Katanya, senaman menaikkan peranakan itu hanya boleh dilakukan oleh ibu berpantang tertentu dengan situasi tertentu sahaja.
“Ya saya menerima banyak kecaman ketika melakukan senaman itu dan orang mengaitkannya dengan demam bentan.
“Ramai cakap siapa suruh saya angkat kaki dalam senaman peranakan itu dan mereka katakan ia punca saya demam bentan.
“Sebenarnya ia tiada kaitan pun, malah sebelum melakukan senaman itu saya sudah meminta nasihat doktor dan bidan.
“Malah senaman itu diajar oleh doktor sendiri untuk menaikkan peranakan dan baik untuk ibu yang baru lepas bersalin.
Ads
“Lagipun situasi saya berbeza kerana saya bersalin normal dan tiada sebarang jahitan sekalipun. Jadi saya dibenarkan melakukannya dan ia selamat,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Dynas telah dikecam apabila memuat naik video bersenam ketika sedang berpantang.
Dynas baru sahaja melahirkan anak ketiganya Edriel Obil pada Mei lalu.
Justeru, Dynas berkata dia tidak melayan segala komen netizen mengecamnya kerana bimbang berdepan risiko ‘meroyan’ ketika berpantang.
Ads
“Ada sahaja kata-kata negatif diberikan seolah-olah mereka (netizen) lebih tahu mengenai situasi dialami.
“Jadi, saya memilih untuk menyekat akaun yang berpotensi meninggalkan komen berbaur negatif.
“Bukan apa, saya masih berpantang. Jika tersilap langkah boleh membuatkan diri meroyan kerana hormon pun kurang stabil,” katanya lagi.
Seminggu selepas kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, pasangan ini telah mendedahkan wajah bayi perempuan mereka di media sosial.
Anak kedua ini juga adik kepada kanak-kanak yang pernah diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Kecomelan Dhuhaa Sophea dengan matanya yang bulat, sama seperti anak patung!
Melalui posting terbaru dimuat turun oleh Siti Safuraa dia telah memperkenalkan adik Sophea yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Amiraa yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat pada waktu Subuh dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Menurut Safuraa, sebagai ibu dia harapkan yang baik-baik sahaja untuk bayinya ini dan dapat membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekertinya serta sentiasa dalam jagaan Allah.
Selepas mendedahkan gambar Amiraa, pengikut ibu dan kakaknya memberikan ucapan tahniah. Ramai yang tertunggu-tunggu adakah Amiraa juga akan menjadi viral seperti kakaknya.
Sebelum ini kelahiran Sophea menjadi viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia kerana ibunya berasal dari Terengganu dan bapanya warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sophea sering menjadi perhatian kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis.
Sumber: Ig ctsafuraa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu mana selalu mahukan yang terbaik untuk anak. Tapi janganlah mengejar kesempurnaan dan menekan diri, ibu bukan superwoman!
Memang ibu adalah insan yang paling prihatin kepada anak, tambah-tambah lagi jika bayi tersebut ialah lahir secara pramatang, penjagaannya juga perlu teliti berbanding bayi yang lahir cukup bulan.
Setiap bayi ada kerenahnya, setiap rumah ada sepahnya, setiap ibu ada kelemahannya. Ini yang dikatakan oleh Dr Sakinah Sulong. Pengalaman berhadapan dengan ibu ketika mengendalikan penilaian perkembangan bayi pramatang dicatatnya ini dikongsikan beliau. Semoga ia memberikan manfaat kepada ibu agar tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam menjaga dan mendidik anak sebaliknya menikmati momen-momen membesarkan si manja.
Susahnya jadi ibu zaman ini!
Tak lama dulu saya jumpa seorang ibu muda. Baru seorang anaknya. Anak yang comel yang perlu jumpa Dr Pakar untuk penilaian perkembangan disebabkan sejarah kelahiran pramatang.
Hasil pemeriksaan saya, anak comel itu cukup berat, nampak aktif dan sudah mampu nak berjalan seiring dengan umur setahun lebih. Memang menghiburkan bila kita melihat kaletahnya.
