk membengkokkan dan melanggar segala peraturan yang sudah pun dipelajari!
Ya, mereka tahu akan batasan dan balasan yang pasti diterima sekiranya mama dan papa marah jika mereka merosakkan alat permainan yang diberi atau jika mereka dengan sengaja mengganggu dan berkelahi dengan kanak-kanak lain. Namun, mereka tetap menguji batasan dan kesabaran kita sebagai orang dewasa.
‘Empati’ boleh dikategorikan kepada 3 jenis. Yang pertama dipanggil, empati kognitif. Ini adalah kebolehan untuk mengambil perspektif orang lain atau membayangkan diri kita di tempat orang lain dan melihat perspektif mereka. Empati kognitif amat berguna, terutamanya dalam kemahiran berunding. Aktiviti yang membentuk empati kognitif juga akan melatih kemahiran komunikasi si kecil. Mengajak si kecil untuk membayangkan perasaan dan tindakan orang lain juga akan mematangkan fikirannya dengan cepat.
Satu lagi empati digelar empati emosi. Ini dirasa apabila kita dapat berkongsi masa dan luahan rasa orang lain secara tersurat dan tersirat. Kita seakan-akan dapat ;menangkap; perasaan orang lain dan memahami kesusahan atau kesenangan yang mereka rasai. Si kecil perlukan aktiviti yang membina empati emosi agar dia dapat sama merasai kesedihan jika dia pecahkan pinggan kesayangan mama, bila dia merosakkan telefon bimbit papa… atau bila si kecil mencukur misai Cici si kucing peliharaan keluarga – dengan sengaja!
Empati terakhir pula dipanggil empati belas kasihan. Melalui perasaan ini kita bukan hanya merasakan kesakitan atau kesusahan seseorang tetapi kita akan cepat mengambil tindakan positif untuk membantunya. Rasa belas kasihan dan keinginan membantu orang lain amat perlu untuk membentuk insan yang mulia lagi berguna. Sebab itulah aktiviti yang melatih rasa empati belas kasihan harus diperbanyakkan dalam membesarkan si kecil 4 hingga 6 tahun agar dia sentiasa prihatin dengan kesusahan dan kepayahan hidup orang lain tetapi juga cekap dan cepat mengambil insiatif untuk membantu kelak.
Kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 6 tahun mempunyai rasa ingin tahu yang amat tinggi. Malah, ramai penyelidik dan saintis sosial percaya bahawa rasa ingin tahu manusia sebenarnya memuncak pada tahap usia ini berbanding dengan tempoh lain dalam hidup kita. Rasa ingin tahu ini bermula sejak daripada saat kelahiran lagi dan terus memuncak hingga sekitar usia 6 tahun. Segala-gala yang ada di sekeliling mereka seakan-akan mampu menerbitkan ‘deria’ ingin tahu kanak-kanak 4-6 tahun!
Pada tahap usia ini, mereka sangat berasa berminat untuk mempelajari idea-idea baharu, melakukan aktiviti yang belum pernah dilakukan atau aktiviti sama tetapi yang amat menyenangkan dan mereka juga mencari-cari peluang untuk menguasai kemahiran baharu yang tidak diketahui sebelum itu. Namun, mereka cenderung untuk berasa kecewa dan juga marah apabila tempoh pembelajaran mereka seakan-akan lebih lama daripada yang mereka mahukan hingga timbul pula rasa bosan.
Maka, pastikan papa, mama dan pendidik prasekolah sentiasa menetapkan matlamat yang boleh dicapai untuk segala macam tugasan dan aktiviti untuk si kecil. Bantuan serta sokongan perlu diberikan berasaskan konteks, supaya si kecil mampu pula memproses maklumat dalam tempoh masa yang pendek. Yang paling utama, untuk apa-apa sahaja aktiviti atau tugasan yang dilakukan, bantu si kecil untuk menerima kegagalan, menangani rasa bosan dan juga agar dia tidak cepat putus asa. Jadikan diri anda sebagai ikon atau contoh ikutan yang baik ke arah ini.
Walaupun mereka boleh menguasai rasa empati dan amat tinggi rasa ingin tahu dalam diri mereka, kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 6 tahun sebenarnya mudah hilang fokus dan berasa terganggu dalam setiap usaha atau aktiviti yang mereka lakukan. Tahap fokus (attention span) yang masih agak pendek berbanding seorang remaja atau orang dewasa boleh menimbulkan rasa geram atau kecewa dengan mudah sambil menggagalkan aktiviti atau tugasan yang sedang dilakukan.