Segala-galanya nampak ok dari kacamata seorang doktor.
Tapi ibu tersebut mengadu anaknya suka makan roti, tidak suka makan nasi beserta sayur dan ikan.
“Biasa ye, Dr? Saya risau la. Tengok sepupu dia, pandai makan carrot. Kalau dia ni, dia tutup mulut dia kalau saya bagi bubur taruk carrot. Macamana saya nak buat supaya dia pun nak makan sayur macam sepupu dia?”
Mukanya memang susah hati.
Macam-macam lagi dia tanya, dek kerana risaukan anaknya. Puas juga saya tunjuk graf perkembangan anaknya di rekod kesihatan, segala-galanya nampak bagus. Anaknya pun sudah mula berjalan laju, pandai memanjat kerusi dan menghumban barang. Ini memang perkembangan fizikal yang elok!
ENJOY YOUR TIME AS MOTHER
Akhir saya pesan pada ibunya,
“Please try enjoy your time as a mother. Jangan risau sangat. Pada umur setahun lebih, you takleh nak paksa dia makan apa yg you nak dia makan, especially kalau dia dah ada preference. Lainlah kalau dia dah besar dah boleh faham arahan dan rules. Masa tu baru you tetapkan mesti makan sayur, mesti makan ikan sebab dia dah boleh faham”
Bukan apa, saya kesian dengan ibu ini.
Dia terlalu inginkan suasana dan bayi yang ideal seperti yang dia lihat pada bayi lain. Padahal ia tak mungkin berlaku. Tiada apa yang sempurna di dunia nyata melainkan yang dilakonkan. Sempurna mungkin apa yang dinampak tapi hakikatnya tidak begitu.
Setiap bayi ada karenahnya.
Setiap rumah ada sepahnya.
Setiap ibu ada kelemahannya.
Jangan terlalu dikejar suasana dan keadaan yang sempurna, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang tak mampu kita kawal. Takkan cukup masa kita, takkan cukup kudrat kita kalau semua nak nampak cantik sempurna tiada cela.
Bayi nak comel tak comot sepanjang masa.
Lantai nak licin berkilat tanpa mainan tanpa kotoran. Biar indah pandangan mata.
Makanan nak terhidang masak siap menu lengkap untuk santapan suami tercinta.
Kain baju nak berlipat tersusun indah dalam almari kaca tersedia.
SEORANG IBU BUKAN SUPERWOMAN
Takkan mampu.
Sekali-sekala terima lah, yang kita tak mampu.
Kita adalah seorang ibu, bukan superwoman.
Ada benda kita cuba buat sehabis baik, ada masanya kita lepaskannya. Tak runtuh rumah tu kalau kita tak larat nak menyapu satu hari.
Tak obese anak kecil kita kalau dia menolak sayur beria-ria pada umur setahun dua. Dah besar sikit, kita cuba lagi bila dia dah boleh terima arahan kita.
BOLEH CUBA JADI IBU YANG TERBAIK, TAPI JANGAN TERLALU MENEKAN DIRI
Kita boleh mencuba jadi ibu yang terbaik.
Tapi sama sekali takkan mampu jadi yang sempurna. Sebab alam ibu bukan satu medan untuk kita berlumba. Ia adalah alam untuk kita meraikan anak-anak dan saat manisnya.
Jangan terlalu menekan diri sendiri.
Ingat, anda adalah ibu,
Bukan seorang Superwoman dengan segala kuasa ajaib. Ada masa Superwoman pun perlu bantuan juga.
Ke mana perginya anak mamy? Sebaknya mengikuti kisah ibu ini melalui detik pilu dan cemas anak berusia 30 hari terhenti nafas selama 20 minit.
Momen kelahiran anak tentunya dikenang kembali tatkala tiba hari ulang tahun kelahiran. Kesakitan & proses kelahiran yang dilalui hilang setelah melihat si kecil yang dikandung kini di depan mata.
Puan Wiwie Darvienda Mazweena menceritakan saat memilukan buatnya dan suami yang berhadapan dengan situasi cemas anaknya, Noah Khaleef yang terhenti nafas selepas 30 hari dilahirkan. Ini kisahnya;
Selamat Hari Lahir Noah Khaleefa syg..
“Kemana kamu pergi 20 minit tu?” Alhamdulillah terima kasih Allah.
Macam biasalah mamy sakit beranak, layan contraction sambil bebel kat dady, duduk hospital dua mlm baru Noah lahir ceaser sbb tertelan najis dlm perut mamy.
Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat walaupun kamu ditahan NICU sehari, tp syukur bila mamy sedar sepenuhnya dari bius tu kamu dah boleh keluar tmn mamy kat ward biasa. 3hari jugak utk tggu keputusan darah kamu.
Beranak adalah pengalaman yg paling sakit dan menakutkan bagi mamy.. tapi pengalaman itu yg terindah. Barulah mamy dpt rasa dan turut mengkagumi kehebatan ibu2 lain..
Masa tu la baru terfikir betapa hebatnya seseorang ibu melahirkan anak ramai .dan mungkin juga ada yg mengalami masalah ketika melahirkan,mgkn ada yg kehilangan tapi mereka tetap tabah dan cekal. Sungguh hebat.
Berpantang seperti ibu-ibu lain.. mamy jalani hari2 baru bersama kamu. Kamu sihat walafiat . Sehingga dihujung berpantang, kamu selsema dan batuk.
3 hari kamu tak sihat, ketiga-tiga hari tu jugak kami bawa kamu ke klinik. Tp doct cuma bg ubat titis kat hidung utk cairkan kahak.
Hari ke 30 kita berpantang… itulah hari paling menakutkan , perasaan yg lebih takut yg mamy pernah rasa.
Pagi itu mamy bangun mandi dan siapkan kamu. Kamu nampak lemah, pucat dan tak nak menyusu. Risau tapi fikirkan semula nasihat doktor suruh teruskan menyusu bdn, mamy cuma mampu turutkan.
Tengah hari.. ketika Noah masih tidur, dady salinkan lampin Noah. Najis kamu keluar sndiri, dady agak panic dan cuba dukung Noah.
Noah collapse..dengan tiba2 nafas kamu terhenti, nafas terakhir yg begitu panjang dan berbunyi..muka kamu jadi biru. Tak dengar denyutan jantung, tiada pergerakan menunjukkan kamu bernafas. Tiada respond bila panggil nama kamu. Tiada……
Allahuakhbar Noahh… badan mamy yang tengah panas terus bertukar sejuk. Sejuk ketakutan , jantung berderau. mamy bergegas ambil buku record kesihatan kamu dan ajak dady bawa kamu ke klinik berdekatan.
Masa berlalu bergitu pantas masa tu. Tapi terlalu lama saat itu bagi kami. Perjalanan rumah ke klinik dpn rumah terasa begitu jauh.
Dady bawa kerete mcm lipas kudung. mamy peluk Noah, Noah longlai rebah dibahu mamy. Mamy urut dada kamu, mamy panggil nama kamu. “Naoh anak kuat mamy, bangun sayangggg.. bangunnn. Mamy kat sini” subhanallah Tiada pergerakan… tiada kata dari mulut kami suami isteri selain istighfar dan memanggil kamu.
Berhenti di klinik bersalin berdekatan, tp ditolak sbb tak berani amik emergency kes. Kami bergegas ke klinik lain, hanya satu klinik lagi je kami yg kami boleh harapkan utk dptkan bantuan.
Kira2 10 minit kejadian tu semanjak keluar rumah..Syukur apabila berhenti di Klinik Dr B****** ,dan Dr terima kes kami.. ditolaknya semua pesakit termasuk yg sedang dirawat semata2 nak bantu Noah.