Maka tidak hairanlah jika kita menyedari bahawa kanak-kanak dalam tempoh usia ini kadang-kadang mempunyai masalah untuk menyelesaikan tugasan atau aktiviti, walaupun yang mungkin terlihat mudah kpada orang dewasa. Tahap fokus yang pendek ini pasti akan menjadi lebih panjang sejajar dengan masa, akan tetapi pada tahap usia 4-6 tahun ini adalah suatu realiti yang tidak dapat kita elakkan. Segala-gala aktiviti atau tugasan untuk si kecil dalam lingkungan usia ini perlu menyedari hakikat ini.
Yang paling mudah, tambahkan aktiviti atau tugasan yang tidak terlalu rumit untuk diselesaikan, yang tidak memerlukan masa yang terlalu panjang tetapi bermanfaat kepada si kecil. Pada masa yang sama, berikan maklum balas dan dorongan selepas setiap pencapaian tidak kira sekecil mana pun. Namun, ini tidak bermaksud bahawa aktiviti yang lebih rumit tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak 4-6 tahun! Minda mereka perlu ‘dicabar’ agar mereka dapat mencapai tahap perkembangan yang lebih tinggi pula dan tidak hanya menguasai ilmu pengetahuan atau kemahiran yang rendah dan mudah sahaja.
Kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 6 tahun juga memiliki daya imaginasi yang amat tinggi dan agak ‘liar’. Liar di sini bukan memberi makna yang negatif, liar bermaksud si kecil boleh memikirkan hal dan perkara yang tidak terjangkau dek imaginasi orang yang lebih dewasa! Daya imaginasi yang kuat dan tinggi ini perlu dimanfaatkan, lebih-lebih lagi untuk menerbitkan kecenderungan personaliti, melatih kebolehan dan juga kemahiran awal usia si kecil.
Daya imaginasi yang tinggi dan liar juga bererti kanak-kanak 4-6 tahun suka melakukan hal-hal ‘di luar kotak fikiran’ atau yang mungkin terlihat aneh bin ajaib kepada orang yang lebih dewasa. Jika diberi sesuatu aktiviti atau tugasan, si kecil itu mungkin akan cuba untuk menyelesaikannya dengan daya imaginasi sendiri dan bukannya dengan mengikuti peraturan yang ketat atau arahan yang sudah diberikan langkah demi langkah. Papa, mama dan pendidik prasekolah masih perlu memberi bimbingan dan memperingatkan si kecil dalam konteks ini.
Imaginasi tetap memerlukan struktur dan tidak boleh dibiarkan menjadi terlalu liar hingga menjadi tidak masuk akal atau semakin ‘merapu’. Maka, aktiviti atau tugasan yang diberi masih perlu peraturan asas yang perlu diikuti. Namun, kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun tetap perlu diberikan ruang untuk mencipta, mengubah, mengekspresikan diri dan bebas bercerita serta menerangkan tentang segala macam aktiviti atau tugasan yang sudah berjaya mereka habiskan serta lengkapkan di bawah bimbingan papa, mama atau guru.
Pada usia 4-6 tahun juga, fungsi memori atau daya ingatan si kecil meningkat dengan mendadak untuk membolehkan mereka menstor atau menyimpan data serta pengalaman hidup yang dapat mereka kumpulkan daripada dunia di sekeliling mereka. Daya ingatan atau memori yang meningkat ini bererti aktiviti atau tugasan yang diberikan untuk si kecil 4 hingga 6 tahun perlu selari dengan kebolehan yang ditunjukkan. Yang paling utama, keboleh ingatan atau memori ini perlu dilatih dan diperkembangkan lagi.
Aktiviti biasa yang boleh dilakukan adalah untuk meminta si kecil meceritakan kembali sesuatu hal, kejadian atau perkara yang telah berlaku berdasarkan perspektif si kecil sendiri. Ini kerana dia sudah pun boleh mengingati urutan kompleks segala macam peristiwa hanya dengan melihat, menonton atau memerhatikan orang lain melakukan sesuatu (hati-hati juga agar si kecil anda tidak cenderung meniru perlakuan yang mungkin akan membawa bahaya kepada dirinya kelak).