Dr B***** dan suami (juga seorang doct) lakukan segala usaha. Sambil menunggu ambulance, semua kaki tangan memainkan peranan masing2.doct beri bantuan oxygen utk cairkan hingus, cpr dan defibrillator (pam jantung) .. masyallah keadaan itu masih lg terngiang dalam ingatan.
Lepas few minutes, doct pandang mamy bgthu masih tak dpt kesan apa2 denyutan dan nadi. Dady kamu mcm nak muntah hampir pengsan dgr berita itu terus keluar bilik rawatan… Mamy yg tersandar pd dinding masih terkaku, diam membisu tak melepaskan pandang pd kamu. Tapi jerit hati mamy “bangun sayang!!! Bangun Noah Khaleefa ! ” doct yg masih berusaha ‘bangunkan’ kamu pandang mamy skali lagi dan hanya geleng kepala.
Terdiam..jantung mumy bagaikan terhenti. Hanya Istighfar ,dan seru nama Allah yg Maha Berkuasa agar berikan kamu peluang…
SATU perkara mamy bagitahu, INSTINCT IBU selalu betul !!! Kamu responded! Tiba2 bernafas! Satu nafas yg panjang seolah kamu rs yg amat lega! Masyallah masa tu lah baru mamy rasa nak pitam! Nak pitam sbb Tuhan dgr rintihan hati mamy! Kamu dah kembali!
Tapi penafasan kamu tak stabil. Ambulance sampai , kamu dikejarkan ke hospital.
Seminggu di ward dgn bantuan penafasan.
Sakitnya mamy tgok kamu mcm ni .. tidak bangun sekali pun. Hanya tidur.
Hb kamu turun naik.. kejap normal kejap lemah…
Kamu minum melalui tube..mamy rindu kamu.. rindu bonding antara ibu dan anak ketika kamu menyusu.
Cerita tentang kamu tersebar. Mamy lalui hari2 yg sukar, namun mamy kena tabah walau terkadang hampir berputus asa bila doct kata jgn mengharapkan apa2.
Tapi mamy dady sentiasa menunggu keajaiban. Ramai mendoakan kamu kesihatan kamu.
Berkat doa kalian.. kamu beri satu senyuman :’) walaupun senyum dlm tidur. baru balik dari syurga ke sayang? Lama kamu singgah tgglkn mumy ya!
Hari demi hari kamu semakin kuat. Tersenyum mamy adalah kerana kamu sayang.
Kita dah boleh tdo sama2 ? mamy dah boleh teman kamu tdur. Mamy tidur kat katil noah walaupun kaki terkeluar dari katil ?rindduu.
Bila Dr dah benarkan kamu bernafas tanpa bantuan pernafasan barulah ada selera mamy nak makan.
Kamu sihat sepenuhnya. Kamu hebat sayang! Kamu anak yg kuat ! Masa tu ramai happy bila mamy upload gambar ni ? sbb doa mereka yg inginkan kamu sihat termakbul. ❤️Masyallah perihatin sungguh rakyat Malaysia ni syg. Semua syg kamu. Noah semakin kuat dan dapat keluar ward.
Berkat doa kalian juga, Noah hidup sihat sehingga kini.
Oleh kerana itu, kami doakan juga kesejahteraan kalian… di sini, dihadapan Kaabah.❤️ Semasa disana.. mcm mna sy merayu pd Allah di klinik agar kembalikan noah, mcm tu juga sy merayu pd Allah agar beri perlindungan utk semua yg prihatin. Sy merayu dan bersujud padaNya agar anak2 dan anda diberi kesihatan yg baik.
Eventhough semasa saei berlari2 anak juga sy rasa bagaikan sedang berlari menuju pd semua nak ucapkan terima kasih.
Hingga hari ni.. segala2nya terasa masih baru.
Semoga Allah menerima doa kami utk anda semua.
Syg semua lah ! ? kerana doa adalah senjata
Terima kasih semua. Terima kasih doct B****** yg tak putus asa dptkan anak sy semula. Allahu tak terkata … terima kasih nurse2 dan doct di Hospital ******* yg sentiasa beri tumpuan pd Noah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...