Selain aktiviti mengingat dan menceritakan kembali, mungkin anda boleh bersama-sama dengan si kecil melakukan aktiviti atau bermain permainan yang mempunyai lebih daripada satu matlamat dan yang perlukan daya ingatan yang tajam. Sebagai contoh, si kecil perlu melukis semula semua bentuk segi tiga yang dia lihat di dalam rumah dan dia hanya ada 1 minit untuk mengingat kembali bentuk-bentuk itu. Kemudian dia perlu lari dan mencari kembali bentuk-bentuk segi tiga yang sudah dilukis tadi. Banyak lagi aktiviti dan tugasan serta permainan bersama boleh dilakukan untuk membina daya memori si kecil 4 hingga 6 tahun. Terserahlah kepada anda untuk melakukannya.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan ialah Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) di peringkat ASEAN. Buku beliau bertajuk ‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ pernah menerima Anugerah Karya Ilmiah Negara Malaysia (kategori Sains Sosial & Kemanusiaan) dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
——————————————————————————————————
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ramai ibu atau ayah yang menyedari hakikat bahawa anak-anak menjadikan kita sebagai idola. Kitalah manusia pertama yang mereka kenal dan akan perhatikan. Anak-anak lebih mudah mengikut contoh yang ditunjukkan berbanding mendengar kata. Sebab itulah pentingnya kita sebagai ibu dan ayah menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Jangan harapkan mereka menjadi yang terbaik, jika kita gagal menjadi yang cemerlang. Jangan pula mahu mereka jadi berdisiplin sedangkan kita sendiri melanggar peraturan. Jangan marah jika mereka bercakap kasar, jika kita sendiri pun sering bertelagah dan naik suara sesama kita di hadapan mereka. Berubahlah…
Perkongsian dari pemilik akaun Facebook, Afnan Rosli, menyatakan yang actions speak louder than words. Katanya lagi, jika ibu dan ayah mulakan perubahan dalam diri, anak-anak akan menjadi jauh lebih baik dan hasilnya jauh lebih cepat daripada kalau kita sekadar memberi arahan. Cubalah anda duduk dengan pasanganmasing-masing dan bincangkan, apa yang mahu kalian install dalam diri anak-anak?
Selama ni kita ingat parenting ni is all about macamana kita didik anak-anak kita. Thats why kita sungguh-sungguh usaha nak bagi anak kita jadi baik, jadi cerdik, jadi berjaya.
Kita paksa mereka study, kita suruh mereka belajar Quran, kita paksa diorang buat macam-macam.
But the reality is that, it doesn’t work like that. Parenting is not about kita didik anak. Its about kita didik diri kita. Becoming a role model untuk anak, becoming an inspiration for your children, becoming an example for them that they wanted to follow.
Harini, perangai ibu bapa, diorang tak reti baca Quran takpe, janji anak diorang pandai baca Quran. Diorang paksa anak-anak pergi kelas mengaji. No. It should starts with you. Kita dulu baca Quran, then anak akan ikut. Anak nak jadi macam kita, bila kita show a good example.
Harini parents, mereka hidup serabut, serabai, uninspired, unsuccessful takpe. Janji anak mereka successful. Why not kita start dulu. Why not kita yang becoming successful, kita inspire, kita yang jadi role model.
Anak tak dengar apa yang kita cakap, tapi anak ikut apa yang kita buat. They see, they learn, they follow.
Its a whole different way to think of parenting. Kalau semua orang realise that apa saja yang mereka nak anak mereka jadi, should start with them. Saya percaya this whole world would be a lot better. Every parents would start to improve themselves.
Nak anak bahagia, kita jadi bahagia dulu. Nak anak enjoy, happy, gembira, kita dulu jadi enjoyable, happy and excited with life. They learn more from your actions than your words.
Actions always speaks louder than words.
Nak anak jadi bijak, cerdik, excel dalam pelajaran, dalam pekerjaan. Why not kita dulu yang jadi bijak. Kita dulu yang jadi excellence dalam performance kita. Kita yang developed that mindset dalam diri kita. They will adopt that mindset from you. Tak perlu arah, tak perlu suruh, tak perlu paksa. Automatically mereka akan jadi.
Saya sangat percaya, kalau kita semua mulakan perubahan dalam diri kita. Anak-anak kita akan jadi jauh lebih baik dan results nya jauh lebih cepat dari kita bagi arahan sahaja.
Harini, duduk dengan pasangan anda, tanya diri anda. Apa yang kita nak install dalam diri anak kita?
Anda listkan semua character yang anda nak ada dalam diri mereka. Tulis je semua. Dan anda cakap pada pasangan. List ni bukan untuk anak kita. List ni untuk kita. Kita dulu install. Automatic dia akan sync dan terinstall dalam anak kita.
Remember, everything starts with you. Thats a Great Parenting.
*Gambar ni baru lepas kena pau kaw-kaw dengan si Luqman ni. Tengok lah muka dia tu. kecik beso, kecik beso je aku tengok muka kau Luqman.
Perangai paw bapak ni ibu dia install rasanya. Turun kat anak pulak. Pening aku ??♂️?
Anak-anak suka mengikut apa yang dibuat oleh ibu dan ayahnya kerana mereka percaya setiap apa yang kita lakukan adalah yang terbaik. Jika kita buat salah sekalipun, mereka berpendapat ia sesuatu yang baik kerana orang tuanya buat begitu. Jangan marahkan anak-anak jika mereka buat salah, jika contohnya anda yang pamerkan. Marilah sama-sama kita berubah menjadi ibu bapa terbaik buat si manja yang kita sayangi!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.